KUALA BERANG: Seekor ular sawa sepanjang 5.4 meter dengan anggaran berat 120 kilogram berjaya ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Hulu Terengganu di Kampung Pelandan, di sini hari ini.
Pegawai APM Daerah Hulu Terengganu Kapten (PA) Mohd Zabri Abd Razak berkata pihaknya menerima panggilan daripada seorang penduduk kampung pada 7.45 pagi memaklumkan kehadiran reptilia berkenaan di dalam reban ayam miliknya.
Beliau berkata enam anggota APM yang tiba di lokasi kejadian mengambil masa sekitar 10 minit untuk menangkap ular sawa itu menggunakan peralatan khas.
"Penduduk kampung itu mendengar bunyi bising dari reban di belakang rumah dan setelah diperiksa, dia mendapati seekor ular sawa sedang berlingkar di dalamnya.
"Ular sawa ini akan disimpan di sangkar milik APM Daerah Hulu Terengganu untuk sementara sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sehubungan itu, Mohd Zabri menasihatkan penduduk supaya sentiasa berwaspada dengan kehadiran haiwan berbisa dan berbahaya ketika musim banjir ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 24 2023
![Ular sawa 5.4 meter, 120kg sembunyi dalam reban ayam Ular sawa 5.4 meter, 120kg sembunyi dalam reban ayam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703396174_Ularsawakg.jpg)
Anggota APM yang tiba di lokasi kejadian mengambil masa sekitar 10 minit untuk menangkap ular sawa itu menggunakan peralatan khas. - Gambar/ Sinar Harian
![Perdana Menteri baharu Lubnan bentuk kerajaan yang lama dinanti Perdana Menteri baharu Lubnan bentuk kerajaan yang lama dinanti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736910279_NawafSalam.jpg)
Perdana Menteri baharu Lubnan bentuk kerajaan yang lama dinanti
Perdana Menteri Lubnan yang dilantik, Nawaf Salam mengumumkan pembentukan kerajaan baharu di Beirut pada Sabtu.
![Bursa Malaysia dijangka alami dagangan berhati-hati minggu depan Bursa Malaysia dijangka alami dagangan berhati-hati minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722341186_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia dijangka alami dagangan berhati-hati minggu depan
Bursa Malaysia dijangka mengalami dagangan secara berhati-hati minggu depan, dengan Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka berubah-ubah antara 1,580 dan 1,600 mata.
![China bantah usaha AS ganggu hubungan dengan Panama - Kementerian Luar China bantah usaha AS ganggu hubungan dengan Panama - Kementerian Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739023938_ChinaPanamaFlag.jpg)
China bantah usaha AS ganggu hubungan dengan Panama - Kementerian Luar
China tegas menentang usaha Amerika Syarikat (AS) untuk menggugat hubungannya dengan Panama melalui tekanan dan ancaman.
![FMM minta pengilang maklumkan inisiatif perubatan terkini PERKESO kepada pekerja FMM minta pengilang maklumkan inisiatif perubatan terkini PERKESO kepada pekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725273822_SohThianLai.jpg)
FMM minta pengilang maklumkan inisiatif perubatan terkini PERKESO kepada pekerja
Pengilang diminta memaklumkan kepada pekerja mereka mengenai inisiatif terkini PERKESO dalam mempermudah proses rawatan perubatan bagi pekerja yang mengalami kecederaan berkaitan pekerjaan.
![TEKUN: RM3.6 juta sudah diagih kepada 143 usahawan India dalam tempoh dua minggu - Ramanan TEKUN: RM3.6 juta sudah diagih kepada 143 usahawan India dalam tempoh dua minggu - Ramanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729680466_TBRamanan.jpg)
TEKUN: RM3.6 juta sudah diagih kepada 143 usahawan India dalam tempoh dua minggu - Ramanan
Sebanyak RM3.6 juta daripada RM100 juta peruntukan TEKUN Nasional sudah diagihkan kepada 143 usahawan komuniti India, selepas peruntukan itu diumumkan pada 14 Jan lepas.
![TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739009509_MohdAsgharKhan.jpg)
TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memberi penekanan terhadap inovasi dan kreativiti warganya dengan penguasaan kemahiran baharu berasaskan teknologi khususnya kecerdasan buatan (AI).
![Sambutan Thaipusam inspirasi perpaduan dan keharmonian - Naib Presiden MIC Sambutan Thaipusam inspirasi perpaduan dan keharmonian - Naib Presiden MIC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739015792_NaibPresidenTMu.jpg)
Sambutan Thaipusam inspirasi perpaduan dan keharmonian - Naib Presiden MIC
Nilai pengorbanan, disiplin dan pengabdian dalam sambutan Thaipusam menjadi sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengukuhkan perpaduan dan bersama-sama membina negara yang lebih baik.
![Indeks pengeluaran industri Vietnam susut pada Januari Indeks pengeluaran industri Vietnam susut pada Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739020959_950x600.jpg)
Indeks pengeluaran industri Vietnam susut pada Januari
Indeks pengeluaran industri nasional Vietnam menyusut 9.2 peratus pada Januari berbanding bulan sebelumnya.
Lebih 18,000 pelarian kembali ke Afghanistan
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air dari negara jiran, Pakistan, bulan lepas, lapor Xinhua yang memetik media tempatan, Tolo, pada Sabtu.
Latvia henti kebergantungan grid elektrik Rusia
Latvia antara tiga negara baltik yang terbaharu mengambil keputusan dramatik memutuskan hubungan serta kebergantungan dengan grid kuasa elektrik dengan Rusia pada Sabtu. Pelan itu adalah sebagai sebahagian dari rancangan Latvia untuk memacu keselamatan dan mengintegrasikan hubungan dengan negara-negara dibawah Kesatuan Eropah (EU).
![Ular sawa 5.4 meter, 120kg sembunyi dalam reban ayam Ular sawa 5.4 meter, 120kg sembunyi dalam reban ayam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703396174_Ularsawakg.jpg)
Ular sawa 5.4 meter, 120kg sembunyi dalam reban ayam
Seekor ular sawa sepanjang 5.4 meter dengan anggaran berat 120 kilogram berjaya ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Hulu Terengganu di Kampung Pelandan, di sini hari ini.