Menurut kenyataan itu cawangan operasinya, Syarikat SESCO Berhad (SESCO) mengesahkan bahawa reptilia itu telah ditemukan mati selepas berkemungkinan bersentuhan dengan peralatan bekalan elektrik di persimpangan jalan Batu Kawa-Malihah.
"Kejadian itu berlaku pada 8.31 malam ketika hujan lebat di Kuching. Selepas menerima laporan, pasukan teknikal SESCO bertindak segera, berusaha memulihkan bekalan dengan selamat dan cekap walaupun dalam keadaan cuaca buruk," menurut kenyataan itu.
Bekalan elektrik telah dipulihkan secara berperingkat, dengan pemulihan sepenuhnya pada 10.45 malam pada hari yang sama.
Kenyataan itu memaklumkan rangkaian penghantaran dan pengagihan elektrik di Sarawak merentasi pelbagai bentuk muka bumi termasuk hutan, ladang dan kawasan pertanian, yang memberikan cabaran dalam memastikan bekalan elektrik yang stabil.
"Keadaan ini meningkatkan risiko gangguan yang berpunca daripada hidupan liar, yang terus ditangani oleh SESCO melalui langkah-langkah perlindungan infrastruktur yang dipertingkatkan serta penambahbaikan sistem yang berterusan," menurut kenyataan itu.
Orang ramai boleh melaporkan gangguan bekalan elektrik atau melihat hidupan liar berhampiran kemudahan Sarawak Energy melalui Pusat Khidmat Pelanggan di 1300-88-3111, e-mel ke [email protected], aplikasi mudah alih SEB cares dan portal web, atau berinteraksi dengan ejen maya mereka, CARINA.
-- BERNAMA
