Tarikh itu seperti yang diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh awal Ramadan adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.
Pengumuman ringkas itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebentar tadi.
