Barisan Ahli Parlimen Kerajaan dan Blok Pembangkang mencipta sejarah apabila memberi sokongan majoriti lebih dua pertiga bagi meluluskan Rang Undang-undang (Pindaan) 2019, di Dewan Rakyat, hari ini.
Speaker Datuk Mohamad Ariff Md Yusof ketika mengumumkan perkara itu berkata, seramai 211 ahli menyokong, melebihi jumlah yang diperlukan iaitu 148 orang.
RUU itu, yang dibentangkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada bacaan kali kedua awal hari ini, bercadang meminda perenggan (b) Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan umur warganegara yang layak untuk menjadi ahli Dewan Rakyat daripada 21 kepada 18 tahun.
Ia juga bertujuan meminda perenggan (a) Fasal 1 Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan umur seseorang warganegara yang layak untuk mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.
Selain itu, RUU itu juga mengandungi cadangan untuk pendaftaran warganegara secara automatik sejurus mereka mencapai umur 18 tahun.
Terdahulu, sewaktu menggulung RUU berkenaan, Dr Mahathir menjawab isu yang dibangkitkan sewaktu perbahasan yang melibatkan 59 orang Ahli Parlimen.
Antaranya, Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) ingin mengetahui sama ada 3.9 juta pengundi yang telah melepasi umur 21 pada pilihan raya umum yang lepas, tetapi masih belum mengundi, akan turut didaftarkan secara automatik.
Perdana Menteri berkata, cadangan pendaftaran pemilih secara automatik akan turut meliputi 3.9 juta warganegara Malaysia berumur 21 tahun berkenaan, dan akan diberi keutamaan oleh SPR dalam pelaksanaan pendaftaran pemilih ini.
Berhubung cadangan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang ingin mengetahui sekiranya kerajaan bercadang mewajibkan pengundi berkelayakan keluar mengundi bagi meningkatkan peratusan keluar mengundi, Dr Mahathir berkata, belum ada keperluan berbuat demikian.
“Kajian awal terhadap negara-negara yang telah mewajibkan pengundinya keluar mengundi juga tidak 10 mendapat 100 peratus keluar mengundi. Singapura mencapai 93.56 peratus, Australia 91.89 peratus diikuti oleh Belgium 88.3 peratus dan Austria 80 peratus.
“Kerajaan akan meningkatkan usaha untuk memberi kesedaran kepada warganegara yang layak untuk keluar mengundi,” katanya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, tempoh pelaksanaan RUU ini perlu diberi pertimbangan sewajarnya kerana ianya akan menentukan hala tuju demokrasi negara.
“Penelitian kepada pelaksanaan ini adalah wajar bagi mengambil kira segenap aspek kebajikan bakal-bakal pengundi diberi keutamaan dan bukannya untuk memberi ruang kepada apa-apa agenda politik.
“Agensi-agensi pelaksana yang terlibat secara langsung sewajarnya diberi peluang dan ruang untuk membuat persediaan teratur, umpamanya dari segi integrasi data antara Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Penjara Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan lain-lain agensi berkaitan,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Tue Jul 16 2019

Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 dibahaskan lebih 60 Ahli Parlimen kira-kira enam jam selepas Dr Mahathir membentangkannya untuk bacaan kali kedua pada 12 tengah hari tadi. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

Kejam! Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang oleh tentera zionis
Kumpulan hak asasi kanak-kanak, Defense for Children mendedahkan mangsa telah ditembak di bahagian belakang.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.

Ahli Dewan Rakyat perlu jalani pemeriksaan kesihatan setahun sekali - TPM
Semua ahli Dewan Rakyat sama ada daripada kerajaan mahu pun pembangkang perlu menjalani pemeriksaan kesihatan setahun sekali bermula pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang Mei ini.

PN bentuk J'kuasa Portfolio Ahli Dewan Rakyat jadi pembangkang berkesan - Muhyiddin
Ahli-Ahli Parlimen PN berpengalaman akan beri maklum balas beberapa isu berkaitan portfolio masing-masing.

Kerajaan tarik balik RUU had Perdana Menteri untuk dua penggal
Takiyuddin menjelaskan, tindakan itu dibuat di bawah Peraturan Mesyuarat 62, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.