SHAH ALAM: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berperanan menyediakan mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) yang matang dan berketerampilan dalam sudut pandangan politik susulan pelaksanaan Undi18.
Menterinya Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, perkara tersebut penting kerana golongan itu perlu diterapkan dengan pemikiran serta pemahaman yang betul tentang suasana politik negara, termasuk mempersiapkan mereka sebagai pelapis kepimpinan negara.
"Bahkan dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) pada 2019 yang membuang Seksyen 15(2)(c), pelajar sewajarnya dibimbing untuk berpolitik di kampus sebagai praktikal terbaik sebelum mereka keluar ke medan masyarakat.
"Dalam laporan interim Kajian Memprofil Literasi Politik Pelajar IPTA yang dilaksanakan KPT tahun lepas, dapatan kajian menunjukkan bahawa literasi politik dalam kalangan pelajar boleh ditingkatkan lagi melalui pemantapan dan pengukuhan elemen nilai, iaitu penghayatan serta pelaksanaan dasar dan akta sedia ada di pelbagai peringkat," katanya.
Katanya 452,559 individu atau 38 peratus daripada 1.2 juta penuntut IPT di bawah seliaan KPT merupakan pengundi berumur antara 18 dan 20 tahun iaitu selari dengan kelulusan Dewan Rakyat berkenaan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 yang menurunkan had umur mengundi, pendaftaran pengundi automatik, dan menurunkan umur calon bertanding pilihan raya kepada 18 tahun pada 16 Julai lepas.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) serta Pelancaran Buku Laporan Pembentukan Kajian DNA UiTM di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Noraini berkata, jalinan kerjasama antara UiTM dan SPR itu dilihat sebagai langkah proaktif universiti itu bagi menjayakan Program Kesedaran Pendidikan Pengundi dalam kalangan mahasiswa, iaitu projek perintis oleh KPT itu yang perlu diperluaskan ke IPT lain.
"Saya percaya dengan usaha berterusan dan kerjasama yang dilaksanakan dapat memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengundi yang menentukan masa hadapan negara, sekali gus mempersiapkan mereka sebagai barisan pelapis kepimpinan negara.
"UiTM adalah antara institusi terbesar di Malaysia dengan kapasiti 185,400 pelajar di seluruh negara. Daripada jumlah itu, 85,201 orang atau 46 peratus berusia antara 18 dan 20 tahun yang akan terlibat dengan pelaksanaan Undi18. Jumlah ini mewakili hampir 19 peratus daripada keseluruhan pelajar yang terlibat dengan Undi18 di semua IPT di bawah seliaan KPT," katanya.
Terdahulu dalam majlis MoU tersebut, UiTM diwakili Naib Canselornya Prof Dr Roziah Mohd Janor, manakala SPR diwakili Pengerusinya Datuk Abdul Ghani Salleh.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 27 2022

Noraini berkata, perkara tersebut penting kerana golongan itu perlu diterapkan dengan pemikiran serta pemahaman yang betul tentang suasana politik negara, termasuk mempersiapkan mereka sebagai pelapis kepimpinan negara. - Bernama

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

UiTM tempatkan mahasiswa terjejas tanah runtuh di kolej kediaman
Langkah itu bagi memastikan keselamatan pelajar terlibat kerana kawasan tersebut masih berbahaya, kata Rektor UiTM Cawangan Kelantan.

Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA
Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini.

Perhimpunan Rakyat Benci Rasuah: Polis selesai rakam keterangan 10 mahasiswa
Polis telah selesai mengambil keterangan 10 mahasiswa bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Perhimpunan Rakyat Benci Rasuah.
![[KOLUMNIS] Mahasiswa perlu bingkas cabar potensi sebenar, garap idea terbaik [KOLUMNIS] Mahasiswa perlu bingkas cabar potensi sebenar, garap idea terbaik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734494383_mahasiswa.jpg)
[KOLUMNIS] Mahasiswa perlu bingkas cabar potensi sebenar, garap idea terbaik
Kepemimpinan dalam kalangan mahasiswa memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat, bangsa dan negara.

Masalah kesihatan mental pelajar, mahasiswa meningkat dua kali ganda - KKM
Laporan Tinjauan Kesihatan Morbiditi Kebangsaan menunjukkan peningkatan itu daripada 7.9 peratus pada 2019 kepada 16.5 peratus (2023).

KESUMA bincang dengan KPT, universiti lanjut tempoh latihan amali mahasiswa
Kementerian Sumber Manusia sedang berbincang dengan Kementerian Pendidikan Tinggi dan pelbagai universiti untuk melanjutkan tempoh latihan amali bagi mahasiswa.

Mahasiswa perlu maklum kepada universiti jika terjejas banjir - Zambry
Setakat ini hanya mahasiswa yang mengundi pada PRK Mahkota diberi kelonggaran untuk mendaftar lewat ke universiti awam masing-masing.

PTPTN peruntuk RM4.28 juta bagi WPP mahasiswa sesi Okt
Setiap pelajar yang layak akan mendapat RM1,500 untuk menampung sebahagian perbelanjaan bagi persiapan awal pelajar memasuki institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) dan politeknik.

KPT perluas program kesedaran elak mahasiswa jadi keldai akaun
KPT pandang serius isu berkenaan dan akan kenal pasti mahasiswa yang menjadi mangsa dan akaun bank mereka digunakan oleh sindiket penipuan.

#PeringatanDarurat: Mahasiswa Indonesia desak DPR batalkan pindaan UU Pilkada
Kumpulan mahasiswa yang ikut memprotes berjaya melolosi pintu pagar Kompleks Parlimen, namun khalayak masih dapat dikawal oleh pasukan polis.