KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) tidak ada hak untuk memperolehi akses ke depoh tahanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negara ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, sebarang tindakan penguatkuasaan dilakukan JIM adalah membabitkan pendatang asing yang melakukan kesalahan.
“Saya nak jelaskan, ini negara kita yang dia (UNHCR) nak masuk ke depoh (tahanan) JIM kita kenapa?
"Kita tahu siapa yang kita tangkap, orang yang kita tangkap itu melakukan kesalahan.
“Jika ada kad UNHCR kita lepaskan. Mereka (JIM) tidak pernah pun melakukan perkara yang menzalimi sesiapa dalam negara kita ini,” katanya dalam sidang media secara maya pada Sabtu.
Beliau mengulas mengenai tindakan UNHCR yang mendesak mereka diberikan akses ke ke depot JIM untuk menilai status warganegara Myanmar kerana kini mereka sudah tidak lagi mendapat akses tersebut.
Pertikaian itu ditimbulkan susulan tindakan kerajaan melaksanakan penghantaran pulang warga Myanmar yang didapati tidak mempunyai kad UNHCR tinggal di negara ini.
Mengulas lanjut, Hamzah berkata, satu perbincangan semula bersama UNHCR bersama Wisma Putra akan dilakukan bagi membincangkan isu-isu berbangkit termasuk kedudukan kuasa besar UNHCR di negara ini.
Katanya, UNCHR patut sedar bahawa kedudukan mereka di negara ini adalah berstatus sementara namun sudah dibenarkan beroperasi sejak lebih 30 tahun lalu.
“Itu pun mereka patut sedar. Jadi ini yang sebenarnya ada perkara-perkara yang saya akan duduk semula dengan UNHCR dan Wisma Putra untuk memastikan perkara ini tidak berpanjangan lagi dalam negara kita.
“Saya tidak mahu menyalahkan UNHCR. Tapi saya nak maklumkan kepada rakyat, mereka dah keluarkan kad UNHCR dalam negara sudah melebihi 120,000.
“Cuba kita fikirkan, bukankah kad (pengenalan diri) yang ada dalam negara kita adalah kad yang dikeluarkan oleh negara kita?
"Tiba-tiba ada pihak lain yang keluarkan lebih atas daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
“Ini perkara lama yang patut kita betulkan sekarang untuk masa depan lebih baik,” katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: UNHCR tiada hak akses ke depoh tahanan Jabatan Imigresen Malaysia
Sinar Harian
Sun Jun 06 2021

Hamzah berkata, sebarang tindakan penguatkuasaan dilakukan JIM adalah membabitkan pendatang asing yang melakukan kesalahan. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Sindiket penipuan kerja Myanmar: Kementerian Luar bantu 15 rakyat Malaysia di Thailand
Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok kini berhubung rapat dengan pihak berkuasa Thailand bagi mengesahkan identiti rakyat Malaysia yang terlibat.

Mesyuarat Ke-40 AICHR perkukuh agenda hak asasi manusia ASEAN
Selaras dengan tema Kepengerusian ASEAN 2025 'Keterangkuman dan Kemampanan', Malaysia akan mengetengahkan beberapa keutamaan.

Tiada notis rasmi AS berhubung pengusiran lebih 400 rakyat Malaysia - Wisma Putra
Wisma Putra juga tidak menerima permohonan rasmi bagi bantuan konsular daripada mereka yang terkesan.

Malaysia tolak pemindahan paksa rakyat Palestin
Pemindahan paksa itu merupakan satu bentuk pembersihan etnik yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan pelbagai resolusi PBB.

Pasukan pengaman Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra
Kementerian Luar Negeri pada Rabu memaklumkan bahawa pihaknya sedang memantau rapi situasi keselamatan di negara itu.

Wisma Putra bantu 8 pelajar Malaysia cedera dalam kemalangan di Mesir
Menurut Wisma Putra, lima daripada pelajar itu mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kebakaran hotel di Turkiye - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkorban dalam kebakaran di Hotel Grand Kartal, Pusat Peranginan Ski di Kartalkaya, Turkiye.

PM Anwar sambung lawatan kerja ke Belgium dua hari
Lawatan pertama PM ke negara tersebut diadakan bagi mengukuh hubungan Malaysia dengan Belgium dan Kesatuan Eropah (EU).

Najib mengaku guna bantuan Jho Low
Najib mengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau bergantung kepada Jho Low untuk membantu pegawai khasnya meninjau projek berpotensi menjana kekayaan.

Prabowo adakan lawatan kerja rasmi ke Malaysia
Lawatan ini juga diharap dapat memperkukuh lagi hubungan strategik antara kedua-dua negara.