SERDANG: Senator Datuk Ras Adiba Radzi akan membawa ke perhatian kerajaan cadangan untuk memperuntukkan dana bagi membaik pulih dan menyediakan infrastruktur pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) di institusi pendidikan awam dan swasta.
Presiden OKU Sentral itu yang merupakan Senator mewakili golongan OKU berkata dana tersebut perlu agar kemudahan sedia ada dapat dibaik pulih untuk kegunaan golongan itu.
"Ia sekali gus meyakinkan pelajar OKU untuk melanjutkan pendidikan mereka tanpa rasa tersisih daripada pelajar biasa," katanya kepada Bernama selepas melawat Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini, yang merupakan lawatan sulungnya dalam siri Jelajah Universiti yang akan diteruskan selepas ini.
Ras Adiba yang juga Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), dibawa ke beberapa lokasi dalam kampus untuk meninjau kemudahan yang disediakan pihak universiti kepada mahasiswa OKU.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Dr Arifin Abdu berkata UPM kini mempunyai 53 mahasiswa OKU termasuk dua pelajar antarabangsa dan lima staf OKU termasuk seorang pensyarah.
Beliau berkata UPM sentiasa berusaha memperkasa pengurusan hal ehwal pelajar dan alumni tanpa mengira kategori pelajar termasuk penyertaan pelajar OKU dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.
Menurutnya, Unit Perkhidmatan dan Sokongan OKU yang ditubuhkan pada 2019 membantu UPM untuk menambah baik kemudahan dan memudahkan pergerakan pelajar OKU dalam kampus, contohnya khidmat pengangkutan pergi balik setiap kali mereka perlu hadir kuliah.
Sementara itu, seorang pelajar OKU fizikal (kerdil) Mas Nur Jannah Maskop, 22, berkata sebelum memasuki UPM, pihak universiti ada menghubunginya untuk mengetahui jenis ketidakupayaan bagi tujuan sokongan yang diperlukan mahasiswa itu.
"Alhamdullilah, saya yakin dan tidak gentar untuk belajar di sini kerana kemudahan disediakan. Saya juga diberikan asrama aras bawah untuk memudahkan pergerakan saya," kata pelajar tahun dua jurusan Komunikasi itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 08 2021

Datuk Ras Adiba Radzi dibawa ke beberapa lokasi dalam kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk meninjau kemudahan yang disediakan pihak universiti itu kepada mahasiswa OKU. - Bernama

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Persatuan OKU Sentral harap tindakan keras terhadap pelaku kes pukul di Terengganu
Persatuan OKU Sentral berharap pihak berkuasa mengambil tindakan keras terhadap mereka yang terlibat kes pukul seorang lelaki OKU.

OKU Sentral bantah istilah digunakan Isaiah Jacob dalam merujuk kepada OKU
OKU Sentral menyuarakan rasa kecewa, dan membantah tindakan Senator Isaiah Jacob berterusan menggunakan istilah "specially abled".

Wong Chun Wai pengerusi baharu Bernama
Tokoh media terkemuka Datuk Seri Wong Chun Wai dilantik sebagai Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang baharu, berkuat kuasa 1 Sept ini.

'Ras Adiba pernah bisik minta TPM sambung dua jawatan' - Nurulhidayah
Nurulhidayah mendakwa Ras Adiba pernah meminta bantuannya untuk menyambung kontrak sebagai Senator di Dewan Negara dan Pengerusi Bernama.

PRN: Ras Adiba sedia bertanding andai dicalonkan
Sekiranya tidak dicalonkan, Ras Adiba ikrar akan sokong dan berkempen untuk rakan seperjuangan dalam Perikatan Nasional.

Selepas Tun Faisal, kini Ras Adiba Radzi pula sertai Bersatu
Selepas Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mengesahkan menyertai Bersatu, Datuk Ras Adiba Radzi pula kini sah mengambil langkah sama.

'Sampai orang kata saya tak betul' - Ras Adiba masih tunggu kepulangan Zalina
Menurut Ras Adiba, beliau sentiasa berfikiran positif, selain optimis terhadap keberadaan wanita yang pernah bergelar teman sekerjanya itu.

Ras Adiba seru masyarakat jadi mata dan telinga pihak berkuasa, elak kes aniaya anak OKU berulang
Senator Datuk Ras Adiba Radzi meminta masyarakat agar menjadi mata dan telinga pihak berkuasa bagi mengelakkan kes penganiayaan terhadap anak-anak dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) berulang.

Ras Adiba antara penerima Anugerah Wanita Berani Antarabangsa 2023
Acara Anugerah Wanita Berani Antarabangsa bagi 2023 dijadual berlangsung di Rumah Putih, Washington, Amerika Syarikat pada Rabu.

Menu Rahmah: Kenyataan Ahli Parlimen Kapar cetus salah faham, hina OKU - Ras Adiba
Ras Adiba berkata, kenyataan itu boleh memberi pemahaman yang salah kepada masyarakat selain menghina komuniti OKU di Malaysia.