TANJUNG MALIM: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) membantu memantapkan lagi pengajaran Bahasa Melayu di Tashkent State University Of Oriental Studies (TSUOS), Uzbekistan melalui perjanjian persefahanan (MoU) yang ditandatangani pada Sabtu.
Dalam majlis menandatangani MoU itu yang dijalankan secara dalam talian, UPSI diwakili Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff manakala TSUOS diwakili Rektor, Dr Gulchekh Rikhsiyeva Shavkatovna.
Md Amin berkata, hubungan antara kedua-dua universiti itu telah terjalin sejak 2017 dan UPSI telah menghantar seorang pensyarah dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi pada 2019 untuk membantu memantapkan pengajaran Bahasa Melayu kepada penuntut di TSUOS.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, beliau berkata, dalam usaha mengeratkan lagi kerjasama, kedua-dua pihak bersetuju untuk memperbaharui persefahaman bagi tempoh lima tahun lagi.
Turut menyaksikan majlis menandatangani MoU itu ialah Duta Besar Malaysia di Uzbekistan, Hendy Assan; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPSI Prof Dr Marzita Puteh; Pendaftar UPSI, Helmi Zaifura Abdul Rahman; Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Prof Madya Dr Maizura @ Mastura Muhammad; Pro-rektor Hubungan Antarabangsa TSUOS, Dr. Nodir Abdullaev serta Ketua Jabatan Hubungan Antarabangsa TSUOS, Dr. Avazmuhammad Muhsivov.
Sementara itu, Dr Gulchekhra Rikhsiyeva Shavkatovna berkata, menerusi MoU itu, hubungan kerjasama kedua pihak akan diperkukuhkan lagi untuk memajukan bidang pengajian Bahasa Melayu di TSUOS.
Menurutnya, hubungan itu turut melibatkan program mobiliti pelajar dan staf akademik, penyeliaan bersama untuk program pascasiswazah serta syarahan, penyelidikan dan penerbitan bersama.
“Kami juga ingin melaksanakan program profesor atau pensyarah pelawat, juga menjayakan persidangan, bengkel dan latihan serta lain-lain bidang yang dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak,“ katanya.
Menurutnya, setakat ini TSUOS mempunyai lebih 50 mahasiswa yang mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa utama di samping mereka turut mendalami sastera, sejarah, budaya, politik dan ekonomi berkaitan Malaysia.
Katanya, seramai enam mahasiswa yang tamat pengajian sarjana Bahasa Melayu di negara itu, telah dilantik sebagai guru Bahasa Melayu di TSUOS.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Jun 05 2022
![UPSI bantu tingkat pengajaran Bahasa Melayu universiti di Uzbekistan UPSI bantu tingkat pengajaran Bahasa Melayu universiti di Uzbekistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61623190055_UPSI.jpg)
Dalam usaha mengeratkan lagi kerjasama, kedua-dua pihak bersetuju untuk memperbaharui persefahaman bagi tempoh lima tahun lagi. - Foto fail/BERNAMA
![Eksport minyak sawit susut 12.94 peratus kepada 1.17 juta tan pada Januari 2025 - MPOB Eksport minyak sawit susut 12.94 peratus kepada 1.17 juta tan pada Januari 2025 - MPOB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723453412_MinyakSawitMalays.jpg)
Eksport minyak sawit susut 12.94 peratus kepada 1.17 juta tan pada Januari 2025 - MPOB
Jumlah eksport minyak sawit Malaysia pada Januari 2025 berkurangan sebanyak 12.94 peratus kepada 1.17 juta tan daripada 1.34 juta tan pada Disember 2024.
[TERKINI] Hamas tangguh pembebasan tebusan Israel yang dijadualkan pada Sabtu
Hamas berkata ia akan menangguhkan pembebasan tebusan yang dijadualkan pada hari Sabtu.
Naomi Campbell bertemu PM Thailand bincang industri fesyen
Shinawatra mengalu-alukan legenda pentas peragaan British itu ke pejabat perdana menteri di Bangkok bagi membincangkan cara membantu membangunkan industri fesyen Thailand.
China sedia jalin hubungan dengan negara kepulauan pasifik
China bersedia menjalin hubungan lebih rapat dengan negara-negara Kepulauan Pasifik termasuk Cook Island.
menurut Kementerian Luar China pada Isnin, kenyataan ini dibuat bagi meredakan kebimbangan yang semakin meningkat di New Zealand berhubung lawatan Perdana Menteri Cook Island, Mark Brown ke China minggu ini.
menurut Kementerian Luar China pada Isnin, kenyataan ini dibuat bagi meredakan kebimbangan yang semakin meningkat di New Zealand berhubung lawatan Perdana Menteri Cook Island, Mark Brown ke China minggu ini.
Pendengaran permohonan batal tahan Suk Yeol minggu depan
Sebuah mahkamah Korea Selatan akan mendengar sama ada akan membatalkan penahanan Presiden yang didakwa, Yoon Suk Yeol pada minggu depan, menurut sumber pada Isnin.
Afrika Selatan persoal keputusan Trump henti bantuan kewangan
Kementerian Luar Afrika Selatan mengecam perintah eksekutif yang ditandatangani oleh Presiden AS, Donald Trump, yang menghentikan bantuan kewangan ke negara itu.
Mereka berkata keputusan permohonan batal tidak tepat dan tidak mengiktiraf sejarah panjang kolonialisme serta apartheid di Afrika Selatan.
Mereka berkata keputusan permohonan batal tidak tepat dan tidak mengiktiraf sejarah panjang kolonialisme serta apartheid di Afrika Selatan.
Rasuah: Netanyahu sekali lagi hadir ke mahkamah
Netanyahu adalah pemimpin Israel pertama yang dihadapkan ke mahkamah sebagai defendan jenayah.
Busuk bau mayat reput, Penjara Muzenze di Congo dibersihkan
Memetik rakaman Reuters, ICRC turut dilihat melakukan proses pembersihan serta disinfeksi bagi mengelak berlakunya penularan wabak.
ASEAN punya potensi, Turkiye mahu main peranan lebih luas
Turkiye melihat faktor keaktifan ASEAN dalam geopolitik antarabangsa, selain turut mempunyai potensi pasaran lebih besar.
Hubungan erat Malaysia- Turki mampu buka peluang di peringkat global
Penasihat khas Menteri Luar Negeri (Kemanusiaan dan Pembangunan Semula), Datuk Ahmad Azam Ab Rahman berkata, ini kerana kedua-dua negara itu mempunyai lokasi strategik yang menjadi penghubung penting antara ASEAN dan Eropah.
![Banjir: Pakai jubah di PPS ambil 'vibes' konvokesyen Banjir: Pakai jubah di PPS ambil 'vibes' konvokesyen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734150849_tbUPSIkonvokesyen.jpg)
Banjir: Pakai jubah di PPS ambil 'vibes' konvokesyen
"Saya pakai jubah di pusat pemindahan sementara (PPS) untuk merasai 'vibes' konvokesyen," kata mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Durratul Alia Mohd Kamil, 24, yang terjejas banjir.
![IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734097880_TBBahbibi.jpg)
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
![UPSI tersenarai 601 ranking terbaik dunia UPSI tersenarai 601 ranking terbaik dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/41585407364_UPSI.jpg)
UPSI tersenarai 601 ranking terbaik dunia
Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI) disenaraikan di kedudukan ke-601 terbaik dunia berdasarkan Times Higher Education World University Rankings.
![Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732351165_ZaraSalim.jpg)
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
![M Nasir terima Ijazah Kehormat UPSI M Nasir terima Ijazah Kehormat UPSI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732268963_MNasir.jpg)
M Nasir terima Ijazah Kehormat UPSI
Datuk M Nasir akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada Sabtu.
![Perselisihan perhubungan dipercayai punca Nur Farah Kartini dibunuh Perselisihan perhubungan dipercayai punca Nur Farah Kartini dibunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721276188_SampelDNAsepadan.jpg)
Perselisihan perhubungan dipercayai punca Nur Farah Kartini dibunuh
Perselisihan perhubungan dipercayai menjadi punca bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah dibunuh.
![UPSI salur bantuan kepada keluarga arwah Nur Farah Kartini UPSI salur bantuan kepada keluarga arwah Nur Farah Kartini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721224074_UPSI.jpg)
UPSI salur bantuan kepada keluarga arwah Nur Farah Kartini
UPSI menyalurkan bantuan kepada keluarga bekas pelajarnya Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah, 25, termasuk kos penginapan dan pengangkutan sepanjang tempoh mereka berada di Tanjung Malim.
![Cakna kepentingan ilmu, perkasa ummah faktor Sultan Nazrin dikagumi rakyat Cakna kepentingan ilmu, perkasa ummah faktor Sultan Nazrin dikagumi rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706677983_TBSULTANPERAKjp.jpg)
Cakna kepentingan ilmu, perkasa ummah faktor Sultan Nazrin dikagumi rakyat
Sifat Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah yang cakna terhadap ilmu pengetahuan amat disanjung warga institusi pendidikan tinggi di negara ini.
![Bandar PR1MA pertama dilancarkan tahun ini - Nga Bandar PR1MA pertama dilancarkan tahun ini - Nga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703738743_TBNGAKORMINGjpg.jpg)
Bandar PR1MA pertama dilancarkan tahun ini - Nga
Bandar Program Perumahan 1 Malaysia (PR1MA) pertama di negara ini yang dibina di Teluk Intan, bakal dilancarkan tahun ini.
![Anwar lulus RM25 juta tambah blok kediaman pelajar UPSI Anwar lulus RM25 juta tambah blok kediaman pelajar UPSI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703148263_TBUPSIjpg.jpg)
Anwar lulus RM25 juta tambah blok kediaman pelajar UPSI
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan sebanyak RM25 juta untuk membina 18 blok tambahan kolej kediaman pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim.