KUALA LUMPUR: Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan persendirian boleh dilakukan di 39 Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) seluruh Semenanjung mulai esok.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam kenyataan hari ini memaklumkan inisiatif berkenaan yang dilaksanakan secara berperingkat buat permulaan hanya melibatkan kenderaan persendirian sama ada dimiliki oleh individu mahupun syarikat.
"Seterusnya, inisiatif ini akan diperluaskan kepada urusan pembaharuan LKM motosikal dan kenderaan e-hailing yang dijangka mula dilaksanakan pada November depan.
"Sebelum ini urusan pembaharuan LKM di Puspakom hanya melibatkan kenderaan barangan dengan berat 7,500 kilogram ke bawah yang telah dilaksanakan sejak tahun lepas," kata kenyataan itu.
Katanya inisiatif menambah saluran bagi urusan pembaharuan LKM adalah bagi meningkatkan tahap perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan, serta untuk memudahkan rakyat mendapatkan akses perkhidmatan dengan lebih meluas.
Orang ramai yang ingin membuat urusan pembaharuan LKM di Puspakom boleh menetapkan janji temu secara dalam talian di laman portal https://lkm-appoinment.puspakom.com.my dan urusan tanpa janji temu (walk-in) tidak dibenarkan bagi mengekang penularan COVID-19.
"Kaedah pembayaran yang diterima di kaunter Puspakom pada masa ini adalah secara tunai," katanya.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Puspakom di talian 03-51017000, e-mel [email protected], mesej peribadi di Facebook rasmi Puspakom Sdn Bhd atau perbualan langsung melalui laman sesawang Puspakom di www.puspakom.com.my.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 31 2021

Inisiatif berkenaan yang dilaksanakan secara berperingkat buat permulaan hanya melibatkan kenderaan persendirian sama ada dimiliki oleh individu mahupun syarikat. - Gambar fail

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

Urusan pembaharuan LKM kenderaan persendirian di Puspakom mulai esok
Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan persendirian boleh dilakukan di 39 Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) seluruh Semenanjung mulai esok.