KUALA LUMPUR:Terbabit dalam kemalangan jalan raya boleh menyebabkan seseorang kebingungan seketika, kerana selain terkejut dengan kejadian, dia juga perlu memikirkan langkah seterusnya sambil kepala juga berserabut melihat kerosakan pada kenderaan.
Nasihat pakar perundangan - jangan panik, sebaliknya segera buat laporan polis.
Peguam Prakash Babu Balakrishnan berkata, mereka yang terlibat juga perlu berada di lokasi kejadian sekiranya belum mencapai kata sepakat dan menunggu kedatangan pegawai penyiasat yang akan menentukan tindakan seterusnya.
Bercakap kepada Bernama di sini, beliau menasihati mereka yang terlibat agar tetap membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam sekalipun hanya melibatkan kemalangan kecil dan telah mencapai kesepakatan.
"Kegagalan membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan merupakan satu kesalahan menurut Seksyen 52(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) jika tidak ada alasan yang kukuh," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata pegawai penyiasat akan mengenal pasti pesalah dan mengeluarkan saman trafik kepada pihak yang berkenaan.
"Pengelasan dan hukuman juga akan diputuskan oleh pegawai penyiasat dan lazimnya dibuat menurut Akta 333, namun tidak terhad kepada akta itu sahaja," katanya.
Beliau turut menasihati orang awam agar berhati-hati dengan operator trak tunda bebas yang lazimnya menjadi pihak pertama tiba di lokasi kejadian, selain membuat pengesahan dengan syarikat insurans.
"Bagi kes melibatkan kecederaan dan kematian, adalah dinasihatkan pihak yang berkenaan atau waris tidak menandatangani sebarang dokumen yang dikemukakan oleh mana-mana ejen ketika di hospital atau lokasi kejadian tanpa merujuk kepada peguam terlebih dahulu, jika ada peguam," katanya.
Seorang lagi peguam, Patwant Singh Sohanpal berkata jika kemalangan membabitkan dua atau lebih kenderaan tanpa kecederaan, kes dikategorikan sebagai kerosakan harta akibat pelanggaran.
"Dalam konteks Malaysia, tidak kira berapa banyak kenderaan yang terlibat, pihak yang berkenaan harus terlebih dahulu mengalihkan kenderaan ke sebelah kiri jalan demi keselamatan selain mengelakkan kesesakan, sekiranya kenderaan masih boleh dipandu.
"Pemandu seterusnya keluar dari kenderaan dan memeriksa kerosakan serta merekodkan perincian kemalangan merangkumi keadaan kenderaan, nombor pendaftaran serta butiran pihak yang lagi satu," katanya, menambah ini bagi memastikan mereka ada bukti mencukupi untuk tindakan seterusnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 26 2021

Mereka yang terlibat dinasihat agar tetap membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam sekalipun hanya melibatkan kemalangan kecil dan telah mencapai kesepakatan. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Wanita hamil nyaris maut, pacuan empat roda dihempap kayu balak
Seorang wanita sarat hamil cedera selepas pacuan empat roda yang dinaikinya bersama suami dihempap kayu balak dalam kejadian di Sungai Udin, Jalan Merotai-Kalabakan, pada Rabu.

Suami isteri maut, tak sempat elak kereta hilang kawalan
Dalam kejadian petang Rabu itu, pasangan berkenaan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Fahami budaya pemanduan, peraturan jalan raya Thailand untuk elak kemalangan
Rakyat Malaysia yang berhasrat untuk berkunjung ke Thailand, khususnya dengan memandu kenderaan dinasihatkan memahami budaya pemanduan dan peraturan jalan raya negara itu.

CAP minta Kementerian Pengangkutan ambil langkah lebih ketat kurangkan kemalangan
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berharap Kementerian Pengangkutan dapat mengambil langkah keselamatan lebih cekap dan ketat bagi mengurangkan kemalangan jalan raya di seluruh negara.

Lapan mahasiswa Malaysia Universiti Al-Azhar terlibat nahas jalan raya
Tiga mahasiswa, Muhammad Zafri Abdul Rasyid, Muhammad Sulhi Nazri, dan Muhammad Rais Zafran Muhammad Shuhaimi, ditempatkan di wad untuk pemerhatian lanjut.

Dua beranak terkorban dalam nahas jalan raya di Jalan Kuala Krai-Gua Musang
Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai ke lokasi kejadian, sejauh 40 kilometer dari balai.

'Kami akan jaga adik tiri sampai bila-bila'
Kemalangan melibatkan tiga kenderaan itu meragut tiga nyawa termasuk pasangan suami isteri, Marzlan Abu Hassan dan Noriza Saad.

Nahas ngeri Ayer Keroh: Ini apa anda perlu tahu
Nahas kemalangan jalan raya yang mengorbankan 5 sekeluarga serta dua yang lain di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara Ayer Keroh pada Isnin, menggemparkan di saat negara memasuki perayaan Krismas.