Usaha untuk mengesan individu yang mempunyai kontak rapat ataupun bersentuhan dengan Ahli Parlimen Sarikei, Wong Ling Biu, yang diuji positif dijangkiti COVID-19 telah mula dilaksanakan.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, pihak berkuasa kini sedang mengesan inidvidu yang mungkin ada bersentuhan dengan beliau di Sarikei.
Kui Hian mengesahkan bahawa wakil rakyat itu positif COVID-19.
Sehubungan itu, beliau berkata, Ling Biu akan diletakkan di wad pengasingan di Hospital Sibu kerana Hospital Sarikei tidak dijadikan antara empat hospital di negeri tersebut untuk tujuan pengasingan.
Ling Biu ditempatkan di wad pengasingan di Hospital Sibu akibat jangkitan virus tersebut sejak 13 Mac lalu.
Difahamkan Ahli Parlimen itu berkemungkinan terkena jangkitan tersebut semasa menghadiri mesyuarat politik di Kuala Lumpur pada 29 Februari hingga minggu lepas.
Kes Ling Biu merupakan satu-satunya kes positif di Hospital Sibu setakat ini.
"Bagi kes di Hospital Sibu, kita sedang mengesan semua orang di Sarikei. Kami juga melakukan perkara yang sama untuk dua kes positif di Hospital Miri kerana pesakit datang dari Limbang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan bersama, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ke Kem Belia Kemuyang, di sini.
Kem berkenaan telah dipilih menjadi tempat kuarantin bagi pesakit yang sedang disiasat (PUI) untuk kes Covid-19.
BACA: COVID-19: Ahli Parlimen Sarikei dimasukkan ke Hospital Sibu sebagai PUI
Kui Hian berkata, ketiga-tiga kes yang baru disahkan daripada 14 Mac lalu adalah dari kluster yang berbeza dan bukan dari Masjid Sri Petaling di Kuala Lumpur.
"Kes-kes ini datang dari kelompok yang berbeza di mana sumbernya masih belum diketahui. Kami masih belum mengenal pasti kelompok ini," katanya lagi.
Dalam masa sama, beliau berkata, 11 lagi kes COVID-19 telah di diagnosis di negeri itu menjadikan jumlah keseluruhan kepada 20.
Semua pesakit COVID-19 dirawat di empat hospital yang disediakan khas iaitu di Hospital Umum Sarawak di Kuching, Hospital Sibu, Hospital Bintulu dan Hospital Miri.
Sementara itu, Douglas berkata, kerajaan negeri telah memperketatkan kemasukan ke negeri ini dengan arahan 'lockdown' telah dikenakan untuk menghalang kemasukan pendatang dari Korea, Itali, Iran dan China sejak lebih dua minggu lalu.
"Mereka yang memasuki negeri ini juga harus mengisi borang kemasukan di lapangan terbang, dengan cara ini, kita dapat mengesan mereka yang mungkin mempunyai jangkitan virus itu," kata beliau.
Astro Awani
Sun Mar 15 2020

Amar Douglas Uggah (kiri) dan Dr Sim Kui Hian meninjau kawasan kuarantin di Kem Belia Kemuyang, Sibu pada Ahad. Gambar Astro AWANI

LKAN: Jumlah bayaran balik PTPTN RM3.553 bilion daripada tunggakan RM10.853 bilion
Jumlah bayaran balik pinjaman PTPTN yang diterima pada 2023 adalah RM3.553 bilion atau 32.7 peratus daripada jumlah tunggakan.

LKAN: Individu bertanggungjawab atas kerugian anak syarikat agensi kerajaan perlu dikena tindakan - MCW
MCW berpendapat tahap ketelusan pelaporan kewangan anak-anak syarikat kerajaan masih pada tahap rendah.

SME Corp belanja melebihi peruntukan diterima - Laporan Audit
SME Corp membelanjakan geran pembangunan melebihi peruntukan yang diterima mengakibatkan geran itu berbaki debit sejumlah RM7.96 juta.
Pantau Agenda Reformasi: RUU Perkhidmatan Parlimen, langkah terbaik reformasi institusi
Sejauh mana pembentangan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 dilihat sebagai langkah berkesan ke arah mereformasi institusi dan penambahbaikan kepada institusi demokrasi seperti parlimen?
Keanggotaan penuh ASEAN mungkin dicapai hujung tahun ini
Timor-Leste mungkin menjadi anggota ASEAN menjelang hujung tahun ini.
PM ke Vietnam esok, pengukuhan ASEAN agenda utama
Perdana Menteri akan menyampaikan ucaptama pada ASEAN Future Forum ke-2 pada Rabu, di mana beliau akan memberikan penekanan terhadap usaha memperkukuhkan ASEAN dalam mendepani beberapa isu penting ketika ini.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.
Sektor angkasa: Malaysia bekerjasama, tak bersaing dengan negara jiran ASEAN
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Mohammad Yusof Apdal memberitahu Dewan Rakyat bahawa Malaysia, sebaliknya bekerjasama dengan negara anggota mengenai kepentingan dan hala tuju sektor tersebut.
Pemukiman menteri ekonomi beri tumpuan cabaran geopolitik
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, ini memandangkan perkara tersebut membawa cabaran besar kepada pertumbuhan ekonomi di rantau ini.

Agensi AS tidak sehaluan berhubung arahan Musk untuk senaraikan pencapaian minggu lepas
Sesetengah pegawai menentang manakala yang lain menggalakkan pekerja mereka untuk mematuhi arahan itu.

COVID-19: Saya berada dalam keadaan yang stabil dan sihat - Jackie Wong
Atlet baling tukul besi negara, Jackie Wong yang sebelum ini disahkan positif virus COVID-19 berada dalam keadaan sihat dan stabil.

Usaha kesan individu kontak rapat dengan Ahli Parlimen Sarikei mula dilaksanakan
Usaha untuk mengesan individu yang mempunyai kontak rapat ataupun bersentuhan dengan Ahli Parlimen Sarikei telah mula dilaksanakan.

COVID-19: Ahli Parlimen Sarikei dimasukkan ke Hospital Sibu sebagai PUI
Ahli Parlimen Sarikei, Wong Ling Biu dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) telah dimasukkan ke Hospital Sibu sebagai pesakit dalam siasatan (PUI) bagi COVID-19.