KUALA LUMPUR: Usaha membuka pintu sempadan negara perlu dilihat dengan teliti dan menggunakan fakta-fakta yang ada sebelum dilaksanakannya.
Menurut Pakar Pengurusan Risiko Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan UMS, Prof Madya Ts Dr Shamsul Bahari Shamsudin, usaha membuka pintu sempadan perlu dibuat dengan tujuan yang khusus.
Jelas beliau, penilaian risiko perlu dilakukan bagi mengelak kemasukkan varian-varian COVID-19 dari luar ke negara ini akibat pembukaan pintu sempadan.
Dr Shamsul menasihatakan agar pemimpin dan rakyat sentiasa fokus dan bersiap siaga dengan perancangan yang teliti sebelum membuka sempadan.
"Tentang usaha kerajaan untuk pembukaan sempadan, itu perlu dilihat dengan lebih teliti berasakan maklumat dan fakta yang ada.
"Kalau kita lihat perancangan untuk membuka sempadan perlu dengan tujuan khusus, kita tidak mahu dengan adanya COVID-19 ini akan memberi kesan kepada rakyat.
"Ini perlu dilihat tujuannya, apakah ia melibatkan sektor ekonomi yang penting dan genting kepada negara, jadi perkara ini perlu dilihat dengan teliti," katanya dalam program Agenda AWANI pada Rabu yang bertajuk Buka Sempadan, Bersediakah Kita?
Beliau juga berpendapat, penilaian risiko untuk membuka sempadan sepatutnya telah dilaksanakan tiga bulan lebih awal sebelum pintu sempadan dibuka.
Jelas Dr Shamsul, penilaian risiko lebih awal ini sangat penting kerana ia akan menjadi data dalam membuat keputusan untuk membuka pintu sempadan.
"Kalau kita ingin benar-benar membuka pintu sempadan negara, kita perlu melihat secara menyeluruh aktiviti pengenalpastian, penilaian, pelaporan risiko setiap agensi dan sektor yang terlibat," katanya lagi.
Dr Shamsul menjelaskan laporan penilaian risiko ini perlu dihantar kepada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membolehkan keputusan membuka sempadan dibuat.
Namun jelas beliau, perkara-perkara yang disebutkannya itu tidak dilaksanakan sebaliknya hanya membuat keputusan berdasarkan maklumat yang terhad.
Astro Awani
Wed Feb 02 2022

Penilaian risiko perlu dilakukan bagi mengelak kemasukkan varian-varian COVID-19 dari luar ke negara ini akibat pembukaan pintu sempadan. - Gambar Facebook Shamsul Bahari

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Lebih 80,000 pelancong Malaysia kunjungi Thailand sejak Jumaat
Lebih 80,000 pelancong negara ini mengambil peluang musim cuti sekolah untuk melawat dan bercuti ke Thailand dengan melalui dua pintu sempadan di negeri ini bermula Jumaat lepas.

Mesir tolak cadangan buka koridor untuk orang awam di Gaza - Laporan
Mesir telah menolak cadangan membuka koridor selamat bagi orang awam dari Semenanjung Gaza, Sputnik memetik laporan The Jerusalem Post pada Rabu.

Pengoperasian di CIQ BSI perlu ditingkatkan segera - Onn Hafiz
Kesiapsiagaan itu hanya pada kadar 80 peratus dan ianya perlu dipertingkatkan segera menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti.

COVID-19: Kanada lanjut langkah pencegahan
Kawalan pencegahan untuk pelancong yang tiba di Kanada dijangka berkuatkuasa hingga 30 September 2022.

MTGC dakwa pelancong terpaksa tunggu lama masuk ke Malaysia melalui Linkedua
Presiden MTGC Jimmy Leong Wie Kong berkata keadaan itu amat membimbangkan dan tidak boleh diterima dan ia boleh menjejaskan industri pelancongan.

Cacar monyet: Pintu sempadan negara tidak akan ditutup - Dr Noor Azmi
KKM akan meningkatkan tahap pengawasan di semua pintu masuk antarabangsa terutama di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Jepun rancang buka semula pintu sempadan kepada pelancong asing pada Jun
Jepun merancang untuk menambah had ketibaan luar negara kepada 20,000 sehari bermula 1 Jun.

Pembukaan pintu sempadan: Kasih bertaut kembali, rindu lebih setahun terlerai
Mohd Shafiq Riswan Waris berpisah dengan datuk, nenek serta ibunya sejak November 2020.

PDRM tambah anggota, pegawai di pintu sempadan negara mulai 1 April
Penambahan berkenaan dilakukan bagi mengawal penularan COVID-19 yang dikhuatiri boleh dibawa oleh pengembara.

Usaha membuka pintu sempadan perlu dilihat dengan teliti - Dr Shamsul Bahari
Menurut Pakar Pengurusan Risiko Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan UMS, Prof Madya Ts Dr Shamsul Bahari Shamsudin, usaha membuka pintu sempadan perlu dibuat dengan tujuan yang khusus.