SHAH ALAM: Ruang perbincangan mengenai isu alam sekitar haruslah dilaksanakan pelbagai pihak tanpa mengira fahaman, kepakaran dan agama sebagai usaha untuk merakyatkan isu berkenaan khususnya kepada masyarakat awam.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, penyelesaian isu alam sekitar tidak hanya boleh ditangani oleh satu pihak sahaja kerana ia memerlukan kesedaran kesalinghubungan manusia dan alam sekitar.
Susulan itu, beliau berkata, pendekatan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang membawa perbincangan kepentingan menjaga alam sekitar dalam bentuk pandangan agama Islam adalah sesuatu yang harus diikuti oleh pihak lain.
"Bagi saya, pendekatan yang dibawa oleh UiTM dan pihak rakan kongsi korporat sangat relevan apabila kita membawa perbincangan ini dalam bentuk sudut pandang agama," katanya semasa berucap pada penutupan Persidangan Antarabangsa Islamik tentang Pembangunan Hijau Mampan di sini, pada Rabu.
UiTM menerusi Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) dengan kerjasama Nextgreen Global Sdn Bhd menganjurkan persidangan yang dihadiri 500 peserta, mengangkat tema mengintegrasikan nilai dan inovasi global bagi mengharmonikan matlamat pembangunan mampan (SDG) di samping pelancaran Islamic Sustainable Development Goals (i-SDG) Center.
Pelancaran i-SDG Center itu juga sebagai langkah memperkasakan peranan Islam sebagai pemangkin kepada merealisasikan hasrat dan matlamat murni SDG dengan banyak peluang penyelidikan dan kajian ilmiah dapat dijalankan bagi mendukung nilai itu. - BERNAMA
Bernama
Wed Jun 26 2024

Nik Nazmi berucap pada Majlis Penutupan International Conference on Green Sustainable Development (IGREENDEV24) di Anjung Sri Budiman UiTM Shah Alam, pada Rabu. - Gambar BERNAMA
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa

Usaha rakyatkan isu alam sekitar perlu dilaksanakan pelbagai pihak - Nik Nazmi
Ruang perbincangan mengenai isu alam sekitar haruslah dilaksanakan pelbagai pihak tanpa mengira fahaman, kepakaran dan agama.

Malaysia kekal pendirian 'dasar bebas nuklear' - Nik Nazmi
Malaysia terus mengekalkan pendirian 'dasar bebas nuklear' dalam hal membabitkan penjanaan kuasa, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.

Tuduhan Pendakwa Raya tidak benarkan pendakwaan tidak berasas - JPM
Ini kerana, sesuatu pendakwaan yang dikenakan terhadap suspek di mahkamah adalah bergantung kepada hasil siasatan sesuatu kes.

Remaja perempuan ini terus lantang menuduh UK punca masalah iklim
Selepas berbulan-bulan Brexit berdepan kemelut, isu perubahan iklim kembali melonjak menjadi agenda politik Britain.

Isu alam sekitar: Setiap orang mampu lakukan perubahan - Dr Jane Goodall
Keupayaan media sosial, televisyen dan filem dapat menggandakan setiap tindakan individu, kata pakar konservasi.

TPPA mampu cegah isu alam sekitar seperti masalah perlombongan bauksit - Senator
Peruntukan dalam TPPA itu katanya mampu memelihara alam sekitar, hutan, mencegah pembalakan haram, penyeludupan haiwan liar, dan penangkapan ikan secara tidak terkawal.