KOTA TINGGI:Usaha menyelamatkan mangsa banjir yang terperangkap di pusat bandar yang kini dinaiki air setinggi dua meter sedang giat dijalankan agensi penyelamat seperti Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Tinjauan Bernama mendapati air setinggi paras dada di pusat bandar itu turut menghalang laluan kenderaan ringan mahupun berat dan hanya boleh dilalui menggunakan bot.
Kebanyakan mereka yang diselamatkan merupakan mereka yang tinggal di rumah kedai atau peniaga yang mempunyai kedai di pusat bandar berkenaan.
Semua aktiviti perniagaan dan komersial serta harian turut terhenti berikutan tiada akses masuk ke bandar itu.
Ini antara banjir terburuk selepas bandar itu mengalami banjir besar pada 2006.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata banjir di kawasan bandar itu juga disebabkan air pasang besar di sungai Kota Tinggi, Sabtu lepas.
BACA: Mangsa banjir di Pahang, Terengganu terus meningkat, Johor pula menurun
Beliau berkata keadaan banjir ini dijangka kekal sehingga Rabu dan kini pihaknya sedang melakukan tugas-tugas menyelamat mangsa banjir mengikut maklumat yang diterima daripada pusat kawalan operasi banjir daerah Kota Tinggi.
"Ketika ini pusat kawalan operasi banjir telah diaktifkan dengan semua agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), JBPM dan APM dikerah membantu mangsa banjir.
"Mangsa banjir dibawa keluar dari kediaman masing-masing sebelum dibawa ke pusat pemindahan sementara (PPS) mengikut lokasi kampung dan taman di daerah itu," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Selain itu, Hussin berkata berkata bot-bot persendirian orang awam yang ingin memasuki ke kawasan pusat bandar bagi tujuan mengeluarkan barang dari premis masing-masing perlu meminta kebenaran pihaknya terlebih dahulu.
BACA: Banjir Johor: Bandar Kota Tinggi ditenggelami air
Menurut beliau, pihak polis tidak mahu insiden yang tidak diingini berlaku kepada orang awam yang memasuki kawasan banjir ini memandangkan kawasan itu kini dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi dan juga untuk menjaga harta benda di kawasan itu.
Kota Tinggi merupakan daerah yang terjejas teruk ekoran banjir kali ini melibatkan seramai 2,029 mangsa daripada 514 keluarga dan penduduk kini ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara (PPS).
Setakat 12 tengah hari ini, jumlah mangsa banjir di Johor menurun kepada 6,991 orang di lapan daerah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 04 2021
Kota Tinggi merupakan daerah yang terjejas teruk ekoran banjir kali ini melibatkan seramai 2,029 mangsa daripada 514 keluarga. --fotoBERNAMA
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
YDP Agong santuni mangsa banjir di Kota Tinggi
Seri Paduka Baginda berkenan melawat PPS di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota dan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Kota Tinggi.
Banjir Johor: Jumlah mangsa menurun, 3,455 berlindung di 37 PPS
Jumlah penduduk terjejas banjir di Johor mencatatkan penurunan kepada 3,455 orang berbanding 3,471 orang pagi tadi.
Tiga ahli GISB didakwa eksploitasi manusia, amang seksual
Tiga ahli yang mempunyai kaitan dengan GISB dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi atas pertuduhan ekspolitasi dan amang seksual fizikal.
Dua maut kemalangan empat kenderaan di Kota Tinggi
Menurut polis, MPV yang hilang kawalan telah melanggar motosikal sebelum penunggang dan penumpang belakang Xpander tercampak ke bahu jalan.
Mangsa kedua hilang di Pantai Batu Layar ditemukan lemas
Seorang lagi lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi di Pantai Batu Layar di Kota Tinggi semalam, ditemukan lemas pagi tadi.
Pekerja kilang didakwa miliki bahan berkaitan kumpulan Daesh
Seorang pekerja kilang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi atas dua pertuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh.
Gelap mata untung lumayan, warga emas rugi RM412,500
Lelaki warga emas itu melakukan beberapa transaksi berjumlah RM412,500 kepada empat akaun berbeza baru-baru ini bagi menerima pulangan dan keuntungan berkenaan.
300 penduduk Kota Tinggi ditempatkan di PPS akibat banjir
Seramai 300 penduduk daripada 69 keluarga di daerah ini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir yang berlaku tengah hari tadi.
Pengawal keselamatan maut nahas tiga kenderaan
Kejadian pada jam 9.30 malam itu melibatkan motosikal jenis Honda dengan kereta Proton Saga FL dan Narza Forte.
Tunku Mahkota Ismail berangkat ke Markas Taktikal Pos Tanjung Sepang
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Markas Taktikal Pos Tanjung Sepang, Kota Tinggi hari ini.