KUALA LUMPUR : Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) berjaya menyumbang RM21 juta kepada ekonomi negara pada tahun 2022 melalui 38 program bimbingan melibatkan Program INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC), Online Onboarding Coaching Programme (E-Board), Program Bimbingan Pembangunan Produk dan Program Bimbingan Keuntungan Menu.
Menteri Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Ewon Benedick berkata, laporan pencapaian tahun 2022 juga menunjukkan, INSKEN berjaya melatih 21,385 usahawan melalui 502 program latihan dan bimbingan yang melebihi daripada sasaran awal iaitu 13,390 usahawan dan 422 program.
"INSKEN sentiasa mengekalkan momentum kecemerlangan seumpama ini kerana program-program yang dilaksanakan adalah berasaskan keperluan semasa usahawan. Pelbagai kisah kejayaan telah dibuktikan bukan sahaja melalui laporan pencapaian tahunan, malah turut diakui oleh usahawan- usahawan yang menyertai program anjuran INSKEN," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau percaya dengan kesungguhan INSKEN membantu usahawan di seluruh Malaysia, lebih ramai usahawan akan dapat memajukan perniagaan dan seterusnya membantu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
"Program INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) merupakan antara program utama yang dapat diukur keberkesanannya. Tahun lalu telah menyaksikan Noraziran Taip, yang menjalankan perniagaan jahitan berjaya meningkatkan hasil jualan sehingga 255% dalam jangka masa empat bulan mengikuti program ini," ujarnya.
Menurutnya, faktor penyumbang kepada peningkatan itu adalah apabila beliau mengubah susun atur perniagaan menjadi lebih sistematik dan menjalankan aktiviti pemasaran digital.
"Secara keseluruhan, Program IBBC telah menghasilkan RM18.5 Juta nilai peningkatan jualan keseluruhan pada tahun 2022, menjadikannya sebagai penyumbang terbesar kepada pencapaian INSKEN. Program Bimbingan Pembangunan Produk pula merekodkan RM 295 Ribu nilai peningkatan jualan, manakala, Program Bimbingan Keuntungan Menu mencatatkan RM 794 Ribu pada tahun lalu," tambahnya.
Selain program bimbingan, INSKEN turut melaksanakan program latihan jangka masa pendek yang memberi fokus kepada jualan dan pemasaran, kewangan, operasi serta pengurusan perniagaan.
"Tahun lalu, 391 program latihan telah dianjurkan yang memanfaatkan 18,695 usahawan di seluruh Malaysia. Walaupun program jangka masa pendek ini menggunakan pendekatan yang berbeza daripada program bimbingan, namun pelbagai pencapaian masih dapat dilihat melalui pelaksanaannya. Tuan Noor Aziba telah berjaya mendapat kelulusan RM100,000.00 untuk memajukan perniagaan ternakan lembu selepas mengikuti Kursus Asas Keusahawanan (KAK) anjuran INSKEN," katanya lagi.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Muhd Firdaus Azharuddin yakin sasarannya tahun lalu untuk membantu lebih ramai usahawan mikro dan tidak formal tercapai apabila melihat laporan pencapaian tahun 2022.
"Tahun lalu, INSKEN telah melaksanakan 311 program kolaborasi bersama agensi seperti AIM, Tekun Nasional, Perbadanan Usahawan Nasional (PUNB) dan Professional Training And Education For Growing Entrepreneurs (PROTÉGÉ).
Justeru, INSKEN akan terus melaksanakan kesemua program latihan dan bimbingan yang sedia ada tahun ini dengan penambahan dua program baharu iaitu Program Urus Kewangan Untuk Perniagaan Kecil dan Kursus Asas Pembangunan Produk dan Servis (KAPPS).
"INSKEN juga mensasarkan untuk melatih 7,940 usahawan melalui 225 program latihan dan bimbingan. INSKEN turut mengalu-alukan kolaborasi di antara kementerian dan agensi dalam usaha membantu memantapkan ekosistem keusahawanan negara," ujarnya.
Astro Awani
Wed Mar 08 2023

Selain program bimbingan, INSKEN turut melaksanakan program latihan jangka masa pendek yang memberi fokus kepada jualan dan pemasaran, kewangan, operasi serta pengurusan perniagaan.

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

KUSKOP salur RM813.4 juta kepada PMKS, koperasi di Sabah tahun lepas
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyalurkan RM813.4 juta kepada 53,395 perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) serta koperasi di Sabah, sepanjang tahun lepas.

INSKEN sasar latih 25,000 usahawan, tumpu golongan B40
Institut Keusahawanan Negara menyasarkan untuk melatih 25,000 usahawan menerusi program latihan dan bimbingan bersama agensi serta jabatan termasuk NGO tahun ini.

Usahawan mikro jana RM23 juta peningkatan hasil jualan - INSKEN
Peningkatan itu disumbangkan melalui pelaksanaan program bimbingan institusi itu sepanjang tahun 2024 melibatkan 19 program IBBC dan lima program Bimbingan Keuntungan Menu.

INSKEN sasar latih 10,000 usahawan tahun ini - Ewon
INSKEN sasar untuk melatih 10,000 usahawan tahun ini berbanding 9,700 usahawan yang telah dilatih di seluruh negara pada tahun lepas.

INSKEN kerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri bantu usahawan asnaf - Ewon
INSKEN telah bekerjasama dengan beberapa Majlis Agama Islam Negeri bagi membantu usahawan asnaf melalui pelaksanaan program pembangunan latihan keusahawanan.

Usahawan Sabah tingkat hasil jualan lebih RM1.63 juta menerusi bimbingan INSKEN
Pencapaian program bimbingan INSKEN turut merekodkan 30 pekerjaan baharu melalui Program IBBC.

Jelajah Jiwa SME buka peluang usahawan perkasa perniagaan
Siri Jelajah Jiwa SME di Johor Bahru membuka peluang buat usahawan mikro, kecil dan sederhana untuk menimba ilmu bagi memperkasakan perniagaan mereka.

Jelajah Genta Belia 2023 perkasa ekonomi golongan muda
Ia merupakan inisiatif baharu KBS yang dilaksanakan di 43 lokasi melibatkan beberapa daerah terpilih di seluruh negara bermula Jun ini.

Usahawan bimbingan INSKEN sumbang RM21 juta kepada ekonomi negara tahun lalu
INSKEN berjaya melatih 21,385 usahawan melalui 502 program, melebihi sasaran awal iaitu 13,390 usahawan dan 422 program.

INSKEN catat RM11 juta hasil jualan, 178 pekerjaan baharu melalui IBBC - Ewon
Program INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) berjaya meningkatkan RM11 juta hasil jualan dan 178 pekerjaan baharu melalui pelaksanaan sembilan program bimbingan pada 2022.