BANDAR BARU BANGI: "Tak baik tau," itu reaksi seorang usahawan kosmetik kontroversi bersama rakannya selepas jurugambar media merakam gambar mereka di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat.
Kedua-dua individu berkenaan direman tiga hari bagi membantu siasatan dakwaan membuat komunikasi lucah dan amang seksual terhadap kanak-kanak di bawah umur dalam satu siaran secara langsung menerusi aplikasi media sosial.
Hakim Effandi Nazila Abdullah yang bertindak sebagai Majistret mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan polis untuk menahan reman suspek bermula Jumaat sehingga 13 Jun.
Mereka yang memakai baju lokap berwarna ungu tiba di mahkamah dengan bergari sambil dikawal pihak polis.
BACA: Pemilik akaun Instagram 'safieyillias94' ditahan - Polis
BACA: Suri rumah buat laporan polis terhadap usahawan kosmetik
Ketika ditemui di luar mahkamah, peguam Nursyafiqah Zamani yang mewakili dua individu itu berkata, anak guamnya yang berusia lewat 20-an disiasat mengikut Seksyen 12 dan 15 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Pada Khamis, media melaporkan seorang pensyarah membuat laporan polis terhadap seorang usahawan kosmetik selepas sesi Instagramnya dikatakan berbaur lucah pada Rabu.
Usahawan itu yang mempunyai sejuta pengikut di laman sosial Instagram bersiaran secara langsung bersama rakannya jam 2 pagi menerusi platform Instagram Live serta diikuti dua kanak-kanak.
Susulan itu, pihak polis meminta dua pemilik akaun Instagram iaitu 'safieyillias94' dan Pipinatasha tampil untuk membantu siasatan berhubung satu siaran secara langsung menerusi aplikasi media sosial berkenaan.
Artikel asal ini disiarkan di Sinar Harian: Usahawan kosmetik, rakan direman tiga hari
Sinar Harian
Fri Jun 11 2021

Seorang usahawan kosmetik kontroversi (kanan) bersama rakannya (kiri) direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung satu siaran secara langsung menerusi aplikasi media sosial berbaur lucah. - Foto Sinar Harian
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Usahawan kosmetik, rakan direman tiga hari
Kedua-dua individu berkenaan direman tiga hari bagi membantu siasatan dakwaan membuat komunikasi lucah dan amang seksual terhadap kanak-kanak di bawah umur.