KUALA LUMPUR: Usanita Sdn Bhd berjaya menyelesaikan misi penting tiga hari di Jakarta yang memberi fokus terhadap usaha menjalin dan memperkukuh kolaborasi dengan pemimpin industri kreatif di Indonesia serta meneroka kerjasama serantau.
Lawatan penting tersebut diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutif Usanita, Datuk Adzliana Hasan dan antara ahli delegasi termasuk Erma Fatima yang merupakan penerbit dan pelakon yang pernah memenangi pelbagai anugerah.
Kehadiran Erma Fatima membuktikan komitmen Usanita terhadap kecemerlangan seni dan pertukaran budaya.
Bermula 28 hingga 30 Jun, delegasi Usanita telah bertemu dengan tokoh-tokoh utama dalam industri hiburan Indonesia, termasuk Raam Punjabi dari PT Multivision Plus; Manoj Punjabi (MD Entertainment); Deddy Mizwar (PT Demi Gisela Film dan Ketua Umum Persatuan Produser Film Indonesia -PPFI), Zairin Zein, (produser dan Setiausaha Agung PPFI) dan Ilham Bintang (Pengarah PT Bintang Advis Multimedia).
Pertemuan diatur bagi meneroka peluang dalam melaksanakan projek kolaboratif dan kerjasama inovatif, selaras dengan misi pemerkasaan komuniti dan pembangunan modal insan oleh Usanita.
"Industri kreatif Indonesia merupakan mercu tanda inovasi dan kekayaan budaya. Pihak kami teruja untuk meneroka peluang dan bekerjasama bagi meningkatkan lagi inisiatif Usanita yang mampu menyumbang kepada pembangunan industri kreatif yang dinamik di kedua-dua negara,” kata Adzliana.
Adzliana berkata selain memberikan bantuan kebajikan, Usanita juga aktif dalam mempromosi padanan perniagaan-ke-perniagaan dan industri kreatif merupakan peluang baharu yang boleh meningkatkan semangat keusahawanan dalam kalangan ahli Usanita.
Sementara itu, Erma Fatima berkata sudah tiba masanya untuk Malaysia dan Indonesia menghidupkan semula produksi filem secara usahasama seperti yang dilaksanakan pada tahun 80-an dan 90-an.
"Kerjasama sebegini memberi peluang untuk kita bertukar pengetahuan agar mampu memenuhi kehendak penonton yang semakin mencabar. Teknologi produksi filem juga telah mengalami perubahan pesat dan jika bergabung, kedua-dua negara mempunyai kekuatan untuk menakluk pasaran global dengan sinergi yang betul,” katanya.
Delegasi Usanita turut melawat IDN Media dan berbincang dengan pihak pengurusan tertingginya untuk meneroka potensi kerjasama kreatif.
Perbincangan tersebut tertumpu kepada pembangunan bersama kandungan kreatif dan memanfaatkan kekuatan masing-masing untuk melaksanakan projek yang inovatif dan menarik minat penonton di kedua-dua negara.
Lawatan ke Jakarta ini juga membuktikan komitmen Usanita untuk memperluas jangkauan dan pengaruhnya melalui kerjasama antarabangsa.
Mengulas lanjut, Adzliana berkata perbincangan terperinci dengan pemimpin industri kreatif Indonesia bertujuan untuk membangunkan kandungan dan program inovatif yang mampu memikat penonton di seluruh rantau ini.
“Menerusi gabungan kekuatan kreatif rakan kongsi Indonesia dan pendekatan berasaskan misi Usanita untuk membangunkan usahawan tempatan, kerjasama ini mampu menghasilkan projek-projek menarik dengan impak sosial yang signifikan,” katanya.
Menurut beliau, kerjasama ini juga dirancang secara strategik untuk membantu kedua-dua negara meneroka pasaran antarabangsa yang lebih besar, bermula dengan ASEAN.
"Memandangkan Malaysia bakal menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN tahun depan, kerjasama ini juga bertujuan untuk memanfaatkan potensi kreatif serantau yang lebih besar," tambahnya.
Astro Awani
Wed Jul 03 2024
![Usanita perkukuh kerjasama kreatif di Jakarta, tembusi pasaran serantau Usanita perkukuh kerjasama kreatif di Jakarta, tembusi pasaran serantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719997761_TBJakarta.jpg)
Lawatan penting tersebut diterajui oleh Adzliana dan antara ahli delegasi termasuk Erma Fatima yang merupakan penerbit dan pelakon yang pernah memenangi pelbagai anugerah.
Agenda AWANI: Gencatan Senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump
Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan. Jelasnya, memandangkan dunia Arab yang masyhur berpecah, penyatuan dalam satu suara dalam mempertahankan hak Palestin kini boleh dianggap sebagai suatu kemenangan. #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Apa peluang dan potensi kerjasama saling untung yang boleh dibawa oleh Turkiye untuk manfaat ASEAN khususnya perdagangan, teknologi dan kestabilan rantau ini? Diskusi 9 malam.
![Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739357245_HennyMohamedNajib.jpg)
Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain
Seorang wanita didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki kad pengenalan atau MyKad individu lain dalam satu operasi minggu lepas.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Pengaturcara Indonesia, Malaysia digesa bangunkan platform seumpama DeepSeek gaya Nusantara Pengaturcara Indonesia, Malaysia digesa bangunkan platform seumpama DeepSeek gaya Nusantara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739364907_ArifHavasOegroseno.jpg)
Pengaturcara Indonesia, Malaysia digesa bangunkan platform seumpama DeepSeek gaya Nusantara
"Jika China boleh melakukannya, kita juga seharusnya mampu kerana ia adalah sumber terbuka."
![Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030 Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722506966_TBEV.jpg)
Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030
Setiap kawasan komersial baharu perlu mempunyai peratusan tempat letak kereta yang dipasang dengan stesen pengecas EV.
![Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724400042_TBladangsawit.jpg)
Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun
Menurut data Persatuan Pengekstrak Pelarut India pada Rabu, import minyak sawit India berjumlah 275,000 tan pada bulan lepas.
#AWANIRingkas 12 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Februari 2025
1️⃣ Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
2️⃣ Sektor penerbangan
3️⃣ Indeks Persepsi Rasuah
#awaniringkas
1️⃣ Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
2️⃣ Sektor penerbangan
3️⃣ Indeks Persepsi Rasuah
#awaniringkas
Agenda AWANI: Gencatan senjata: Mampu bertahan tanpa sabotaj
Apa jadi jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel gagal dipatuhi dan apa pula nasib rakyat Palestin ketika harapan dunia mahu bantu Gaza dibina semula? Diskusi 8.30 malam.
Bantuan ke Gaza: Misi ketujuh ke Gaza dari Singapura berlepas hari ini
Sejak bermulanya konflik pada Oktober 2023, Singapura telah menghantar bantuan kemanusiaan untuk Gaza bernilai lebih S$19 juta (AS$14 juta).
![SUKMA 2026 di Selangor dijangka berlangsung Ogos - Exco SUKMA 2026 di Selangor dijangka berlangsung Ogos - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737381769_SUKMA.jpg)
SUKMA 2026 di Selangor dijangka berlangsung Ogos - Exco
Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Selangor dijangka berlangsung pada bulan Ogos, kata Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri Mohd Najwan Halimi.
![KKDW garis empat fokus utama hala tuju 2025 - Ahmad Zahid KKDW garis empat fokus utama hala tuju 2025 - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733954806_ZahidHamiditimbal.jpg)
KKDW garis empat fokus utama hala tuju 2025 - Ahmad Zahid
KKDW gariskan empat fokus utama iaitu pembangunan modal insan, keusahawanan, ekonomi dan reformasi birokrasi sebagai tunjang hala tujunya tahun ini.
![Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736958188_TBcyberview.jpg)
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
![PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736604303_TanSriAbangJohari.jpg)
PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tetap teguh sebagai sebuah parti yang inklusif, mengutamakan keharmonian antara kaum dan memastikan tiada pihak yang tertinggal dalam arus pembangunan.
![Mencari golongan ‘miskin’ dan ‘kelas pertengahan’ di Malaysia Mencari golongan ‘miskin’ dan ‘kelas pertengahan’ di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733510765_TBOrangramai.jpg)
Mencari golongan ‘miskin’ dan ‘kelas pertengahan’ di Malaysia
Kerajaan telah lama memberi tumpuan kepada pembentukan kelas pertengahan yang kukuh kerana peranannya yang penting dalam memacu pembangunan ekonomi.
![NADSAR bakal pacu ekosistem sukan dron di Malaysia NADSAR bakal pacu ekosistem sukan dron di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732882040_NajwanHalimiExco.jpg)
NADSAR bakal pacu ekosistem sukan dron di Malaysia
NADSAR diperkenalkan hari ini bagi memacu ekosistem pembangunan sukan dron sekali gus melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam industri dron yang semakin berkembang di Malaysia.
![Belanjawan Sabah, Persekutuan dapat dioptimumkan bersama bangunkan keusahawanan Sabah Belanjawan Sabah, Persekutuan dapat dioptimumkan bersama bangunkan keusahawanan Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731939689_TBEWON.jpg)
Belanjawan Sabah, Persekutuan dapat dioptimumkan bersama bangunkan keusahawanan Sabah
Belanjawan Sabah 2025 dan Belanjawan 2025 peringkat Persekutuan dapat dioptimumkan bersama bagi memajukan sektor keusahawanan di negeri ini.
![Terengganu bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM1.887 bilion Terengganu bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM1.887 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731928965_TBAhmadSamsuri.jpg)
Terengganu bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM1.887 bilion
Kerajaan Negeri Terengganu hari ini membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM1.887 bilion yang diperuntukkan untuk Perbelanjaan Mengurus.
![Sertai bidang TVET, pilihan tepat buat 'Mowgli' Malaysia Sertai bidang TVET, pilihan tepat buat 'Mowgli' Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731643143_MowgliMalaysia.jpg)
Sertai bidang TVET, pilihan tepat buat 'Mowgli' Malaysia
Muhammad Syukur yakin peluang keemasan dapat diperoleh dengan kemahiran TVET yang dimilikinya.
![Kerajaan seru usahawan muda perlu berani ambil risiko - Fadillah Kerajaan seru usahawan muda perlu berani ambil risiko - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730476985_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan seru usahawan muda perlu berani ambil risiko - Fadillah
Kerajaan sentiasa membuka ruang kepada usahawan muda untuk mengembangkan potensi mereka ke tahap yang lebih tinggi.