Pendakwah bebas terkenal, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias dirujuk ke sebuah hospital swasta di sini malam tadi ekoran beberapa komplikasi selepas menghadapi masalah tidak boleh tidur sejak dua bulan lalu hingga kini.
Perkara itu disahkan salah seorang pembantunya yang hanya dikenali sebagai Amin
Menurut Amin, kesan daripada itu, dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini, Ustaz Kazim mengalami sakit belikat dan pinggang serta kembung perut.
“Kami telah merujuk beliau ke poliklinik pada minggu lepas dan doktor memberi diagnos awal sebagai gastrik atas faktor puasa dan penggunaan ubat jantung.
“Sehingga semalam (Ahad ), sakit masih tidak berkurangan dan bertambah dan kami telah merujuk beliau ke Unit Kecemasan sebuah hospital swasta di Ipoh,” katanya, di sini hari ini.
Ustaz Kazim dalam laman Facebook beliau malam tadi menunjukkan gambar beliau dirawat di sebuah hospital.
“Terima kasih kepada semua sahabat yang bagi nasihat dan petua... Insya-Allah saya cuba amalkan.
“Harap-harap boleh tidurlah...kalau tak baring salah, duduk salah, ngiring salah.. semua salah...Insya Allah, malam ini harap-harap betul la..." katanya dalam kemas kini status Facebooknya pada Ahad.
Menurut Amin, prosedur ujian telah dilaksanakan dan keputusannya dijangka akan dikeluarkan pada esok (Selasa).
Katanya, buat masa ini, pendakwah itu berada di rumah untuk berehat dan sebarang lawatan atau ziarah tidak dibenarkan memandangkan situasi negara dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Saya mohon tuan puan yang budiman untuk sama-sama mendoakan kesembuhan Ustaz Kasim seperti sedia kala,” ujarnya.
Menurut Amin lagi, program LIVE di fanpage Facebook Ustaz Kazim akan diteruskan seperti yang dirancang.
BACA: Keadaan Ustaz Kazim Elias makin baik, sudah dibenar pulang ke rumah
Abd Razak Mohd Ali
Mon May 11 2020

Ustaz Kazim dilaporkan menghadapi masalah tidak boleh tidur sejak dua bulan lalu. - Gambar Facebook

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.

Bekas PM Thailand Thaksin Shinawatra dimasukkan ke hospital
Thaksin mengalami sakit dada, tekanan darah tinggi, tahap oksigen rendah dan insomnia ketika ditahan di wad.

Raja Salman masuk hospital hidap radang hempedu
Penjaga Dua Kota Suci yang berusia 84 tahun itu untuk menjalani pemeriksaan kesihatan berikutan radang di bahagian hempedu.