BATU PAHAT: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya meningkatkan kedudukannya ke tangga 247 dalam Asia University Ranking 2022 berbanding kedudukan berjulat 291-300 pada tahun sebelumnya.
Naib Canselornya Prof Datuk Dr Wahid Razzaly berkata ia merupakan pencapaian terbaik UTHM dalam penarafan tahunan QS Asia University Rankings sejak kali pertama tersenarai pada 2018, sekali gus menzahirkan rasa syukur.
Katanya kejayaan berkenaan hasil pelbagai inisiatif baharu dalam penyelidikan berimpak yang berteraskan bidang Teknologi Lestari dan Pengangkutan.
"UTHM turut menerapkan pendekatan berbeza dalam meningkatkan jaringan pengantarabangsaan seriring dengan keperluan norma baharu.
"Kedua-dua faktor ini secara langsung membantu meningkatkan keterlihatan jenama UTHM di peringkat global," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sementara itu, Pengarah Pejabat Perancangan Strategik dan Pengurusan Risiko Dr Muhammad Akmal Johar berkata sembilan daripada 11 indikator yang dinilai telah melebihi paras median dalam kalangan 687 universiti tersenarai di peringkat Asia.
Tambah beliau, nisbah penerbitan/fakulti merupakan indikator tertinggi dalam penilaian kali ini.
"Ini membuktikan budaya penyelidikan dan inovasi dalam kalangan staf akademik UTHM semakin berkembang, sekali gus mampu memberi manfaat kepada komuniti, industri dan alam.
"Kejayaan ini bertepatan dengan misi UTHM menyediakan penyelesaian teknikal bagi keperluan industri dan komuniti berasaskan paradigma tauhid.
"Ini juga seiring dengan hala tuju yang dinyatakan dalam Pelan Strategik 2021-2025 UTHM sebagai sebuah universiti teknopreneur bertaraf global menjelang 2030," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 07 2021

Ia merupakan pencapaian terbaik UTHM dalam penarafan tahunan QS Asia University Rankings sejak kali pertama tersenarai pada 2018. - Facebook UTHM

Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Ahmad Zahid menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Johor kerjasama dengan UTHM, MARSAH lahir imam muda bertauliah
Langkah itu bagi mengatasi isu kekurangan imam, bilal dan noja seperti di kawasan kampung atau perumahan di Johor.

Janganlah dianggap teknologi sebagai pengganti guru
Guru bukanlah bandingannya dengan teknologi. Guru membentuk jiwa, memugar potensi anak bangsa untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.

Pertembungan manusia-hidupan liar: Malaysia perlu keluar dari 'zaman penafian'
Malaysia perlu beralih dari 'zaman penafian' kepada 'zaman pemulihan' bagi menyelesaikan isu pertembungan secara langsung dan tidak langsung antara manusia dan hidupan liar.

Pendidikan alam semula jadi harapan pemulihan hidupan liar Malaysia
Hari Hidupan Liar Dunia ini diwujudkan adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap hidupan liar termasuk flora dan fauna.

Charms, UTHM jalin kerjasama penyelidikan
Kemunculan pelbagai barangan kosmetik di pasaran menambahkan lagi keinginan itu hingga terlupa untuk memeriksa terlebih dahulu kandungan dan kualiti produk tersebut.

UTHM di tangga ke-247 dalam Asia University Ranking 2022
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya meningkatkan kedudukannya ke tangga 247 dalam Asia University Ranking 2022 berbanding kedudukan berjulat 291-300 pada tahun sebelumnya.

Johor dapatkan kepakaran UTHM bantu atasi banjir termenung - MB
Menggunakan kepakaran yang dimiliki UTHM merupakan hasrat kerajaan negeri dalam menyelesaikan masalah fenomena alam itu.

Mempercepat vaksinasi melalui khidmat pengangkutan awam bergerak
Khidmat pengangkutan awam bergerak merupakan salah satu inisiatif dan langkah tepat untuk mempercepatkan pemberian vaksin.

UTHM-SWM Environment rintis usaha ubah sisa makanan bazar Ramadan jadi baja kompos
Projek perintis ini melibatkan empat tapak bazar Ramadan iaitu Pesta, Bindu, Taman Universiti dan Parit Raja, Batu Pahat.

Integriti, kualiti dan peperiksaan buka-buku
Pada tahun 1998, ketika tahun kedua pengajian Sarjana Muda masih saya ingat betapa terujanya kami apabila pensyarah kursus Sains Bahan Dr Sam Ramrattan, pensyarah menerusi program The Midwest Universi