BATU PAHAT: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Perpustakaan Tunku Tun Aminah kini sedang giat dalam usaha "mendigitalkan" sumber sejarah, kebudayaan dan kesenian yang terdapat di negeri ini.
Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM Datuk Seri Ibrahim Ahmad berkata usaha berkenaan yang dikenali sebagai Projek Penyelidikan dan Inovasi Budaya dan Warisan Johor (RICHER), akan membangunkan portal digital berpusat merangkumi gambar, video, keratan akhbar dan bahan-bahan lain.
Beliau berkata para pengkaji sejarah, pelajar atau sesiapa sahaja yang berminat dengan sejarah, kebudayaan dan kesenian Johor, boleh mendapatkan maklumat yang tepat dengan hanya melayari Internet atau aplikasi telefon pintar.
"Kita juga akan memaparkan sumber sejarah ini dengan menggunakan teknologi animasi seperti Realiti Maya, Realiti Terimbuh, Realiti Campuran dan Penerokaan Maya bagi menarik minat golongan muda.
Buat permulaan ini, RICHER ini akan memberikan tumpuan kepada tiga projek iaitu Gambus, Pertempuran di Parit Sulong dan Sejarah Perlombongan Bijih di Sri Medan. Selain itu, UTHM juga ada membuka sebuah galeri berkaitan RICHER di perpustakaannya dan dibuka kepada umum," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian RICHER dan Bicara Negarawan -Tun Hussein Onn, yang disempurnakan oleh Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Datuk Samsolbari Jamali dan dihadiri oleh Ketua Pengarah Arkib Negara Jaafar Sidek Abdul Rahman.
Selain UTHM, projek RICHER ini merupakan kerjasama Arkib Negara Malaysia, Jabatan Muzium Malaysia dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan sejarah di negeri Johor.
"Saya yakin dengan adanya usaha ini, ia akan memudahkan dan memberikan manfaat kepada negeri Johor, terutamanya kepada pengkaji sejarah. Melalui projek yang sama kita juga akan membangun 'Projek Laman Web Peta Johor'," katanya.
Sementara itu, Samsolbari berkata usaha itu mendapat sokongan kerajaan negeri.
Beliau berkata dalam masa yang sama, usaha berkenaan dapat memelihara khazanah negeri dalam bentuk sumber rujukan yang baharu.
"Saya dapat katakan yang usaha ini sebagai menjenamakan semula penyelidikan warisan Johor dengan kaedah terkini seiring dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 24 2022

Ibrahim berkata, Projek Penyelidikan dan Inovasi Budaya dan Warisan Johor (RICHER) akan membangunkan portal digital berpusat merangkumi gambar, video, keratan akhbar dan bahan-bahan lain.- Facebook Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

Johor kerjasama dengan UTHM, MARSAH lahir imam muda bertauliah
Langkah itu bagi mengatasi isu kekurangan imam, bilal dan noja seperti di kawasan kampung atau perumahan di Johor.

Janganlah dianggap teknologi sebagai pengganti guru
Guru bukanlah bandingannya dengan teknologi. Guru membentuk jiwa, memugar potensi anak bangsa untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.

Pertembungan manusia-hidupan liar: Malaysia perlu keluar dari 'zaman penafian'
Malaysia perlu beralih dari 'zaman penafian' kepada 'zaman pemulihan' bagi menyelesaikan isu pertembungan secara langsung dan tidak langsung antara manusia dan hidupan liar.

Pendidikan alam semula jadi harapan pemulihan hidupan liar Malaysia
Hari Hidupan Liar Dunia ini diwujudkan adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap hidupan liar termasuk flora dan fauna.

Charms, UTHM jalin kerjasama penyelidikan
Kemunculan pelbagai barangan kosmetik di pasaran menambahkan lagi keinginan itu hingga terlupa untuk memeriksa terlebih dahulu kandungan dan kualiti produk tersebut.

UTHM di tangga ke-247 dalam Asia University Ranking 2022
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya meningkatkan kedudukannya ke tangga 247 dalam Asia University Ranking 2022 berbanding kedudukan berjulat 291-300 pada tahun sebelumnya.

Johor dapatkan kepakaran UTHM bantu atasi banjir termenung - MB
Menggunakan kepakaran yang dimiliki UTHM merupakan hasrat kerajaan negeri dalam menyelesaikan masalah fenomena alam itu.

Mempercepat vaksinasi melalui khidmat pengangkutan awam bergerak
Khidmat pengangkutan awam bergerak merupakan salah satu inisiatif dan langkah tepat untuk mempercepatkan pemberian vaksin.

UTHM-SWM Environment rintis usaha ubah sisa makanan bazar Ramadan jadi baja kompos
Projek perintis ini melibatkan empat tapak bazar Ramadan iaitu Pesta, Bindu, Taman Universiti dan Parit Raja, Batu Pahat.

Integriti, kualiti dan peperiksaan buka-buku
Pada tahun 1998, ketika tahun kedua pengajian Sarjana Muda masih saya ingat betapa terujanya kami apabila pensyarah kursus Sains Bahan Dr Sam Ramrattan, pensyarah menerusi program The Midwest Universi