KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus cemerlang dengan berada pada kedudukan ke-85 tahun ini berbanding ke-161 tahun sebelumnya dalam Ranking Universiti Asia Times Higher Education 2024.
Naib Canselor UTM Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail berkata peningkatan 76 anak tangga dan tertinggi dalam negara berbanding universiti awam lain itu merupakan pencapaian signifikan bagi UTM.
Beliau berkata ini sekali gus menaikkan reputasi universiti berkenaan sebagai antara institusi pendidikan tinggi awam terkemuka negara dan juga Asia dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan.
Menurutnya penilaian penarafan bagi 2024 berpandukan kepada pengukuran lima indikator utama iaitu kualiti penyelidikan melibatkan 30 peratus, persekitaran penyelidikan (28 peratus); pengajaran (24.5 peratus), industri (10 peratus) dan kesohoran global (7.5 peratus).
"Bagi edisi 2024, UTM telah menunjukkan peningkatan membanggakan dalam aspek kualiti penyelidikan, pengajaran, industri serta kesohoran global.
"Berdasarkan analisa dalaman UTM, output dan impak penyelidikan yang dihasilkan melalui penerbitan ilmiah dan juga penghasilan inovasi merupakan antara faktor menyumbang kepada peningkatan penarafan ini," katanya dalam kenyataan di sini.
Ahmad Fauzi berkata sejajar dengan aspirasi sebagai universiti penyelidikan, UTM memberi penekanan khusus terhadap penyelidikan sebagai satu fokus utama yang dilaksanakan menerusi Pelan Global Universiti (2012-2020) dan enVision UTM 2025 (2021-2025).
"Lantaran daripada pencapaian penarafan universiti ini, ingin ditegaskan bahawa warga universiti perlu terus melaksanakan amanah yang sebaik-baiknya dalam memacu kecemerlangan akademik dan penyelidikan berpaksikan kualiti dan impak serta tidak menjadikan ranking sebagai matlamat utama.
"UTM harus bertindak sebagai pembangun negara, industri dan komuniti serta mencipta keunggulan di mata dunia," katanya.
Ranking Universiti Asia Times Higher Education 2024 merupakan penilaian komprehensif yang melibatkan 739 universiti merentas 32 negara Asia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 30 2024
![UTM lonjak 76 anak tangga dalam ranking universiti Asia UTM lonjak 76 anak tangga dalam ranking universiti Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41619931419_UTM.jpg)
Peningkatan 76 anak tangga dan tertinggi dalam negara berbanding universiti awam lain itu merupakan pencapaian signifikan bagi UTM. - Gambar fail
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
![UTM sedia menerajui pembangunan AI negara UTM sedia menerajui pembangunan AI negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41619931419_UTM.jpg)
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
![UTM terima 97 pelajar perintis Fakulti Kecerdasan Buatan UTM terima 97 pelajar perintis Fakulti Kecerdasan Buatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71727614550_UTM.jpg)
UTM terima 97 pelajar perintis Fakulti Kecerdasan Buatan
UTM hari ini menerima 97 pelajar yang telah mendaftar untuk mengikuti pengajian di Fakulti Kecerdasan Buatan (FAI) bagi pengajian Sarjana Muda Sepenuh Masa, sesi akademik 2024/2025.
![Lapan struktur haram atas tanah UTM diroboh Lapan struktur haram atas tanah UTM diroboh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724397611_tbkandangternakan.jpg)
Lapan struktur haram atas tanah UTM diroboh
Sebuah kandang ternakan antara lapan struktur binaan yang dirobohkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam operasi yang dijalankan.
![Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTM tekad lahir lebih ramai graduan STEM Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTM tekad lahir lebih ramai graduan STEM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41619931419_UTM.jpg)
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTM tekad lahir lebih ramai graduan STEM
Bagi mencapai hasrat itu, pelbagai program diadakan termasuk mencipta rekod MBOR baharu sempena Mechanical Open Day and Exhibition 2024.
![UTM lonjak 76 anak tangga dalam ranking universiti Asia UTM lonjak 76 anak tangga dalam ranking universiti Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41619931419_UTM.jpg)
UTM lonjak 76 anak tangga dalam ranking universiti Asia
UTM berada pada kedudukan ke-85 tahun ini berbanding ke-161 tahun sebelumnya dalam Ranking Universiti Asia Times Higher Education 2024.
![UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+ UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714080759_UTM.jpg)
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
![Fakulti AI UTM dijangka dirasmikan 3 Mei depan Fakulti AI UTM dijangka dirasmikan 3 Mei depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712123924_TsMustaphaSakmudj.jpg)
Fakulti AI UTM dijangka dirasmikan 3 Mei depan
Penubuhan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dijangka dirasmikan pada 3 Mei depan.
![KPT kerjasama dengan UTM bangunkan fakulti AI pertama - Zambry KPT kerjasama dengan UTM bangunkan fakulti AI pertama - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710313721_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT kerjasama dengan UTM bangunkan fakulti AI pertama - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia sedang membangunkan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama di Malaysia.
![UTM terajui SDG 7 di peringkat global, kekal tangga teratas untuk SDG 9 di Malaysia UTM terajui SDG 7 di peringkat global, kekal tangga teratas untuk SDG 9 di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61685767677_TButm.jpg)
UTM terajui SDG 7 di peringkat global, kekal tangga teratas untuk SDG 9 di Malaysia
UTM telah menunjukkan peningkatan cemerlang dengan empat SDG berada pada ranking 100 Teratas: masing-masing SDG 7 (#1), SDG 9 (#39), SDG 4 (#70), adan SDG 16 (#96).
![Siap siaga bencana alam, komuniti setempat perlu diperkasakan Siap siaga bencana alam, komuniti setempat perlu diperkasakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41676450713_engarahPusatPenceg.jpg)
Siap siaga bencana alam, komuniti setempat perlu diperkasakan
Kesiapsiagaan bencana alam harus diperkasakan dari peringkat akar umbi termasuk komuniti setempat seperti barisan pengurusan di peringkat ketua kampung dan penghulu.