Utusan Malaysia dan Kosmo yang bakal diterbitkan semula pada Julai perlu mengutamakan platform digital berbanding cetakan yang jumlah pengeluarannya adalah dihadkan.
Pensyarah Kanan, Politik Dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, laporan juga perlu lebih terbuka dan tetap memperjuangkan isu rakyat seperti tradisinya sebelum ini.
"Dalam konteks ini, saya jangka Utusan Malaysia dan Kosmo yang mana akan berubah ke arah tersebut (digital), walaupun mungkin ada cetakan dikeluarkan tetapi terhad.
"Saya nampak mereka cuba nak tarik masyarakat khususnya Melayu bandar dan luar bandar untuk terus ikuti perkembangan semasa.
"Cuma pendekatan laporan mungkin agak berbeza, bergantung kepada perspektif politik semasa dan siapa yang memiliki akhbar tersebut dan sejauh mana akhbar ini melihat politik semasa secara lebih terbuka," katanya ketika dihubungi melalui talian Skype pada Isnin.
BACA: Utusan 'baharu' perlu neutral, bebas campur tangan kerajaan, parti politik - Penganalisis
BACA: Utusan tutup operasi hari ini
Pada 9 Oktober 2019, Lembaga Pengarah Utusan Melayu Berhad (Utusan) membuat keputusan menutup operasi syarikat itu.
Dalam satu memo dalaman yang diedarkan kepada staf syarikat pada Rabu, pengerusi eksekutifnya Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir berkata Lembaga Pengarah Utusan telah pada 7 Oktober 2019 meluluskan cadangan Penggulungan Sukarela Pemiutang.
Utusan Malaysia versi baharu dijangka dilancarkan bulan depan sepertimana yang terpapar pada laman web rasmi media itu.
Dalam pada itu, kata Dr Mohd Azizuddin, paling penting Utusan Malaysia perlu menjadi label yang mendokong perjuangan serta tuntutan Melayu.
"Itu peranan Utusan Malaysia akan datang, isu rakyat diperjuangkan, tidak nampak bias, tetapi terbuka juga isu rakyat membabitkan orang Melayu.
"Itu trend Utusan Malaysia akan datang," jelasnya.
Penganalisis Politik & Media Sosial UiTM Shah Alam, Prof Madya Dr Sara Chinnasamy menegaskan sekiranya Utusan Malaysia kembali dalam bentuk baharu, ia harus bersifat neutral serta bebas daripada campur tangan kerajaan dan parti politik.
Katanya, penting untuk Utusan Malaysia bebas daripada mana-mana parti politik sekiranya inginkan kebebasan media.
Astro Awani
Mon Jun 22 2020

Mohd Azizuddin berkata Utusan Malaysia juga perlu lebih terbuka dan memperjuangkan isu rakyat seperti tradisinya sebelum ini. -Astro AWANI

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Berbahasa Melayu buat video masak bantu Salee Style popular di Malaysia
Salee turut berkongsi video menu seperti Tom Yam, Tom Sep dan Salad Miang Kam dan Miang Pla.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 22 Februari 2025
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Jemaah Menteri perlu terbuka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Utusan Malaysia, Kosmo perlu utamakan laporan digital - Azizuddin
Utusan Malaysia dan Kosmo yang dijangka diterbitkan semula pada Julai perlu mengutamakan laporan digital berbanding cetakan yang perlu dihadkan jumlah pengeluaran mereka.

Harap Utusan timbang semula keputusan - Kula Segaran
Syarikat akhbar itu disaran mencari alternatif lain lantaran keputusan itu melibatkan kebajikan pekerja.

Jelaskan segera status siasatan 1MDB - Aziz Sheikh Fadzir
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak digesa segera menjelaskan status siasatan 1MDB kepada rakyat.