KUALA LUMPUR: Biarpun vaksin COVID-19 sudah ada di negara ini, penerangan secara konsisten perlu dijalankan bagi memastikan masyarakat benar-benar faham tentang kepentingan dan kesan vaksin berkenaan, tegas Prof Madya Dr Shamsul Bahari Shamsudin.
Pakar Pengurusan Risiko Kesihatan Persekitaran & Pekerjaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu berkata, ini kerana wujud kekhuatiran bahawa masyarakat mungkin melihat vaksin sebagai jawapan akhir bagi menangani masalah pandemik tersebut di negara ini.
Tegasnya lagi, masyarakat harus faham bahawa vaksin hanya untuk meningkatkan imuniti badan, bukan ubat kepada virus berkenaan.
"Kita masih dalam jumlah kes harian melebihi dua ribu sehari, masih lagi amat tinggi. Paling merisaukan saya ialah tahap kesedaran masyarakat. Apabila melihat penerimaan vaksin, ada masyarakat fikir ini adalah penyelesaian bagi segala-galanya.
"Vaksin bukan ubat. Ini mesej perlu masyarakat faham… kerana selepas suntikan vaksin, masyarakat tetap perlu mengamalkan norma baharu – penjarakan, hand sanitizer, elak tempat mempunyai ramai orang berisiko dan sebagainya,” katanya lagi.
BACA: Vaksin tiba, buka lembaran baharu Malaysia perangi COVID-19 dalam fasa seterusnya
Mengulas lanjut, Shamsul Bahari berkata, kerajaan disaran untuk mengguna khidmat institusi pengajian awam di seluruh negara, serta badan-badan bukan kerajaan untuk memberi kefahaman lebih menyeluruh kepada masyarakat mengenai kepentingan vaksin COVID-19.
Jelasnya lagi, langkah itu penting berikutan kekangan yang dihadapi kerajaan, terutamanya dalam usaha membendung fenomena yang digelar 'false message', atau perkongsian maklumat kurang tepat mengenai virus tersebut
"jadi tidak timbul nanti alasan salah faham terhadap apa yang kita panggil ‘false message’ berlaku dalam kalangan masyarakat. Ini yang kita takut akan membantutkan proses kita merendahkan risiko jangkitan covid-19 di Malaysia.
"(Sebagai contoh, saya tinggal di Sabah, jadi saya percaya ramai rakyat di Sabah, Sarawak, dan tidak terkecuali di Semenanjung, banyak berada di kawasan sangat terpinggir.
“Bagaimana kita nak bagi mereka ini pengetahuan, dan sampaikan vaksin ini kepada mereka. Supaya mereka juga dapat hak yang sama seperti masyarakat lain,” katanya lagi.
Bercakap mengenai pengurusan risiko dan perancangan di masa hadapan, Shamsul Bahari berkata, Majlis Keselamatan Negara dan Kerajaan perlu menggunakan platform awam seperti MySejahtera untuk mengenalpasti dan mengukur maklumbalas masyarakat selepas ‘rollout’ vaksin di seluruh negara.
Selain itu, beliau berkata, Kerajaan juga perlu menyediakan maklumat menyeluruh tentang golongan yang dianggap berisiko untuk mengambil vaksin, seperti mereka yang ada alahan teruk terhadap ubatan, atau mempunyai penyakit berjangkit.
Firdaus Azil
Sun Feb 21 2021

Kumpulan pertama vaksin COVID-19 yang mengandungi 312,390 dos vaksin jenis Pfizer-BioNTech tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, hari ini. - Foto Astro AWANI

Elon Musk orang pertama diminta Trump berucap di mesyuarat Kabinet
Presiden Trump menyedari ada anggota Kabinet beliau tidak sependapat dengan Elon Musk.

Mohamad Hasan adakan kunjungan hormat ke atas Presiden Iran di Tehran
Kedua-dua pemimpin membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia-Iran selain isu serantau dan antarabangsa.

Hamas akan pulangkan mayat empat tebusan Israel
Sebagai pertukaran, Israel akan membebaskan lebih daripada 600 tahanan Palestin.

PRK DUN Ayer Kuning: Calon tempatan lebih baik - MIC
Bagaimanapun, katanya, terserah kepada UMNO untuk buat pilihan dan MIC akan bekerja keras menarik sokongan pengundi, khususnya masyarakat India.

Indonesia lancar kempen kutipan AS$200 juta untuk Palestin
Kempen berkenaan akan bermula pada Ramadan, dengan dana yang dikumpul diperuntukkan untuk bantuan kemanusiaan dan usaha pembinaan semula di Gaza.

EPL: Berkelakuan biadap terhadap pengadil, FA gantung Arne Slot dua perlawanan
Slot dan Hulshoff dihukum selepas dilayangkan kad merah oleh pengadil berikutan keputusan seri 2-2 Reds menentang Everton awal bulan ini.

KBS bakal laksana rakan muda buat golongan OKU
Ia bagi memberi ruang kepada pelajar program berkenaan untuk mencungkil bakat mereka terutama dalam bidang sukan.

Izzah pecah rekod Asia, raih emas kedua di ATC 2025
Dalam perlumbaan final, Izzah mencatatkan masa 1 minit 6.229 saat (1:06.229s), memadam rekod Asia sebelum ini iaitu 1:07.137s.

Hatrik Mintah julang Kuching City, Kedah tumbang di Paroi
Mintah tenang menanduk masuk bola hantaran Tchetche Kipre yang terlebih dahulu terkena palang seawal minit ketiga.

Jepun kongsi teknologi pesawat canggih, kukuh kerjasama maritim dengan Malaysia
Pesawat Gulf V akan memainkan peranan penting dalam pengawasan maritim di perairan Asia Tenggara, termasuk perairan Malaysia.

Vaksin bukan penyelesaian mutlak, masyarakat perlu teruskan norma baharu - Pakar
Kerajaan disaran guna khidmat IPTA di seluruh negara, serta NGO untuk memberi kefahaman lebih menyeluruh mengenai kepentingan vaksin.