HULU TERENGGANU: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sungai Berua bersedia menjadi individu pertama disuntik vaksin COVID-19 bagi memberi keyakikan kepada lebih 500 masyarakat Orang Asli di kampung tersebut.
Alia Pelong berkata terdapat masih ramai penduduk yang takut untuk menerima suntikan tersebut kerana terpedaya dengan pelbagai cerita negatif yang disebarkan.
Katanya ada di antara mereka terpedaya dengan dakwaan vaksin COVID-19 boleh membawa maut selain kesan sampingan kepada kesihatan.
Alias berkata sebagai pemimpin komuniti dia sentiasa berusaha menyakinkan penduduk kepentingan untuk mengambil vaksin berkenaan.
"Memang betul saya orang pertama menerima suntikan vaksin tetapi ada dalam kalangan anak buah saya yang masih lagi was-was.
"Saya akan berusaha beri nasihat yang meyakinkan mereka kebaikan menerima suntikan ini," katanya.
Alias berkata meskipun berada di kawasan pedalaman namun perasaan bimbang tetap timbul dalam kalangan penduduk sekitar dengan penularan virus berkenaan.
Apatah lagi kawasan kampung tersebut sering didatangi orang luar.
"Saya tengok orang luar masuk ke kawasan ini dan saya takut juga mana tahu mereka membawa penyakit.
"Kalau kita semua telah disuntik vaksin COVID-19, ia tidak akan menjadi masalah," jelasnya.
Justeru alias akan terus memainkan peranannya dan meningkatkan keyakinan penduduk untuk mengambil suntikan itu.