KUALA LUMPUR: Malaysia boleh menjadi antara negara pengeluar vaksin, sekiranya vaksin keluaran tempatan pertama yang sedang dibangunkan menggunakan teknologi Messenger Asid Ribonukleik atau ringkasnya mRNA untuk COVID-19, berjaya direalisasikan.
Mengikut rekod, vaksin Pfizer-BioNTech yang dibangunkan syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat iaitu Pfizer dan rakan niaganya dari Jerman, BioNTech, merupakan vaksin COVID-19 pertama yang diluluskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekali gus merupakan vaksin pertama yang diterima Malaysia.
Dengan keberhasilan vaksin itu yang disifatkan selamat diikuti vaksin jenis virus ternyahaktif daripada syarikat Sinovac, China, beberapa negara termasuk Malaysia, mula mengorak langkah menghasilkan vaksin dengan menggunakan teknologi mRNA.
Pensyarah Kanan di Kluster Kesihatan Persekitaran, Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Nurul Yuziana Mohd Yusof berkata Malaysia setakat ini belum pernah menghasilkan vaksin untuk penyakit manusia dan sekiranya teknologi mRNA ini berjaya, ia bakal menjadi titik tolak dalam pemerkasaan industri pembuatan vaksin di negara ini.
Beliau yang mempunyai kepakaran dalam bidang biologi molekul, genomik dan teknologi berasaskan sel mamalia, menjelaskan bahawa vaksin mRNA merupakan vaksin yang terdiri daripada bahan yang mengandungi maklumat genetik untuk menghasilkan protein virus yang dihantar ke dalam sel manusia menerusi suntikan.
Protein virus yang dihasilkan itu seterusnya akan dapat dicam oleh tubuh seseorang individu itu untuk penghasilan antibodi yang sekali gus dapat memberi keimunan terhadap virus tersebut.
Menjelaskan lanjut, beliau berkata penghasilan vaksin mRNA yang menggunakan kaedah partikel-nano lipid (Lipid nanoparticle atau LNP) melibatkan proses bebas-sel (cell-free process) yang secara teknikalnya, dijangkakan lebih cepat berbanding kaedah penghasilan vaksin jenis lain.
''Kedua-dua syarikat Pfizer dan Moderna menghasilkan produk vaksin COVID-19 melalui teknologi mRNA yang menggunakan partikel-nano lipid untuk membawa atau 'membungkus' mRNA .
"Pembungkusan mRNA dalam struktur LNP adalah penting untuk memastikan kestabilan dan keberkesanan bahan mRNA untuk masuk ke dalam sel dan seterusnya dapat menjalankan fungsinya bagi menghasilkan protein virus setelah disuntik ke dalam tubuh,'' katanya kepada Bernama.
Proses bebas-sel ini katanya, melibatkan tindakan enzim yang perlu untuk menukarkan asid deoksiribonukleik (DNA) kepada mRNA melalui tindak balas 'transkripsi in vitro'.
''Dalam konteks bebas-sel, ia merujuk kepada proses yang tidak melibatkan penggunaan kultur sel mamalia untuk memperbanyakkan virus seperti yang digunakan dalam kebanyakan teknologi penghasilan vaksin berasaskan virus berskala besar oleh industri biofarmaseutikal, contohnya vaksin jenis virus ternyahaktif dari Sinovac.
''Terdapat juga kaedah penghasilan vaksin berasaskan telur yang merupakan teknologi lama tetapi masih digunakan. Namun, ia mengambil masa lebih lama dan mungkin terdapat ketidaksesuaian genetik yang boleh menyebabkan vaksin yang dihasilkan mungkin tidak begitu berkesan,'' jelasnya.
Mengulas lanjut, Nurul Yuziana berkata vaksin mRNA turut disifatkan selamat berikutan formulasi yang digunakan untuk menghasilkan vaksin tersebut wujud secara semula jadi dalam tubuh manusia selain bahan lain yang telah diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA).
''Bahan lipid seperti lipid yang boleh terion, kolesterol dan lipid pembantu yang digunakan bagi membina struktur LNP untuk membungkus mRNA adalah bahan lemak yang wujud secara semula jadi dalam tubuh dan ia boleh disingkirkan secara alami atau digunakan semula di dalam tubuh manusia.
''Sementara bahan lain seperti PEG (Polyethylene glycol) yang diperlukan untuk memastikan kestabilan struktur LNP merupakan bahan yang biasa digunakan dalam produk ubat-ubatan dan mendapat kelulusan FDA,'' katanya.
Selain itu, penyediaan fasiliti pengeluaran patuh Amalan Perkilangan Baik (GMP) dengan dilengkapi mesin berautomasi serta tenaga kerja kompeten, turut mendorong keberhasilan proses pembangunan vaksin mRNA.
"Teknologi penghasilan vaksin yang merupakan produk biologik adalah tidak sama dengan pembuatan ubat sintetik. Ia merupakan aplikasi daripada bidang bioteknologi yang secara spesifiknya melibatkan penggunaan pelbagai kaedah biologi molekul, teknologi berasaskan sel dan kejuruteraan bioproses".
''Saya mempunyai pengalaman sebagai saintis di syarikat Inno Biologics Sdn Bhd yang merupakan syarikat penghasilan produk biologik bagi protein kompleks seperti antibodi monoklonal dan eritropoietin melalui platform bioproses yang paling hampir dengan penghasilan vaksin. Dan ini membuktikan kita pernah mempunyai kepakaran teknikal dalam kalangan graduan tempatan dan pengalaman menggunakan teknologi dalam penghasilan biologik di Malaysia,'' katanya.
Vaksin COVID-19 yang dibangunkan di Malaysia melalui kerjasama Institut Kajian Perubatan (IMR) dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) akan melalui ujian praklinikal membabitkan haiwan mulai bulan depan dan dijangka siap menjelang 2024.
Selain Malaysia, Thailand juga bakal melancarkan ujian klinikal ke atas manusia untuk vaksin COVID-19 buatan negara itu, selepas kajian praklinikal menunjukkan keputusan memberangsangkan.
WHO juga baru-baru ini dilaporkan akan membangunkan hab vaksin di Afrika Selatan bagi membolehkan syarikat di negara itu memulakan proses menghasilkan vaksin mRNA dalam tempoh sembilan ke 12 bulan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 07 2021

Vaksin Pfizer-BioNTech yang dibangunkan syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat dan rakan niaganya dari Jerman merupakan vaksin COVID-19 pertama yang diluluskan WHO. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin
Pesakit merupakan seorang bayi perempuan berusia lima bulan dari Indonesia yang dipindahkan secara perubatan dari negara itu.

Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.

Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.

Wabak disyaki virus Marburg ragut lapan nyawa di Tanzania - WHO
Wabak disyaki virus Marburg di Tanzania menjangkiti sembilan individu dan mengakibatkan lapan kematian setakat ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Indonesia bekalkan 4 juta vaksin untuk tangani wabak kaki dan mulut (FMD)
Vaksin FMD ini sedang diedarkan ke seluruh wilayah di Indonesia melalui kerajaan tempatan.

TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).

Malaysia, China perkukuh hubungan dalam sains, teknologi dan inovasi
Malaysia mengulangi komitmen untuk mewujudkan kolaborasi dengan China dalam bidang STI menerusi Memorandum Persefahaman ditandatangani antara Akademi Sains Malaysia CAS hari ini.

Sudan Selatan terima lebih 280,000 dos vaksin untuk tangani kolera
Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa vaksin itu akan diedarkan secara strategik di Negeri Upper Nile dan lokasi keutamaan lain.

Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.

Lebih 1,800 kes mpox disahkan di Afrika dari 20 Oktober hingga 3 November - WHO
Menurut WHO, Republik Demokratik Congo mencatatkan peningkatan terbesar dalam kes dan kematian sepanjang tempoh ini.