HARI ini saya terlibat dengan satu perbincangan peringkat kebangsaan berhubung dengan vaksin untuk COVID-19 sama ada halal atau haram.
Saya telah memberikan pandangan saya dalam perbincangan tersebut. Alhamdulillah, perbincangan berlaku dengan baik.
Saya rasa saya perlu ulangi dan ungkapkan kembali pandangan saya tentang isu yang seperti ini sejak dahulu yang telah saya nyatakan dalam pelbagai tulisan saya:
Sejak dahulu, saya menzahirkan rasa sedih saya apabila datang isu-isu yang seperti ini. Islam adalah agama yang menjadi rahmat untuk semua.
Malangnya, atas kelemahan umat di masa ini, kita gagal mengungguli projek-projek kemanusiaan di peringkat antarabangsa, sebaliknya hanya menjadi pengikut kepada rentak pihak yang lain.
Dalam isu vaksin umpamanya, dunia Muslim sepatutnya yang mengepalai penghasilan vaksin yang dapat menyelamatkan manusia dari ancaman wabak ini.
Malangnya, kekayaan negara-negara umat Islam terutamanya Arab gagal untuk mendepani cabaran ini.
Apa yang ada, kita asyik bertanya haram atau halal produk orang lain. Kita gagal untuk menghasilkan produk sendiri.
Dukacita!
Dalam keadaan kita gagal menjadi pengeluar, hanya sekadar pengguna, janganlah pula terlalu sempit perhitungan fekah kita.
Secara amnya, sesuatu produk perubatan seperti vaksin, bahan-bahan yang digunakan akan melalui proses yang pelbagai tahap (chemical transformation) yang mana tiada lagi sifat asal bahan yang digunakan di peringkat awal.
Produk akhir itu sama sekali tidak lagi sama dengan bahan yang digunakan di peringkat awal. Proses ini dalam istilah fikah dinamakan dengan istihalah.
Proses ini telah menghilangkan sifat asal, maka hukum ‘haram’ pada bahan asal tidak boleh dipakai lagi pada produk akhir bahan tersebut kerana telah bertukar ke bahan yang lain.
Untuk memahamkan orang awam, saya akan sebut beberapa contok klasik yang biasanya disebut oleh ahli fikah dahulu. Antaranya, arak yang haram apabila telah bertukar menjadi cuka, maka hukumnya halal.
Proses ‘istihalah’
Baja najis yang diletakkan di pokok lalu pokok menjadi subur dengan baja tersebut, pokok tidak najis dan buahnya halal dimakan.
Kasturi yang berasal dari darah kijang tidak dianggap najis kerana telah bertukar sifatnya. Bangkai yang telah bertukar menjadi tanah sehingga hilang sifat bangkai, tanah itu bersih dan boleh tayamum.
Pelbagai lagi contoh klasik yang pernah disebutkan dalam tulisan sarjana-sarjana silam. Maka, tokoh-tokoh muhaqqiqin (penganalisis) seperti al-Imam Abu Bakr Ibn al-‘Arabi, Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, al-Syaukani, Sadiq Hasan Khan dan lain-lain menyokong dan meneguhkan hujah bahawa proses istihalah boleh menukar najis kepada bahan yang bersih.
Atas asas ini, Majlis Fatwa Eropah (European Council for Fatwas and Research) yang terdiri dari 32 tokoh ilmuwan seluruh dunia termasuk al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi, al-Syeikh Dr Abdullah bin Bayyah, al-Syeikh Dr Abd al-Sattar Abu Ghuddah, al-Syeikh Dr Ali al-Qaradaghi dan ramai lagi menfatwakan halal bahan tambahan (additives) yang mengandungi sebatian yang berasal dari bahan haiwan yang tidak halal.
Dalam kenyataan mereka yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Eropah (European Council for Fatwas and Research) menyebut:
“The third group (compounds of animal origin) is also halal, because the animal origin does not remain the same during the process of manufacturing.
In fact it is transformed radically from its original form to a new clean and pure form through a process called ‘chemical transformation’.
This transformation also affects the legal ruling on such ingredients. Therefore, if the original form was unclean or haram, the chemical transformation changed it to another ingredient which requires a new ruling.
For instance, if alcohol changed and was transformed to vinegar, then it does not remain Haram, but carries a new ruling according to the nature of the new product, which is halal”.
(Kumpulan ketiga (sebatian haiwan) juga halal, kerana keadaan asal haiwan tidak lagi kekal sama semasa proses pembuatan.
Malah ia berubah secara radikal daripada bentuk asalnya kepada satu bentuk baru bersih dan suci melalui proses yang dipanggil transformasi kimia.
Transformasi ini juga memberi kesan hukum (baru) pada bahan tersebut. Oleh itu, jika pun bentuk asal adalah najis atau haram, transformasi kimia telah merubahnya kepada satu lagi ramuan yang memerlukan ketetapan hukum baru.
Contohnya, jika alkohol berubah dan telah bertukar kepada cuka, maka ia tidak kekal haram, tetapi membawa hukum baru mengikut sifat bahan hasilan yang baru tersebut, iaitu halal.
Perubahan kimia
Maka, jangan kita dangkal dengan menganggap jika vaksin itu mempunyai bahan asal yang haram maka seketul daging haram berada dalam vaksin tersebut.
Apatah lagi, difahamkan kebanyakan vaksin COVID-19 tidak membabit bahan haiwan secara langsung.
Jika pun ada bahan asal yang haram, proses perubahan kimia itu adalah istihalah yang menjadikan ia bersih dan halal.
Tidak dinafikan di sana ada pendapat fekah yang lebih sempit dan ketat dalam hal ini. Namun, itu bukan pilihan untuk awam terutama pada waktu yang seperti ini.
Sepatutnya, dalam musim ancaman wabak dan kesukaran mencari penawar bagi memboleh manusia meneruskan kehidupan dengan selamat, tokoh-tokoh umat Islam, jika pun tidak dapat menawarkan produk perubatan kita, sekurang-kurang mengemukakan keluasan fikah kita yang bersifat menyelamatkan manusia terutama dalam keadaan yang mendesak.
Jangan kita sulitkan lagi keadaan dengan mengambil pandangan hukum yang sempit untuk umat. Jika ia untuk pegangan peribadi, itu urusan individu.
Adapun hukum untuk negara dan awam, hendaklah ke arah taisir atau memudahkan.
Jika pun kita hendak menegaskan keperluan bahan asal halal, kita boleh sebut jika terdapat vaksin yang bahan asalnya halal maka itu pilihan utama dan terbaik.
Jika tidak, sekalipun bahan asalnya haram namun jika telah melalui proses istihalah atau perubahan sifat bahan (chemical transformation), maka itu juga boleh digunakan.
Dr Mohd Asri Zainul Abidin ialah Mufti Perlis.
Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI
Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Thu Dec 03 2020
Jangan kita dangkal dengan menganggap jika vaksin itu mempunyai bahan asal yang haram maka seketul daging haram berada dalam vaksin tersebut. -Gambar fail
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
MOTAC seru negara anggota ASEAN tingkat kerjasama
Malaysia menyeru semua negara ASEAN mempertingkatkan kerjasama bagi melonjakkan sektor pelancongan di rantau ini.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan turut fokus isu pemerdagangan bahan buangan
Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong berkata, perkara itu memerlukan kerjasama semua negara anggota ASEAN, serta negara pembekal bahan buangan di Eropah dan Amerika Utara.
ASEAN 2025: Inisiatif label 'Buatan ASEAN' untuk perdagangan serantau
Cadangan inisiatif label 'Buatan ASEAN' sempena Pengerusian ASEAN 2025, dengan matlamat meningkatkan integrasi ekonomi serantau dan mempromosikan produk berkualiti premium setanding standard antarabangsa. Langkah ini turut menekankan kerjasama antara negara anggota untuk menghapuskan halangan perdagangan dan memperkasa PMKS di rantau ini.
Perancis harap kemajuan ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia
Perancis menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan blok Asia Tenggara, berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.
Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Jelas beliau, virus tersebut merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.
Situasi COVID-19, influenza di Malaysia terkawal - KKM
Tiada kes varian baharu dikesan, dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.
Jeju Air kurangkan operasi penerbangan sebagai respons kepada kebimbangan keselamatan
Jeju Air Co. pada Khamis mengumumkan rancangan untuk mengurangkan operasi penerbangan seawal minggu depan, sebagai tindak balas kepada kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keselamatan.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).