Pengambilan vaksin pneumokokal dan influenza sangat penting bagi mengelakkan daripada terkena jangkitan radang paru-paru atau pneumonia, kata Pakar Perunding Perubatan Respiratori Pusat Pakar Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Ahmad Izuanuddin Ismail.
Dr Ahmad Izuanuddin berkata risiko penyakit berjangkit seperti radang paru-paru itu lebih berisiko tinggi kepada kanak-kanak, warga emas dan pesakit kronik dan menyarankan bayi berusia bawah dua tahun mengambil vaksin pneumonia itu bagi pencegahan awal.
"Warga emas berusia 65 tahun ke atas dan pesakit kronik turut disarankan mengambil vaksin itu. Bayi dan kanak-kanak juga dinasihatkan mengambil flu vaccine (vaksin influenza) walaupun vaksin itu adalah pilihan. Saya difahamkan vaksin pneumokokal sepatutnya mandatori untuk yang berusia bawah dua tahun, tapi masih belum dilaksanakan sepenuhnya.
Pneumonia ini boleh menjadi serius hingga mengancam nyawa terutama di kalangan bayi, kanak-kanak, warga emas, dan mereka yang mengalami masalah kesihatan kronik atau sistem imunisasi yang lemah," katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.
Katanya antara simptom awal radang paru-paru adalah batuk, sama ada berkahak atau tidak, sakit dada terutama ketika bernafas atau batuk, demam berpeluh, atau menggigil, sukar bernafas, perubahan tahap kesedaran (pengsan atau koma) terutama bagi warga emas.
Dr Ahmad Izuanuddin berkata pneumonia adalah jangkitan kuman yang menyebabkan radang (bengkak) kepada saluran pernafasan terutama alveoli di mana pertukaran gas dari udara ke dalam darah berlaku di dalam paru-paru.
"Ruang alveoli ini boleh mengandungi cecair atau nanah kesan daripada jangkitan tersebut yang boleh menyebabkan pesakit mengalami batuk berkahak, demam, menggigil, dan sukar bernafas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 10 2019

Risiko penyakit berjangkit seperti radang paru-paru itu lebih berisiko tinggi kepada kanak-kanak, warga emas dan pesakit kronik dan menyarankan bayi berusia bawah dua tahun mengambil vaksin pneumonia itu bagi pencegahan awal.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

Polis tahan wanita disyaki buang bayi di perhentian bas
Bayi berkenaan yang diletakkan di dalam beg kertas ditemukan orang awam, yang kemudiannya membuat laporan di balai polis pada 10.14 pagi.

Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin
Pesakit merupakan seorang bayi perempuan berusia lima bulan dari Indonesia yang dipindahkan secara perubatan dari negara itu.

Sepasang kekasih ditahan sembunyikan kelahiran, kematian bayi
Polis Daerah Port Dickson menerima panggilan kecemasan daripada hospital mengenai seorang pesakit yang telah melahirkan anak tetapi bayinya gagal dikesan.

Lima sekeluarga maut kereta bertembung dengan MPV di Jalan Nenasi-Rompin
Lima sekeluarga maut termasuk seorang bayi selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah MPV di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi, Pekan, malam ini.

KPWKM teliti semula permohonan pendaftaran taska susulan insiden kecederaan, kematian bayi
Permohonan pendaftaran dua Taman Asuhan Kanak-kanak (taska) di Selangor dan Sarawak yang terbabit dalam insiden kematian serta kecederaan bayi baru-baru ini akan diteliti semula.

Bayi empat bulan meninggal dunia di taska
Bayi itu dibawa ke klinik oleh pengasuh taska berkenaan dalam keadaan pucat serta didapati kebiruan pada bahagian bibir dan kaki.

Bayi dihanyut ombak tsunami jadi detik mendebarkan sehingga saat ini
Mengimbau detik itu, ibu Thulaashi, Annalmary berkata dia sedang berpantang ketika kejadian dan ombak tsunami menerjah kafe yang diusahakan bersama suaminya Suppiah.

Bekas ahli 'Dolla' Syasya Rizal selamat bersalin anak sulung
Khabar gembira tersebut dimaklumkan menerusi Instagram sambil mempamerkan momen suami membacakan azan dan iqamat kepada bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Yassir Hayyan.

Pengasuh didakwa aniaya bayi tiga bulan
Tertuduh, Monsinah Sapari, 48, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Tiada unsur dera bayi lemas dalam selimut di rumah pengasuh - Polis
Pemeriksaan yang dilakukan terhadap bayi terbabit tidak menemukan sebarang unsur penderaan atau kecederaan fizikal ditemui pada tubuh mangsa.