SEPANG: China hari ini memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa vaksin keluaran negara itu selamat dan berkesan kerana kerajaannya sentiasa memastikan syarikat vaksin China menjalankan penyelidikan dan pembangunan vaksin dengan mematuhi undang-undang saintifik dan peraturan berkaitan.
Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing berkata fasa tiga ujian klinikal vaksin Sinovac COVID-19 (CoronaVac) telah dijalankan di banyak negara dengan lebih 36 juta dos vaksin Sinovac telah diberikan di China dan luar negara.
"Data dan hasilnya membuktikan bahawa vaksin Sinovac adalah selamat dan berkesan. Selain itu, vaksin itu diputuskan sebagai halal oleh pihak berkuasa Indonesia.
"Saya harap maklumat ini dapat memberi lebih keyakinan kepada rakyat Malaysia yang akan disuntik dengan vaksin Sinovac," katanya pada sidang media selepas menyambut ketibaan bekalan vaksin Sinovac, di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Ouyang berkata China dijangka membekalkan 14 juta dos vaksin Sinovac seperti yang dipersetujui dalam perjanjian dengan Pharmaniaga dalam setahun.
Beliau berkata bekalan kumpulan vaksin Sinovac seterusnya akan tiba secara berperingkat mulai Mac selepas penghantaran vaksin pertama hari ini.
"Hari ini, ketibaan kumpulan pertama vaksin secara pukal mencerminkan kerjasama vaksin China-Malaysia dan menunjukkan persahabatan yang erat antara rakyat China dan rakyat Malaysia.
"Sejak tercetusnya pandemik COVID-19 lebih setahun yang lalu, kerajaan dan rakyat China dan Malaysia telah bekerjasama dalam memerangi pandemik tersebut dan memulihkan ekonomi, memberikan sokongan padu dan bantuan ikhlas antara satu sama lain, yang menunjukkan persahabatan erat antara kedua-dua negara kita yang saling menyokong antara satu sama lain semasa waktu susah dan senang," katanya.
Beliau berkata, ketibaan kumpulan pertama vaksin Sinovac hari ini secara pukal akan diproses menjadi lebih 300,000 dos vaksin manakala 100,000 dos tambahan vaksin Sinovac yang siap digunakan untuk tujuan kecemasan, akan tiba sebaik sahaja pendaftaran diluluskan.
Ouyang berkata China menyokong dan mengambil peranan aktif dalam usaha global memerangi pandemik itu dan akan terus bekerjasama dengan Malaysia dan negara-negara lain untuk memperkukuh kerjasama dalam vaksin, pencegahan dan kawalan pandemik serta pemulihan ekonomi.
"Dengan menyediakan bekalan perubatan, berkongsi pengalaman pencegahan pandemik dan menggalakkan kerjasama vaksin, China telah mempromosikan konsep masyarakat dengan masa depan bersama bagi seluruh manusia.
"Walaupun permintaan vaksin dalam negeri sangat besar, kami masih memenuhi komitmen Presiden Xi Jinping untuk menjadikan vaksin China sebagai produk dunia, melakukan yang terbaik untuk membantu masyarakat antarabangsa dan bekerjasama dengan negara-negara yang relevan mengenai vaksin melalui pelbagai cara.
"Matlamat kami adalah untuk menjadikan vaksin dapat diakses dan digunakan seberapa banyak orang di semua negara, dan benar-benar menjadi "vaksin untuk rakyat", katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 27 2021
China dijangka membekalkan 14 juta dos vaksin Sinovac seperti yang dipersetujui dalam perjanjian dengan Pharmaniaga dalam setahun. - Gambar fail
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.
Nahas udara: Trump turut berduka, gesa siasatan dijalankan
Trump pada masa sama, memuji usaha pantas dan berkesan pasukan tempatan, negeri, persekutuan, serta anggota tentera, termasuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang kini dalam usaha operasi pemulihan setelah disahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat.
Tiada mangsa dijangka selamat nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Media antarabangsa melaporkan Pasukan mencari dan menyelamat telah mengeluarkan mangsa dari bangkai pesawat penumpang milik American Airlines yang bertembung dengan helikopter Black Hawk milik Tentera Darat Amerika Syarikat.
Genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel
Bersama Prof Dr Salawati Mat Basir , Pakar undang-undang antarabangsa UKM Membincangkan tentang genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel.
Suspek wanita didakwa tipu isteri Along Cham ada lima kes jenayah - Polis
Wanita itu kini direman empat hari manakala suaminya direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beberapa mangsa nahas udara di Sungai Potomac dikenal pasti, kotak hitam ditemukan
Lebih 40 daripada 67 mayat mangsa nahas ditemukan dari Sungai Potomac pada lewat petang Khamis.
Polis temukan tulang manusia di Pantai Batu Buruk 2
Tulang tersebut ditemukan orang awam di kawasan semak di belakang kuarters jabatan kerajaan yang tidak dihuni.
Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Wabak disyaki virus Marburg ragut lapan nyawa di Tanzania - WHO
Wabak disyaki virus Marburg di Tanzania menjangkiti sembilan individu dan mengakibatkan lapan kematian setakat ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Indonesia bekalkan 4 juta vaksin untuk tangani wabak kaki dan mulut (FMD)
Vaksin FMD ini sedang diedarkan ke seluruh wilayah di Indonesia melalui kerajaan tempatan.
TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).
Malaysia, China perkukuh hubungan dalam sains, teknologi dan inovasi
Malaysia mengulangi komitmen untuk mewujudkan kolaborasi dengan China dalam bidang STI menerusi Memorandum Persefahaman ditandatangani antara Akademi Sains Malaysia CAS hari ini.
Sudan Selatan terima lebih 280,000 dos vaksin untuk tangani kolera
Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa vaksin itu akan diedarkan secara strategik di Negeri Upper Nile dan lokasi keutamaan lain.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lebih 1,800 kes mpox disahkan di Afrika dari 20 Oktober hingga 3 November - WHO
Menurut WHO, Republik Demokratik Congo mencatatkan peningkatan terbesar dalam kes dan kematian sepanjang tempoh ini.
Kerajaan Australia tanggung subsidi vaksin RSV untuk wanita hamil, bayi
Wanita yang hamil antara 28 hingga 36 minggu layak menerima vaksin percuma mulai Februari.