KUALA LUMPUR:Ketersediaan vaksin COVID-19 bermula Februari ini tidak menjamin Pilihan Raya Umum (PRU) boleh berlangsung dalam keadaan selamat sekiranya diadakan pada waktu terdekat.
Ini kerana menurut Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar, program vaksinasi dijangka mengambil masa yang lama dan kemungkinan setahun untuk mencapai sasaran 80 peratus rakyat Malaysia.
“Walaupun ada vaksin itu adalah satu harapan, tetapi kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada vaksin disebabkan peringkat awal ia hanya diberikan kepada ratusan ribu orang sahaja.
“Walaupun akan meningkat ia akan mengambil masa sehingga enam bulan atau setahun jadi tempoh program vaksinasi lama.
“Keduanya, vaksin juga tidak dapat menghentikan jangkitan dalam masyarakat dalam masa yang cepat, jadi apa pun pencegahan yang utama ialah prosedur operasi standard (SOP) yang ada seperti penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka, elakkan perhimpunan awam dan ini akan terjejas jika berlaku PRU dalam masa terdekat,” katanya kepada Astro AWANI pada Khamis.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pandangan beberapa pemimpin politik yang menyarankan PRU15 diadakan secepat mungkin memandangkan vaksin COVID-19 akan diperolehi Malaysia tidak lama lagi.
Ketegasan yang sama turut dilontarkan Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Malina Osman berkenaan pelaksanaan PRU ketika era pandemik.
“Saya lihat kefahaman daripada mereka yang bukan di dalam bidang kesihatan dan terlibat dengan politik kadang-kadang mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat kepada masyarakat.
“Saya bagi contoh sekarang apabila Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membenarkan rentas negeri, ada yang membuat kenyataan inilah masa sesuai untuk kita mengadakan PRU, padahal keadaan itu tidak boleh berlaku apabila melihat kepada pola data dan keadaan kita sekarang yang terdedah kepada kluster dan kes baharu COVID-19,” jelasnya.
Sementara itu, Zainal Ariffin mencadangkan supaya kerajaan dan parti-parti politik membuat ‘road map’ (hala tuju) supaya PRU hanya boleh diadakan setahun dan ke atas selepas ini.
“Kita cadangkan supaya kerajaan atau parti-parti politik yang terlalu ingin sangat adakan PRU supaya mempunyai garis masa, jangan adakan (PRU) ketika pandemik kerana ini akan menyukarkan barisan hadapan, PRN Sabah jelas menunjukkan perkara ini berlaku.
“Saya rasakan rakyat pun tidak mahu PRU dalam masa terdekat,” jelasnya.
BACA: Pakar kesihatan rayu campur tangan Agong henti PRU15, barisan hadapan tertekan
Afiezy Azaman
Thu Jan 07 2021

Ketersediaan vaksin COVID-19 bermula Februari ini tidak menjamin Pilihan Raya Umum boleh berlangsung dalam keadaan selamat sekiranya diadakan pada waktu terdekat. - Gambar hiasan REUTERS

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.

PKR Kelantan perlu lipat ganda usaha tambah keahlian - Nurul Izzah
Pemimpin dan anggota PKR peringkat cawangan diminta melipatgandakan usaha menambah keahlian bagi memastikan parti itu mampu memenangi kerusi di negeri ini pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Daftar Pemilih Tambahan Ogos 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos Tahun 2024 (DPT BLN8/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 22 Okt depan.

Zahid Hamidi setuju dengan Dr Akmal, UMNO mahu dua pertiga kerusi pada PRU16
Presiden UMNO tidak puas hati jumlah kerusi yang ada sekarang namun menegaskan, sekiranya mahu dua pertiga, UMNO perlu bekerja lebih keras.

'Belum terbuka hati jumpa wakil pembangkang' - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mengakui terdapat wakil parti politik pembangkang yang mahu berjumpa beliau dan Anwar untuk berunding membentuk kerjasama dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Keputusan tidak kosongkan kerusi dibuat selepas semua perkara dikaji - Johari
Keputusan tidak mengosongkan kerusi enam Ahli Parlimen bekas ahli Bersatu dibuat selepas semua perkara dikaji, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.

Pita Limjaroenrat ikrar mahu rebut semula jawatan PM Thailand
Pita berkata, beliau hanya menunggu masa untuk bertanding semula kerana selama ini beliau tidak pernah putus asa berjuang.

Pilihan raya umum Pakistan pada 8 Feb
Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan (ECP) pada Khamis mengumumkan 8 Februari tahun depan sebagai tarikh rasmi pilihan raya umum di negara Asia Selatan itu, lapor Xinhua.

Muktamar Pas tumpu usaha kekal sokongan anak muda - Mohd Amar
Muktamar Pas ke-69 bulan depan dijangka memberi tumpuan terhadap usaha untuk memastikan sokongan pengundi muda terhadap parti itu kekal hingga ke pilihan raya seterusnya.

GPS akan sokong Kerajaan Perpaduan hingga Pilihan Raya Umum seterusnya - Abang Jo
Sokongan itu penting agar wujud kestabilan yang membolehkan Kerajaan Persekutuan mentadbir dengan lebih fokus.