KUALA LUMPUR: Industri vape dan rokok tidak seharusnya dilihat sebagai punca pendapatan negara, jika kesihatan rakyat dan mengurangkan kos penjagaan kesihatan di masa depan adalah agenda utama.
Pakar Perunding Perubatan (Respitori) KPJ Damansara, Prof Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus berkata, jika kedua-dua industri ini dilihat sebagai punca pendapatan, akan sentiasa wujud hujah yang akan menghalang Generational End Game (GEG) mengambil tempat.
"Kalau sebenarnya niat kita memang untuk jaga kesihatan rakyat dan kurangkan kos penjagaan kesihatan di masa depan, kita tak sepatutnya lihat industri vape dan rokok sebagai punca pendapatan negara. Ini masalahnya, hujah itu akan ada sentiasa.
"Kedua, berkaitan GEG dan vape, ramai yang mencuba vape adalah mereka yang merokok. Tempoh menunggu tiga tahun itu lama, ada tiga batch yang akan terlepas dan mereka akan cuba rokok dan vape.
"Kedua, dalam kalangan mereka yang ada kemampuan, dengan ada delay itu, dengan keluarnya nikotin (dari Akta Racun) nampak macam mesej yang nak disampaikan ialah vape ini tidak berbahaya jadi mereka yang tak merokok akan terus pilih vape saja," katanya ketika muncul sebagai tetamu dalam program Dialog Tiga Penjuru: Jana Dana Atau Bahana, pada Khamis.
Turut serta sebagai tetamu ialah Pakar Kesihatan Awam, Prof Datuk Dr Syed Mohamed Aljunid Syed Junid dan Presiden Persatuan Farmasi Malaysia, Amrahi Buang.
GEG antara lain akan melarang penjualan dan penggunaan sebarang bentuk produk berkaitan rokok termasuk rokok elektronik atau 'vape' kepada individu yang dilahirkan mulai 1 Jan 2007 dan seterusnya, dengan tujuan untuk mengharamkan generasi akan datang daripada merokok dan vape.
Rang undang-undang itu dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada 27 Julai tetapi kemudiannya dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk diperhalusi.
Jelas Dr Ahmad Faizal lagi, rang undang-undang itu seharusnya sudah diluluskan, namun penundaan hanya akan melewatkan proses dan perokok akan semakin bertambah dari sehari ke sehari.
"Ada dua perkara, satu rokok dan GEG serta kaitan dengan vape. Yang pertama, kemungkinan ada isu masa dibentangkan tahun lepas dan isu itu valid, contoh dari segi hak kuasa polis untuk memeriksa sesiapa sahaja, itu perlu dihalusi.
"Sepatutnya apa yang sudah berlaku ialah perincian itu boleh diperincikan kemudian. Sebenarnya dari segi dasar, parlimen dan kerajaan patut mengambil inisiatif menggerakkan agar RUU itu diluluskan dengan perincian dilakukan di peringkat peraturan.
"Tetapi apabila ditunda sehingga bacaan kesekian kali, dirujuk pula ke pelbagai jawatankuasa dan ada masa menunggu 3 tahun lagi sebelum ia boleh diretifikasi, ia hanya melewatkan proses dan mereka yang merokok semakin bertambah, industri rokok juga tak akan berdiam diri, " tegasnya.
Senada dengan Dr Ahmad Faizal, Amrahi berpendapat vape perlu diletakkan dalam satu akta khusus, dikenakan cukai dan diperincikan dari aspek kawal selia dan penguatkuasaannya.
"Kita titik berat aspek kesihatan, isunya nikotin ini racun, jadi perkara ini kena jelas. Apabila dikeluarkan (dari Akta Racun), ia tetap racun.
"Sekarang berlaku kelompangan. Apa yang disyorkan, bukan kita kata tak setuju dikeluarkan daripada Akta Racun. Kita mengatakan bahawa kalau nak keluar daripada akta itu, mesti ada rang undang-undang kawalan tembakau dan merokok terlebih dahulu.
"Jadi apabila kita tarik daripada satu undang-undang, ada satu lagi undang-undang untuk sambut. Tetapi apabila ada kelompangan begini, susah. Siapa yang menguatkuasakan perkara ini pun kita tak tahu," katanya mengulas langkah mengecualikan produk nikotin daripada Akta Racun 1952 sebelum RUU Kawalan Tembakau diluluskan.
Sementara itu, Syed Mohamed Aljunid pula melihat cukai yang dikenakan ke atas vape dan rokok bersifat sementara, dan hanya dilakukan untuk mengurangkan akses orang ramai terhadap bahan berkenaan.
"Cukai untuk vape dan rokok bersifat sementara sahaja, untuk mendapatkan kesan kos harga rokok atau vape meningkat sehingga orang susah nak dapat akses kepada vape.
"Ini konsep sebenarnya, bukan untuk mendapatkan dana untuk kerajaan. Silap kalau kita mengharapkan cukai untuk kutip dana yang banyak.
"Satu lagi kena ingat juga apabila dinaikkan cukai, kajian menunjukkan kalau cukai tidak boleh menyebabkan kenaikan harga harga rokok dan vape sehingga sekurang-kurangnya 65 peratus, ia tidak akan beri kesan.
"Jadi walaupun dicukai kita tetap tidak boleh kita kutip dana dan kesan terhadap kesihatan tetap tinggi. Ini merupakan satu kerugian yang amat besar kepada negara," jelasnya.
Madiha Abdullah
Thu Apr 06 2023
Jika kedua-dua industri ini dilihat sebagai punca pendapatan, akan sentiasa wujud hujah yang akan menghalang GEG mengambil tempat. - Gambar hiasan
Penduduk diminta berpindah susulan amaran banjir di utara Australia
Pihak berkuasa mengeluarkan amaran kecemasan dan menggesa penduduk mempertimbangkan untuk berpindah susulan banjir.
1 maut, 11 hilang kenderaan terjunam ke dalam terusan di Haryana, India
Seorang maut manakala 11 lagi dilaporkan hilang selepas sebuah kenderaan terjunam ke dalam Terusan Bhakra.
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada usia 81 tahun
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada Sabtu pada usia 81 tahun selepas mengalami sakit dalam tempoh singkat.
Perdagangan Uzbekistan-Malaysia meningkat kepada AS$102.4 juta pada 2024
Eksport meningkat 1.3 kali ganda, manakala import meningkat 1.6 kali ganda, mencerminkan minat bersama yang semakin meningkat dalam perdagangan.
Komuniti antarabangsa kutuk rejim tentera Myanmar pada ulang tahun rampasan kuasa
Rejim tentera didesak supaya meredakan konflik, memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan serta mengutamakan perlindungan orang awam.
50 pesakit dari Gaza masuk Mesir melalui pintu sempadan Rafah untuk rawatan
Mereka merupakan kumpulan pertama pesakit Gaza yang memasuki Mesir melalui pintu masuk itu bagi mendapatkan rawatan perubatan sejak Mei tahun lepas.
1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini - Adly
Perkara itu dimuktamad selepas semua dokumentasi antara Kuwait Air Force (KAF) dan Amerika Syarikat diselesaikan dalam masa terdekat.
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.
GEG: Jangan kelirukan rakyat, RUU tidak 'menjenayahkan kanak-kanak' - Khairy
Dakwaan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 'menjenayahkan kanak-kanak' adalah mengelirukan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Setiap peruntukan GEG dinilai jawatankuasa bebas, lapor terus ke Parlimen - Khairy
Jawatankuasa bebas itu akan menyemak dan menilai semua peruntukan di bawah RUU, termasuk kawalan yang melibatkan generasi yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya.
Kadar denda GEG dikurangkan kepada RM500 - Khairy
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan pengurangan denda standard untuk Generational End Game (GEG) dalam Akta daripada RM5,000 kepada RM500.
Hari Kanser Paru-Paru Sedunia: Ahli Parlimen diseru sokong RUU kawalan tembakau
Penggunaan tembakau menyumbang kepada hampir 1 dalam 4 kes kanser di sini dan merupakan punca penyusutan signifikan kewangan Perbendaharaan selain kehilangan produktiviti.
Khairy rayu sokongan Ahli Parlimen, yakin GEG boleh selamatkan dua juta nyawa
Jika GEG tidak dilaksanakan, kos rawatan pesakit akibat aktiviti merokok boleh meningkat kepada RM8.8 bilion menjelang 2030.
Malaysia harap jadi negara pertama perkenal undang-undang larangan merokok generasi muda
Jika diluluskan dan dikuatkuasakan dengan berkesan ia boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan yang lebih baik secara ketara dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
'Generational Endgame Antirokok-18' dilancarkan 25 April ini
Astro AWANI akan turut membawakan secara langsung majlis pelancaran tersebut.