KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji keberkesanan vaksin terhadap kes COVID-19 yang melibatkan varian Delta dan keperluan untuk suntikan ketiga vaksin (booster).
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata negara-negara maju sedang membuat perolehan vaksin untuk tahun hadapan kerana mereka menjangkakan kemungkinan terdapat keperluan untuk memberikan suntikan booster ketiga.
"Kami ingin mendapatkan data lebih baik mengenai berapa lama perlindungan vaksin ini bertahan dan apa butiran diperlukan dalam menawarkan vaksin dos ketiga. Ini untuk jangkaan tahun hadapan," katanya pada sidang media selepas meninjau pusat pemberian vaksin (PPV) ibu mengandung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.
Beliau berkata kajian data diperlukan agar Malaysia dapat membuat keputusan sama ada perlu memulakan rundingan perolehan vaksin untuk tahun hadapan.
Mengambil contoh situasi terkini di United Kingdom, Khairy menjelaskan 90 peratus jangkitan baharu COVID-19 yang melanda negara itu adalah disebabkan varian Delta.
Katanya, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) pada Khamis lepas.
Sementara itu, Khairy berkata Malaysia akan kekal menggunakan kaedah vaksinasi homolog pada masa ini kerana kekurangan data 'real-world' dan klinikal mengenai vaksinasi heterologi.
Bagaimanapun, beliau menegaskan negara akan terus menjalankan kajian sendiri mengenai vaksinasi heterologi kerana banyak negara di dunia mula melaksanakan kaedah menggunakan dua vaksin berlainan untuk menggalakkan keberkesanan terhadap varian berbeza.
Dilaporkan, Malaysia menimbang untuk mencampurkan dua jenis vaksin berbeza bagi meningkatkan keberkesanan terhadap varian COVID-19 yang berbeza.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 26 2021

Khairy berkata negara-negara maju sedang membuat perolehan vaksin untuk tahun hadapan kerana menjangkakan kemungkinan terdapat keperluan untuk suntikan booster ketiga. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.

PRU16: KJ dakwa ada unjuran ramal Ahmad Zahid jadi PM ke-11
Khairy Jamaluddin mendakwa terdapat satu unjuran yang meramalkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menjadi Perdana Menteri ke-11 jika BN bergabung dengan PH.

KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.

Kes saman KJ terhadap Jamal Yunos diteruskan
Kes saman fitnah bekas Khairy Jamaluddin terhadap Datuk Seri Jamal Md Yunos, berhubung satu kenyataan media ketika PAU 2022 akan diteruskan di Mahkamah Tinggi pada Selasa.

'Keputusan pengampunan Najib bakal beri implikasi besar' - KJ
Khairy beranggapan bahawa sebarang keputusan dibuat Lembaga Pengampunan berhubung kes Najib akan memberi implikasi besar terhadap negara.

KJ pertimbang tubuh parti baharu
Khairy Jamaluddin mempertimbangkan untuk menubuhkan parti baharu disebabkan pasaran politik yang agak tepu.

PRN: PN Selangor tidak bincang KJ jadi calon
PN Selangor tidak pernah berbincang menyenaraikan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

Pas pertimbang DUN untuk KJ
Bagaimanapun, sehingga kini, Pas belum menerima sebarang permohonan daripada Khairy.

Sertai kerajaan hari ini bukan jalan mudah jadi PM - KJ
Berpeluang meneraju kerajaan adalah cita-cita jangka masa panjang dan bukan perkiraannya dalam langkah seterusnya yang akan diambil.

Saya takkan lakukan perkara yang akan ganggu kestabilan negara - KJ
Peluang harus diberi kepada kerajaan hari ini untuk mentadbir dengan tenteram bagi mendepani tempoh sukar yang mendatang.