SELEPAS pelbagai varian dikenal pasti susulan daripada pandemik COVID-19, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini mengesan satu lagi varian baharu dinamakan sebagai Varian Mu.
Bagaimanapun, varian yang pertama kali dikesan di Colombia pada Januari 2021 itu, masih diklasifikasikan sebagai 'Variant Of Interest' (VOI).
Setakat ini, beberapa VOI dikesan di Malaysia, antaranya Varian Eta (B.1.525); dan
Varian Kappa (B.1.617.1).
Selain VOI, Variant of Concern (VOC) turut dilaporkan di negara ini membabitkan Varian Beta (B.1.351); Varian Alpha (B.1.1.7); dan Varian Delta (B.1.617.2).
Berikut mengenai Varian Mu:
- WHO klasifikasikan varian Mu atau B.1.621 sebagai VOI.
- VOI kelima yang dipantau oleh WHO. Empat lagi VOI: Eta, Iota, Kappa dan Lambda.
- Pertama kali dikesan di Columbia pada Januari 2021.
- Dilaporkan memiliki kemampuan genetik yang dapat mempengaruhi karakteristik virus iaitu tahap keparahan penyakit, kekebalan, penularan & kemampuan dikesan serta perawatan.
- Sejak 30 Ogos 2021, WHO senaraikan sebagai varian dalam pemerhatian selepas ia dikesan di 39 negara.
- Varian Mu dikesan di:
i. Amerika Syarikat
ii. Korea Selatan
iii. Jepun
iv. Ecuador
v. Kanada
vi. Beberapa bahagian Eropah
- Kira-kira 2,000 kes Varian Mu dikesan di Amerika Syarikat setakat ini. Sebilangan besar kes direkod di California, Florida, Texas & New York.
- Setakat ini, kurang daripada 0.1 peratus jangkitan COVID-19 di seluruh dunia dikesan Varian Mu.
- Dianggap berpotensi lebih kecil daripada varian Delta atau Alpha yang diletakkan sebagai VOC.
- Potensi kebal terhadap vaksin:
i. WHO jelaskan varian Mu ada mutasi yang menunjukkan kemungkinan untuk mengatasi sistem imun.
ii. WHO maklumkan lebih banyak kajian diperlukan untuk memahami ciri-ciri Varian Mu.
Hasimi Muhamad
Sun Sep 05 2021

Pertubuhan Kesihatan Sedunia baru-baru ini mengesan satu lagi varian baharu dinamakan sebagai Varian Mu - Gambar fail
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

COVID-19: Korea Selatan catat kes pertama varian 'Mu' dalam tiga sampel import
Korea Selatan catat kes pertama melibatkan varian "Mu" dalam tiga sampel pesakitnya.