SEREMBAN: Video tular memaparkan kejadian letupan mercun di hadapan sebuah bank di Bahau di sini merupakan video lama.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada jam lebih kurang 9.50 malam 14 Jun 2018.
"Tangkapan telah dibuat terhadap dua individu dan salah seorang telah pun dituduh di Mahkamah Bahau pada 31 Oktober 2018.
"Kes itu disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957," katanya dalam kenyataan kepada media pada Selasa.
Sehubungan itu katanya, orang ramai dinasihatkan tidak menularkan semula video lama atau berita tidak tepat di media sosial.
Menurutnya, tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang didapati sengaja mensensasikan isu berkenaan yang jelas boleh mencetuskan kegusaran dalam kalangan masyarakat.
Pada Jumaat lalu, tular video berdurasi 3.27 saat bertajuk 'Bahau negeri 9 kedai mecoh terbakar' yang memaparkan letupan mercun di hadapan sebuah bank di Bahau yang dimuat naik oleh seorang individu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Apr 18 2023

Siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada jam lebih kurang 9.50 malam 14 Jun 2018. - Gambar/ Sinar Harian

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.

Video letupan mercun di Bahau kes tahun 2018
Video tular memaparkan kejadian letupan mercun di hadapan sebuah bank di Bahau di sini merupakan video lama.

Empat kanak-kanak cedera bakar mercun yang diubah suai
Empat kanak-kanak cedera akibat terkena letupan mercun yang diubah suai dalam kejadian di Kuala Nerus, Selasa lepas.

'Letupan' mercun, kereta awam dibakar 'perusuh' di hadapan Stadium Indera Mulia
Simulasi latihan amal Pasukan Unit Tempur Ringan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh itu sebagai persediaan hadapi PRU15.

Penduduk Ipoh dikejutkan oleh dentuman kuat
Insiden itu menyebabkan ramai pengguna jalan raya di sekitar Jalan Dato Onn Jaafar cemas dan segera melarikan diri dari tempat kejadian.