KUALA LUMPUR: Polis selesai mengambil keterangan lima individu berhubung dakwaan seorang anggotanya memeras ugut seorang wanita warga China kerana gagal menunjukkan pasport dalam sekatan jalan raya di Bulatan Dato Onn di sini, yang ditularkan di media sosial, minggu lepas.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yahaya Othman berkata anggota polis berkenaan adalah antara lima individu yang telah diambil keterangan selain akan memanggil dua lagi individu untuk membantu siasatan.
"Ada lagi dua individu yang akan dipanggil untuk dirakamkan keterangan iaitu pemandu e-hailing yang membawa warga China itu dan seorang lagi wanita warga tempatan yang merupakan rakan kepada wanita itu yang turut berada di dalam kenderaan terbabit," katanya ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terbaharu kes berkenaan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada penyampaian sumbangan berbuka puasa kepada anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di perkarangan Bazar Ramadan Jalan Raja Alang di sini hari ini.
Pada Isnin lepas, Yahaya berkata polis membuka satu kertas siasatan berhubung penularan video berdurasi satu minit 48 saat itu dan telah mengenal pasti individu dan anggota polis terlibat.
Mengulas lanjut, beliau berkata polis juga sedang bekerjasama dengan Interpol dan Jabatan Imigresen bagi mengesan wanita warga China itu yang dipercayai telah meninggalkan negara.
Yahaya berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan kertas siasatan yang lengkap akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan selanjutnya.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan penyebaran maklumat di media sosial tanpa sumber sahih dan individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-2600 2222.
Sebelum ini, tular video berdurasi satu minit 48 saat di aplikasi TikTok memaparkan seorang anggota polis lengkap beruniform melakukan pemeriksaan terhadap individu berlatar belakangkan Memorial Tunku Abdul Rahman di Bulatan Dato Onn.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 06 2023

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yahaya Othman berkata anggota polis berkenaan adalah antara lima individu yang telah diambil keterangan selain akan memanggil dua lagi individu untuk membantu siasatan. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

JKDM tegas tangani dakwaan pegawai, anggota peras ugut
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak akan melindungi mana-mana pegawai dan anggota jabatan itu sekiranya didapati terlibat dalam perbuatan peras ugut di sebuah kilang di Kapar, Selangor.

Kes peras ugut penonton Malaysia di DWP: Ketua pengarah, ketua unit narkotik dipecat
Anggota polis lain yang didapati terlibat dalam kes tersebut, menurutnya, akan diputuskan pada sidang berikutnya iaitu pada Selasa (2 Januari).

45 rakyat Malaysia dakwa diperas ugut di konsert DWP Jakarta - Polis Indonesia
Kes itu dipantau rapi oleh badan luar seperti Suruhanjaya Polis Negara (Kompolnas) bagi memastikan ketelusan dan keadilan dalam siasatan.

18 anggota polis ditahan atas dakwaan peras ugut warga Malaysia di konsert DWP Jakarta
Anggota berkenaan terdiri daripada Polis Daerah Metro Jaya, Polis Metro Jakarta Pusat, dan Balai Polis Kemayoran.

Dua ditahan peras ugut, menyamar polis sasar warga asing
Polis menahan dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat dengan kes pemerasan dan penyamaran sebagai anggota polis di Bandar Tenggara di sini semalam.

Anggota polis ditahan, disyaki peras ugut buruh sawit RM2,000
Difahamkan suspek lelaki berusia 40 tahun itu menawarkan bantuan menyelesaikan kes lampau berkaitan urin mangsa.

Dua anggota polis trafik direman bantu siasatan kes peras ugut warga Bangladesh
Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 384 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Dua anggota polis didakwa peras ugut, minta RM600
Dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di ini atas pertuduhan memeras ugut seorang lelaki dengan meminta wang RM600, tiga bulan lepas.

Peras ugut: Reman dua anggota polis BSI disambung hingga esok
Tempoh reman dua anggota polis dipercayai melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) disambung sehari lagi.

Bapa minta wang, selesai kes guru cabul anak
Yahaya