IPOH: Tindakan seorang lelaki yang enggan memberhentikan kenderaan dipandunya selepas diarahkan pihak polis berakhir dengan penahanannya apabila kenderaan terbabit melanggar beberapa kenderaan lain.
Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Nasir Ismail berkata pihaknya telah mengesan satu video berdurasi 50 saat menerusi aplikasi TikTok memaparkan aksi dua unit kereta peronda (MPV) dan dua unit rondaan bermotosikal (URB) mengejar sebuah kereta jenis Proton Waja di Jalan Kamunting-Jalan Ulu Sepetang, Taiping, Isnin lepas.
Beliau berkata siasatan mendapati kejadian berlaku pada Ahad lepas melibatkan anggota Balai Polis Kamunting yang sedang menjalankan tugas ronda cegah jenayah (RCJ) kira-kira 5.45 petang.
"Anggota polis berkenaan telah terserempak dengan kereta Proton Waja dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.
"Polis mengarahkan pemandu itu memberhentikan kenderaannya bagi pemeriksaan tetapi pemandu itu bertindak melarikan diri memandu secara berbahaya serta melanggar beberapa kenderaan lain selain cuba melanggar kenderaan polis sebelum ditahan di Jalan Persiaran Kamunting," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Nasir berkata hasil penahanan lelaki itu, polis menemukan beberapa peralatan disyaki digunakan untuk jenayah pecah rumah.
Beliau berkata lelaki terbabit yang didapati positif dadah jenis MOP kini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1960.
"Berikutan tindakan pantas anggota polis, tangkapan dapat dibuat terhadap suspek tanpa sebarang kecederaan termasuk orang awam," katanya menambah pihaknya percaya penahanan lelaki itu sekali gus dapat mengurangkan kes jenayah terutama pecah rumah di sekitar Taiping dan Selama.
Mohamad Nasir menyeru orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat kepada polis bagi menjamin kesejahteraan dan ketenteraman awam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 10 2024

Mohamad Nasir berkata hasil penahanan lelaki itu, polis menemukan beberapa peralatan disyaki digunakan untuk jenayah pecah rumah. - Gambar FB Se7en Zone
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Helah tiga lelaki menyamar polis undang padah
Polis mengesan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki oleh tiga suspek berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

Warga JB terkejut aksi kejar-mengejar di lebuh raya, 3 suspek akhirnya dicekup polis
Polis berjaya menahan tiga suspek termasuk seorang wanita selepas aksi kejar mengejar dengan suspek yang menaiki kenderaan jenis Honda Civic di Lebuhraya Pasir Gudang.