KOTA BHARU: Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata kementeriannya telah bertemu Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Setiausaha Perbendaharaan serta Pengarah Belanjawan Negara untuk berbincang mengenai pelaksanaan VOP berkenaan.
"Pada pertemuan itu pasukan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan dan Kementerian Kerja Raya (KKR) memohon agar diberi pertimbangan mengenai VOP kepada kontrak yang dilaksanakan sebelum pengumuman penyasaran subsidi diesel.
"Mengikut makluman juga, Kementerian Kewangan bersetuju dan akan ada perbincangan dalam masa terdekat membabitkan berapa peratus VOP yang akan diberikan kepada kontrak yang terlibat dalam projek sebelum penyasaran subsidi bahan api berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Kelantan ke-47 di sini pada Selasa.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata kerajaan akan berusaha untuk melaksanakan VOP dahulu berikutan kontraktor berdepan dengan kenaikan kos bahan binaan antara tujuh hingga lapan peratus berbanding memberi subsidi tambahan kepada jentera berat yang melibatkan sektor pembinaan.
"Saya ingin maklumkan subsidi diesel yang diberikan kerajaan kepada rakyat sebelum ini adalah sebanyak RM14 bilion. Sekarang kita cuma tarik RM4 bilion subsidi itu dan kita masih berikan RM10 bilion.
"Oleh itu, kita akan berusaha untuk melaksanakan VOP ini. Kalau diberi subsidi lagi kepada jentera berat yang melibatkan sektor pembinaan penjimatan (subsidi) itu tidak akan capai RM 4 bilion," katanya.
Ahmad berkata tidak semua bahan binaan terkesan dengan penyelarasan subsidi memandangkan sesetengah bahan binaan boleh dibawa menggunakan kenderaan yang layak mendapat 'Fleet Card'.
Pada Sabtu lepas, kerajaan bersetuju secara dasarnya untuk melaksanakan VOP bagi membantu kontraktor yang berdepan kenaikan harga barangan binaan susulan penyasaran subsidi diesel sekali gus memastikan projek siap tepat pada masanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 16 2024
Ahmad berkata tidak semua bahan binaan terkesan dengan penyelarasan subsidi memandangkan sesetengah bahan binaan boleh dibawa menggunakan kenderaan yang layak mendapat 'Fleet Card'. - Foto BERNAMA
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Fahmi ingatkan rakyat di kawasan berisiko supaya waspada
Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun.
Malaysia terus perkukuh kedudukan sebagai destinasi utama - Fahmi
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama pelaburan asing apabila Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Proses penyelesaian projek Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) masih di peringkat ujian pelbagai fasa.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Bahan mentah ada sijil halal JAKIM - Syarikat pembekal
Syarikat pembekal sandwich kontroversi, Shake And Bake Cafe Sdn Bhd mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Rasionalisasi subsidi diesel, petrol bantu negara kurangkan defisit fiskal – Profesor Ulung
Rasionalisasi subsidi diesel yang telah dilaksanakan dan petrol RON95 yang akan dilaksanakan pada tahun 2025 akan membantu negara mencapai sasaran defisit fiskal 3.8 peratus.
Sabah Electricity terima RM161.7 juta subsidi ICPT tahun ini - Madius
Pembayaran diterima pada Isnin lepas untuk menggantikan semula wang yang telah dibelanjakan Sabah Electricity bagi menampung kos ICPT.
85 peratus tidak terjejas perubahan kadar tarif elektrik - TNB
Sebanyak 85 peratus pemegang akaun domestik iaitu sekitar 7.5 juta orang tidak akan terjejas dengan sebarang perubahan kadar tarif elektrik dan masih dilindungi kerajaan sehingga Jun 2025.
Tahun kedua pentadbiran: Rating kelulusan PM Anwar meningkat kepada 54 peratus
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas.
Kenanga Investment Bank jangka e-invois beri kesan terhad ke atas jualan kereta
Pelaksanaan e-invois memberi kesan yang terhad ke atas jualan kereta apabila pengeluar kereta meningkatkan usaha memberikan diskaun dan rebat bagi mengekalkan permintaan.
'Kenaikan gaji minimum tahun depan dijangka rangsang sektor pengguna'
UOBKH Research berkata, kenaikan gaji seharusnya menampan perbelanjaan pengguna, lebih daripada mengimbangi kos rasionalisasi subsidi.
IKSH bantu kerajaan rangka program subsidi lebih bersasar - Armizan
Pembangunan Indikator Kos Sara Hidup (IKSH) akan membantu kerajaan merangka program subsidi lebih bersasar mengikut keperluan dan perbelanjaan rakyat.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Markah D: Kerajaan terus laksana reformasi, tidak hanya tumpu segmen tertentu - Rafizi
Kerajaan sentiasa terbuka menerima sebarang pandangan dan kritikan terhadap prestasi anggota Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan.
Pengerusi ASEAN: Malaysia berpeluang tingkat kerjasama sektor takaful, takaful semula
Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula.