KOTA BHARU: Kerja-kerja penambahbaikan di Pasar Siti Khadijah di sini memberikan 'wajah baharu' buat bangunan ikonik itu yang sudah usang dimamah usia.
Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Kecil Bumiputera Pasar Siti Khadijah Ahmad Nazri Che Omar berkata ruang rehat yang terletak di antara medan makan dan jualan barangan kering di tingkat satu pasar itu dinaik taraf dua bulan lepas dan kini dilengkapi dekorasi moden selain kemudahan kerusi dan mesin air layan diri bagi keselesaan pengunjung.
Beliau berkata penambahbaikan itu dilaksanakan melalui peruntukan khas RM50,000 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan Unit Penyelarasan Pelaksaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).
Menurutnya sebuah surau baharu juga dibina ditingkat dua pasar itu melalui sumbangan sebuah bank.
"Pasar Siti Khatijah yang dibina pada 1985 ini adalah antara ikon tarikan pelancong ke Kelantan, namun ia sudah agak usang dan perlu banyak penambahbaikan.
"Apabila ada suntikan dana seperti ini, ia dapat memberikan keselesaan kepada pengunjung dan membawa kelebihan kepada peniaga," katanya kepada Bernama.
Seorang peniaga serunding dan makanan kering Ab Hamid Ab Aziz, 56, berkata projek naik taraf itu membawa limpahan rezeki apabila lebih ramai pelanggan berkunjung ke lot kedainya yang terletak berdekatan ruang rehat tersebut.
"Keadaan suram bertukar ceria dengan pemasangan jubin baharu berbanding lantai dan dinding simen sebelum ini, memang jauh berbeza suasananya," katanya.
Dalam pada itu, seorang pengunjung Hasnah Yusof, 48, berkata usaha menaik taraf pasar Siti Khadijah yang menawarkan produk tempatan itu sangat penting untuk menjadikannya sebagai lokasi 'wajib' singgah pelancong ke negeri itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 14 2024

Penambahbaikan itu dilaksanakan melalui peruntukan khas RM50,000 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan ICU JPM. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

2 juta pengunjung dijangka banjiri Kuil Batu Caves sempena Thaipusam, meningkat 20 peratus
Dua juta penganut agama Hindu dan pengunjung dijangka membanjiri Batu Caves sempena perayaan Thaipusam yang bakal disambut pada Selasa ini, menyaksikan peningkatan sehingga 20 peratus.

Masalah dengan kekasih punca pelancong asing jatuh bangunan - Polis
Masalah dengan kekasih dipercayai punca seorang pelancong asing terjatuh dari tingkat tujuh sebuah bangunan pusat membeli-belah di Persiaran Gurney, di sini, semalam.

Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.

Laos terima lebih empat juta pelancong pada 2024
Laos menerima lebih empat juta pelancong pada tahun lalu dengan peningkatan hampir satu juta pelawat berbanding tahun 2023.

New Zealand longgar peraturan visa benar pelawat bekerja sambil melancong
Ia dalam usaha terbaru untuk meningkatkan pelancongan dan pertumbuhan ekonomi.

KPDN Melaka rekod 50 kes kesalahan dalam tempoh 23 hari
Sebanyak 50 kes melibatkan pelbagai kesalahan di bawah akta kepenggunaan dengan denda berjumlah RM34,000 direkodkan dalam tempoh 23 hari bermula 1 Jan lepas.

1.4 bilion orang mengembara rentas negara pada 2024 - UNWTO
Perkembangan itu menandakan pemulihan kukuh bagi industri pelancongan global selepas pandemik COVID-19.

Perak saran pengusaha pelancongan tambah baik prasarana, kemudahan - Exco
Terdapat sebilangan pengusaha di beberapa lokasi pelancongan memandang enteng perkara berkenaan.