KUALA LUMPUR:Cadangan pewujudan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018 oleh kerajaan terdahulu nyata mengundang reaksi berbeza daripada pelbagai pihak, lebih-lebih lagi tatkala negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.
Ada mencadangkan penambahbaikan sekiranya PLKN itu diperkenal semula, namun tidak kurang yang kurang bersetuju kerana berpendapat langkah memulihkan ekonomi negara perlu diberi keutamaan buat masa ini.
Untuk rekod, PLKN mula diperkenalkan pada Disember 2003 sebagai program yang menyediakan modul latihan selama tiga bulan meliputi modul fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti dengan 85,000 hingga 95,000 pelatih setahun, manakala purata perbelanjaan sebanyak RM600 juta setahun.
Ia kemudian dihentikan selama setahun pada 2015 ekoran langkah rasionalisasi perbelanjaan dan diperkenalkan semula pada 2016 sebagai PLKN 2.0 dengan jumlah pelatih hanya kira-kira 20,000 setahun sebelum dimansuhkan pada Ogos 2018.
Mengulas isu itu, bekas Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil yang berkhidmat sejak 2007 hingga 2014 berkata, sekiranya diberi pilihan, sudah tentu pembangunan ekonomi perlu diberi keutamaan buat masa ini ketika negara menyaksikan kadar pengangguran yang tinggi akibat COVID-19.
Bagaimanapun, ujarnya PLKN tidak perlu ditinggalkan secara total memandangkan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628) masih wujud dan buat permulaan, kerajaan mungkin boleh memikirkan perkara asas, kajian dan kesesuaian untuk menghidupkan semula program berkenaan tanpa menggunakan kos yang banyak.
"Kerajaan harus utamakan peluang ekonomi, peluang pekerjaan, pada masa sama PLKN boleh dihidupkan dengan kos minimum mengguna pakai kemudahan yang ada dan modul lama, tidak melibatkan perbelanjaan besar, guna kepakaran dan prasarana sedia ada sekiranya dana mencukupi," katanya.
Menyedari terdapat banyak kritikan terhadap pelaksanaan program itu yang dikatakan sebagai membazir dan kononnya tidak mencapai objektif utama, Abdul Hadi berkata PLKN sebenarnya masih sangat relevan buat masa ini terutamanya dalam memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan belia.
Malah katanya, menerusi kajian keberkesanan PLKN yang dijalankan ke atas 61,950 bekas pelatih, ibu bapa, majikan dan masyarakat umum pada 2010 mendapati program itu berjaya memupuk semangat kesetiaan dan kecintaan kepada negara dengan pencapaian 83.86 peratus.
"Kalau kata PLKN tak berjaya, itu tak ada asas, orang yang sudah pergi sahaja yang tahu," katanya.
Selasa lepas, media melaporkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 memaklumkan pihaknya mencadangkan agar program yang dilihat mempunyai kesan baik ke atas semangat patriotisme itu diwujudkan semula.
Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia Hasnul Haniff Harun berkata sekiranya ingin diwujudkan semula, PLKN perlu dijenama semula bagi memastikan objektifnya untuk memupuk semangat perpaduan dan patriotisme anak muda tercapai dengan menjadikan Rukun Negara sebagai asas latihan.
Modulnya haruslah banyak merujuk kepada PLKN 1.0 yang lebih memberi impak seperti aktiviti fizikal, dan silang budaya, menitikberatkan nilai ketimuran serta mungkin boleh dipanjangkan kepada enam bulan agar boleh dilaksanakan dengan lebih baik dan tertib.
Namun katanya, keutamaan pada ketika ini harus diberikan kepada strategi berhadapan dengan COVID-19 terutamanya dalam aspek pemulihan ekonomi negara, lebih-lebih lagi ketika negara menyaksikan hampir 800,000 orang telah kehilangan pekerjaan akibat pandemik itu.
Menyifatkan PLKN sebagai satu pelaburan jangka panjang dalam melahirkan belia yang menjadi pemangkin perpaduan negara, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Mohd Alif Anas Md Noor berkata program pembangunan sahsiah dan jati diri seumpama itu perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa dengan Rukun Negara perlu dijadikan idealisme utama terhadap modul-modul yang ingin diperkenalkan kelak.
Bagaimanapun, beliau meminta pihak berkaitan mengkaji terlebih dahulu kesesuaian cadangan tarikh dan masa pelaksanaan memandangkan penularan pandemik COVID-19 ketika ini dan paling penting sekiranya program ini ingin dijalankan secara serentak di seluruh negara, penilaian risiko hendaklah dijalankan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.
Pekerja swasta, Siti Sarah Hassan, 30, berkata walaupun PLKN mampu memupuk semangat patriotisme dalam kalangan peserta selain menjadi mekanisme bagi pembentukan disiplin diri remaja, kerajaan perlu melihat kewajaran untuk mewujudkannya kembali di saat negara masih dilanda pandemik COVID-19.
"Pelaksanaan program itu sudah pasti menelan belanja yang besar dan ia sepatutnya digunakan untuk menangani kesan penularan COVID-19 contohnya dalam meningkatkan ekonomi negara dan membantu golongan yang terkesan," katanya.
Bagi bekas jurulatih PLKN Siti Nurwani Mat Rais, 38, yang berkhidmat selama 10 tahun di tiga kem PLKN, cadangan pewujudan semula program itu adalah amat wajar terutama sekali dalam memupuk nilai patriotisme dalam diri remaja.
Siti Nurwani, yang berkhidmat kali terakhir di Kem PLKN Pelangi Hill Resort, Kerling, Hulu Selangor berkata program PLKN sebelum ini turut dijadikan panduan kepada beberapa negara untuk program pembangunan remaja mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 26 2020
![Wajarkah PLKN dilaksana semula? Wajarkah PLKN dilaksana semula?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71606356644_PLKN.jpg)
PLKN mula diperkenalkan pada Disember 2003 sebagai program yang menyediakan modul latihan selama tiga bulan meliputi modul fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
![Persediaan pelaksanaan PLKN 3.0 pada tahap terbaik - Mohamed Khaled Persediaan pelaksanaan PLKN 3.0 pada tahap terbaik - Mohamed Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736696250_KhaledNordin.jpg)
Persediaan pelaksanaan PLKN 3.0 pada tahap terbaik - Mohamed Khaled
Persediaan termasuk dari segi penginapan, kesihatan dan makanan itu adalah bagi memastikan program berkenaan berjalan lancar.
![Redah perjalanan 135km demi sertai PLKN 3.0 Redah perjalanan 135km demi sertai PLKN 3.0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736672216_ProgramLatihanKhid.jpg)
Redah perjalanan 135km demi sertai PLKN 3.0
Chee Ming Hang berkata, sejak kecil beliau memang meminati pasukan beruniform dan bercita-cita menjadi tentera selepas tamat belajar kelak.
![Hanya pelajar lepasan SPM sertai PLKN Januari 2025 - Adly Hanya pelajar lepasan SPM sertai PLKN Januari 2025 - Adly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716279475_AdlyZahari.jpg)
Hanya pelajar lepasan SPM sertai PLKN Januari 2025 - Adly
Wujud salah faham berkenaan had umur yang ditetapkan untuk menyertai PLKN sekali gus menimbulkan keresahan orang ramai.
![Cuepacs minta 55,000 kakitangan kontrak dilantik semula Cuepacs minta 55,000 kakitangan kontrak dilantik semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41597541678_AdnanMat.jpg)
Cuepacs minta 55,000 kakitangan kontrak dilantik semula
Jumlah berkenaan meliputi kakitangan yang berkhidmat di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Seranta Felda.
![COVID-19: 1,000 gelandangan akan ditempatkan di tiga kem PLKN COVID-19: 1,000 gelandangan akan ditempatkan di tiga kem PLKN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/41566905784_950x600.jpg)
COVID-19: 1,000 gelandangan akan ditempatkan di tiga kem PLKN
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menguruskan proses penempatan mereka termasuk memberi keperluan harian seperti makanan.
![Modul baharu pengurusan kewangan diperkenal kepada pelatih PLKN Modul baharu pengurusan kewangan diperkenal kepada pelatih PLKN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/81455521193_PLKN.jpg)
Modul baharu pengurusan kewangan diperkenal kepada pelatih PLKN
Modul berkenaan diharap dapat membantu melahirkan belia celik pengurusan kewangan.
![PR1MA akan serah 600 unit pertama rumah mampu milik menjelang akhir tahun PR1MA akan serah 600 unit pertama rumah mampu milik menjelang akhir tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/51361678123_295x200.jpg)
PR1MA akan serah 600 unit pertama rumah mampu milik menjelang akhir tahun
Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), yang membantu mereka yang berpendapatan sederhana memiliki kediaman sendiri, dijangka menyerahkan 600 unit pertama rumah mampu miliknya menjelang akhir tahun ini.
![Kenapa kata program PLKN membazir? - Bekas KP JLKN Kenapa kata program PLKN membazir? - Bekas KP JLKN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-01/71421838464_295x200.jpg)
Kenapa kata program PLKN membazir? - Bekas KP JLKN
Bekas Ketua Pengarah JLKN Datuk Abdul Hadi Awang Kechil menyangkal tuduhan seorang pemimpin pembangkang kononnya PLKN yang dilaksanakan sejak 2004 adalah sebuah program yang membazir.
![Penangguhan PLKN tidak jejas kakitangan tetap program - Hishammuddin Penangguhan PLKN tidak jejas kakitangan tetap program - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-06/71403535747_295x200.jpg)
Penangguhan PLKN tidak jejas kakitangan tetap program - Hishammuddin
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein beri jaminan bahawa penangguhan PLKN tidak akan menjejaskan kedudukan operator-operator kem serta jurulatihnya.
![Program TUBE tingkat belia bumiputera ceburi perniagaan - Dr Hamim Program TUBE tingkat belia bumiputera ceburi perniagaan - Dr Hamim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-10/71381131036_295x200.jpg)
Program TUBE tingkat belia bumiputera ceburi perniagaan - Dr Hamim
TUBE diharap akan dapat menyumbang kepada penglibatan lebih ramai lagi belia Bumiputera dalam bidang keusahawanan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Dr Hamim Samuri.