Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran Mara (YPM), Datuk Abdul Karim Mustafa menggesa kerajaan agar mewajibkan pihak yang menyediakan perkhidmatan khatan supaya mendapat latihan dan lesen yang diiktiraf daripada pihak berkuasa.
Beliau berkata di samping itu, peraturan dan undang-undang khusus perlu ada bagi mengawal selia perkhidmatan itu untuk mengelak kejadian tidak diingini terutama melibatkan kanak-kanak.
"Kita perlu ada satu langkah kawal selia supaya ibu bapa dapat menilai kepakaran dan kemampuan pihak yang mengkhatan anak-anak mereka. Kita juga tidak mahu ada sesetengah pihak menggunakan kesempatan lebih-lebih lagi pada masa cuti sekolah dalam meraih keuntungan dengan menawarkan khidmat berkhatan yang bukan bidang mereka," katanya.
Beliau yang juga Naib Ketua Bahagian UMNO Rasah berkata demikian ketika mengulas dua kejadian kemaluan kanak-kanak terpotong semasa berkhatan baru-baru ini, pada sidang media selepas Program Jelajah Bantuan Persekolahan Pelajar Miskin di Balai Raya Kampung Batu 3, Mambau dekat sini, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, beliau juga mencadangkan agar satu garis panduan khas berkaitan tuntutan insurans berkhatan diwujudkan bagi melindungi kanak-kanak yang menjalani proses tersebut.
"Ini kerana apabila berlaku kejadian terpotong kemaluan baru-baru ini sudah tentu mendatangkan trauma kepada kanak- kanak tersebut," katanya.
Abdul Karim turut mengingatkan ibu bapa agar menghantar anak-anak mereka berkhatan di tempat yang diiktiraf kerajaan demi keselamatan mereka.
Pada majlis itu, 200 beg dan baucar bernilai RM50 diedarkan kepada pelajar miskin di sekitar Parlimen Rasah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 01 2017

Ibu bapa diinbgatkan agar menghantar anak-anak mereka berkhatan di tempat yang diiktiraf kerajaan demi keselamatan mereka. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Wajibkan pihak penyedia perkhidmatan khatan supaya mendapat latihan dan lesen
Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Datuk Abdul Karim Mustafa menggesa kerajaan agar mewajibkan pihak yang menyediakan perkhidmatan khatan supaya mendapat latihan dan lesen yang diiktiraf.