SANDAKAN: Seorang ibu tetap cekal membawa anaknya yang menghidap kanser leukemia untuk mendapatkan rawatan walaupun berdepan kekangan kewangan.
Azimahwaty Polok berkata, anak lelakinya, Azhahrizwanshah Matzaini, 11 tahun, merupakan anak ketiga dari enam adik-beradik dan diingati sebagai seorang kanak-kanak yang aktif sejak kecil.
Namun menurutnya, pada suatu hari anaknya itu pernah jatuh pitam secara tiba-tiba semasa bermain dan mereka tidak menyangkakan bahawa itu sebenarnya petanda dia menghidap kanser.
“Beberapa bulan lalu dia juga pernah terjatuh dengan tiba-tiba ketika sedang beriadah.
“Dalam masa sama dia mengadu terlalu cepat penat apabila bersukan.
“Kami membawanya untuk membuat imbasan sinar-x tulang, namun selepas diperiksa dia dikatakan dalam keadaan baik,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Menurutnya, dalam masa sama, keadaan badan anaknya kelihatan susut dengan ketara.
“Kami kemudiannya mengambil keputusan untuk membawa dia ke hospital Sandakan sebelum disahkan menghidap kanser leukemia pada awal Julai ini.
“Petugas perubatan juga turut memaklumkan, anak saya perlu menjalani rawatan kemoterapi di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas, Kota Kinabalu,” katanya.
Azimahwaty yang juga penduduk Kampung Sungai Manila, Peringkat Satu, Sandakan, berkata, dari segi rawatan untuk kali pertama kos tidak perlu dibayar.
“Tetapi dari segi keperluan peribadi, kami perlu tanggung sendiri.
“Sebab itu saya membuat keputusan meminta bantuan memalui media sosial sebelum ini,” katanya.
Katanya, keadaan itu membuatkan dia resah kerana mereka tidak berkemampuan dan suaminya hanya bekerja sebagai tukang angkat barang dengan pendapatan bulanan kira-kira RM800 sebulan.
“Dia punya rawatan kemoterapi ni mungkin berpanjangan sampai dia mungkin boleh sembuh... walaupun keadaannya sekarang dikatakan tidak dapat dipastikan untuk sembuh.
“Hati anak saya sudah membengkak, dia punya paru-paru dan tulang pun mungkin sudah ada yang rosak, dan sekarang dia tidak boleh duduk.
“Kalaupun dapat duduk perlu minta bantuan tetapi jika tersalah pergerakan dia akan rasa sakit dan bibirnya juga sudah bengkak,” katanya.
Katanya, walaupun dalam keadaan sedemikian, anak lelakinya itu tidak pernah mengadu kesakitan walaupun kelihatan sering menitiskan air mata.
“Saya sangat memahami dia dan pasti dia tidak mahu saya bersedih sebab itu dia sentiasa memberitahu dia tidakpun berasa sakit.
“Anak saya tahu keadaan kami... sebab itu dia tidak mahu saya susah hati memikirkan keadaannya,” katanya.
Katanya, ketabahan anaknya itu membuatkan dia tetap berhajat untuk membawa anaknya membuat rawatan kemoterapi di Kota Kinabalu, walaupun berdepan masalah kewangan.
Justeru itu, mana-mana pihak ingin membantu keluarga berkenaan boleh menghubungi Azimahwaty di talian 014-333 0450.
Sumbangan juga boleh dikreditkan ke akaun BSN Azimahwaty Polok iaitu 1210341000135950.
Radhi Muslim
Fri Jul 23 2021
Menurut Azimahwaty, walaupun dalam keadaan sedemikian, anak lelakinya itu tidak pernah mengadu kesakitan walaupun kelihatan sering menitiskan air mata. - Astro AWANI
500 tan metrik kelapa sebulan di bawa masuk bermula Februari - KPKM
FAMA mengambil langkah proaktif bagi menangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian kelapa tua dari Indonesia.
Multilateralism: The key factor on climate control
Join Executive Director and Professor of Planetary Health at Sunway University, Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood, as she highlights how multilateralism drives global solutions for climate change and a sustainable future.
Agak mustahil pakej umrah bawah RM6,000
Berdasarkan situasi semasa, kos umrah yang ideal adalah antara RM6,000 dan RM7,000 serta akan meningkat pada cuti sekolah dan Ramadan.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Januari 2025
Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dari segi teknikal, ringgit berada di kedudukan terlebih jual yang mungkin menarik minat peniaga untuk membeli mata wang tempatan itu. Bagaimana prestasi ringgit berbanding dolar US setakat pagi ini?
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Januari 2025
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI pada pembukaan Rabu? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
US Chip War: Malaysia’s tech aspirations under pressure, what lies ahead?
As Malaysia sets its sights on becoming a global AI and semiconductor hub, Tier 2 classification and GPU import restrictions could be a roadblock. Will these challenges stifle its technological ambitions and deter global investors, or can Malaysia navigate its way to maintain its competitive edge in the global semiconductor supply chain?
YTL group akan labur £4 bilion di uk dalam tempoh 5 tahun
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Perjanjian gencatan senjata, Hamas puji sokongan Malaysia semasa krisis Gaza
Ahli biro politik Hamas Khalil al-Hayya memuji "pendirian terhormat" Malaysia dalam menyokong Palestin semasa konflik yang berterusan.
Lelaki ditemukan mati dalam longkang berdekatan rumah terbakar
Seorang lelaki ditemukan mati di dalam longkang berdekatan sebuah rumah yang musnah dalam kebakaran di Jalan Kok Tiong.
Terbuka India 2025: Aaron-Wooi Yik, Pearly-Thinaah mara pusingan 16 terbaik
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke pusingan kedua selepas mencatat kemenangan ke atas pasangan bukan pilihan dari Thailand.
CCAM rayu sokongan orang ramai selamatkan nyawa 14 kanak-kanak kanser
Persatuan Kanser Kanak-Kanak Malaysia (CCAM) merayu kepada orang ramai untuk memberikan sokongan dengan segera bagi menyelamatkan nyawa 14 kanak-kanak yang kini sedang berjuang melawan kanser.
Penyanyi 'Rasathi Unna Kanatha Nenju', P Jayachandran meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sepanjang kariernya, Jayachandran merakamkan lebih daripada 16,000 lagu dalam pelbagai bahasa termasuk Malayalam, Tamil, Telugu, Kannada dan Hindi.
Kanser bekas Presiden Uruguay merebak ke hati
Hasil pemeriksaan kesihatan terhadap bekas Presiden yang terkenal dengan gaya hidup sederhana itu mendapati metastasis daripada kanser esofagus.
Pakar bedah AS gesa amaran kanser untuk minuman alkohol
Minuman beralkohol disarankan untuk menyertakan amaran tentang risiko kanser pada labelnya.
Rawatan kanser Raja Charles berjalan lancar, akan diteruskan tahun depan
Pasukan perubatan Raja Charles sentiasa memantau dengan teliti jadual acara rasmi baginda sejak kembali kepada tugas awam.
Pelakon Lan Zailan meninggal dunia
Pelakon Lan Zailan disahkan meninggal dunia akibat kanser kira-kira pukul 4.21 pagi Khamis di PPUM.
Penyelidikan Australia kaitkan diet tidak sihat dengan kanser membawa maut
Penyelidikan terkini di Australia mendapati terdapat kaitan antara pemilihan diet yang tidak sihat dengan risiko kanser yang boleh membawa maut.
Hidup sejahtera menuju penuaan: Hadapi usia emas dengan yakin
DOSM melaporkan bahawa wanita secara amnya mempunyai jangka hayat lebih panjang berbanding lelaki dengan purata lima tahun lebih lama.
Pakar onkologi di Malaysia dijangka meningkat menjelang 2040
Sasaran itu mampu dicapai dengan penyertaan Malaysia dalam Fellowship of the Royal College of Radiologists (FRCR) dalam klinikal onkologi.
Indonesia lancar Pelan Pencegahan dan Kawalan Kanser
Indonesia secara rasmi melancarkan "Pelan Pencegahan dan Kawalan Kanser Kebangsaan 2024-2034" semasa pembukaan Persidangan Kanser Antarabangsa Indonesia (IICC) 2024 di Bali pada Khamis, lapor ANTARA.