Seorang peniaga membuat laporan polis mendakwa kehilangan wang simpanan RM33,000 selepas mengisi maklumat perbankan di aplikasi mudah alih kononnya milik Bank Negara Malaysia (BNM) seperti diarahkan 'pegawai polis' berpangkat Datuk.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, lelaki berusia 37 tahun itu mendakwa dihubungi suspek yang memperkenalkan diri sebagai anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Ahad lalu, berhubung siasatan cukai tertunggak.
Suspek lelaki itu dikatakan memberitahu mangsa bahawa namanya didaftarkan atas penubuhan sebuah syarikat yang perlu menjelaskan cukai berjumlah RM50,000 dan kes tersebut kononnya telah sampai ke peringkat atasan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.
"Mangsa mendakwa telah diarahkan untuk bercakap dengan kakitangan di IPK tersebut dan semakan terhadap nombor kad pengenalan mangsa dikatakan berkait dengan kes dadah menyebabkan dia diminta berurusan dengan pegawai atasan kononnya bergelar Datuk.
"Datuk itu dikatakan memberi pilihan untuk mangsa membenarkan semakan terhadap akaun bank miliknya atau dikenakan waran tangkap.
"Itu menyebabkan mangsa ketakutan lalu menyerahkan butiran perbankan miliknya kepada suspek," katanya kepada pemberita di sini, pada Selasa.
Mohd Wazir berkata, mangsa diberi alamat laman web 'MyBNM' yang dikatakan kononnya milik BNM dan diarahkan mengisi maklumat peribadi perbankan dalam talian dan akaun perniagaan miliknya, bagi tujuan siasatan.
Mangsa mendakwa 'Datuk' itu juga memintanya untuk menunggu hasil siasatan terhadap tiga akaun bank miliknya selain diarahkan untuk melaporkan diri menerusi pesanan WhatsApp di nombor yang diberikan setiap tiga jam.
Bagaimanapun, mangsa mula sedar diperdayakan apabila mendapati terdapat pemindahan wang dilakukan tanpa pengetahuannya dan 'Datuk' itu gagal memberi penjelasan apabila ditanya, menyebabkan mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Muadzam Shah, Rompin dekat sini, pada Isnin.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. - BERNAMA
Bernama
Tue May 19 2020
![Wang lesap lepas isi maklumat di aplikasi Bank Negara palsu Wang lesap lepas isi maklumat di aplikasi Bank Negara palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/41589851991_scmageneric.jpg)
Mangsa mula sedar diperdayakan apabila mendapati terdapat pemindahan wang dilakukan tanpa pengetahuannya.
![Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737330147_GazaPalestineHam.jpg)
Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan
![445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI 445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738770997_GobindSinghDeo.jpg)
445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.
![Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713608544_kementerianpendidik.jpg)
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
![Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737481124_TBBENDERAASEAN.jpg)
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
![Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713670650_padi.jpg)
Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.
![UTM sedia menerajui pembangunan AI negara UTM sedia menerajui pembangunan AI negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41619931419_UTM.jpg)
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
![FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71642351694_KelapaMentah.jpg)
FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi
FAMA Pahang tangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian bagi memastikan bekalan mencukupi terutama menjelang musim perayaan.
!['Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha 'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737583420_TBzaliha.jpg)
'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
![Berjuta lesap, akaun atlet pecut Usain Bolt kini hanya berbaki AS$12,000 Berjuta lesap, akaun atlet pecut Usain Bolt kini hanya berbaki AS$12,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61627363259_Usain.jpg)
Berjuta lesap, akaun atlet pecut Usain Bolt kini hanya berbaki AS$12,000
Bolt tidak membuat pengeluaran atau pemindahan daripada akaun itu, dan sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang jika wang itu tidak dikembalikan.
![Gagal jelaskan wang dalam akaun: 10 lelaki didenda RM1,000 Gagal jelaskan wang dalam akaun: 10 lelaki didenda RM1,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649845312_courtgavelmahkam.jpg)
Gagal jelaskan wang dalam akaun: 10 lelaki didenda RM1,000
Mereka gagal memberikan penjelasan mengenai wang berjumlah RM3.14 juta milik seorang guru swasta lelaki, dalam akaun bank mereka.
![Lelaki mengaku tidak bersalah tawar skim pelaburan tidak wujud Lelaki mengaku tidak bersalah tawar skim pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61626240203_SKIMPELABURANTIDAK.jpg)
Lelaki mengaku tidak bersalah tawar skim pelaburan tidak wujud
Iskandar Isahak mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini.
![Tiada arahan wajib 'Like', 'Share' media sosial menteri - KKMM Tiada arahan wajib 'Like', 'Share' media sosial menteri - KKMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41618999367_phonegeneric.jpg)
Tiada arahan wajib 'Like', 'Share' media sosial menteri - KKMM
Tiada sebarang arahan yang dikeluarkan oleh Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah seperti dakwaan yang tular di media sosial sejak semalam.
![Waspada! Ini amaran cara baharu penggodam peroleh akses ke WhatsApp anda Waspada! Ini amaran cara baharu penggodam peroleh akses ke WhatsApp anda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81610773691_WhatsApp.jpg)
Waspada! Ini amaran cara baharu penggodam peroleh akses ke WhatsApp anda
Penggodam boleh berulang kali meminta pengesahan pengesahan dua faktor pada akaun WhatsApp yang sekaligus akan membuatkan akaun digantung.
![Aplikasi Sugarbook: Pelajar kolej terkejut, kecewa gambar disalah guna Aplikasi Sugarbook: Pelajar kolej terkejut, kecewa gambar disalah guna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61613657191_Sugarbook.jpg)
Aplikasi Sugarbook: Pelajar kolej terkejut, kecewa gambar disalah guna
Seorang remaja perempuan membuat laporan polis di Kota Sarang Semut di sini, hari ini selepas mendapati gambarnya disalah guna dengan dimuat naik dalam aplikasi Sugarbook.
![Twitter gantung akaun kedutaan China di AS, dakwa kenyataan sokong kekejaman di Xinjiang Twitter gantung akaun kedutaan China di AS, dakwa kenyataan sokong kekejaman di Xinjiang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81611244947_TwitterUighurKed.jpg)
Twitter gantung akaun kedutaan China di AS, dakwa kenyataan sokong kekejaman di Xinjiang
Twitter menggantung akaun rasmi kedutaan China di Amerika Syarikat (AS) gara-gara satu ciapan mempertahankan polisi China terhadap etnik minoriti Muslim Uighur di Xinjiang.
![Joe Biden, pasukan pentadbiran secara rasmi ambil alih akaun Twitter @POTUS Joe Biden, pasukan pentadbiran secara rasmi ambil alih akaun Twitter @POTUS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71611212487_TwitterJoeBiden.jpg)
Joe Biden, pasukan pentadbiran secara rasmi ambil alih akaun Twitter @POTUS
Joe Biden dilaporkan sudah mengambil alih akaun media sosial @POTUS, iaitu akaun Twitter rasmi milik presiden negara berkenaan.
![Twitter menutup akaun Donald Trump Twitter menutup akaun Donald Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81608177543_DonaldTrump.jpg)
Twitter menutup akaun Donald Trump
Twitter Inc memaklumkan pada Jumaat telah menutup akaun Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bagi mengelak tercetusnya keganasan berterusan.
![Bagaimana ingin mengesan jika sesebuah akaun media sosial itu palsu? Bagaimana ingin mengesan jika sesebuah akaun media sosial itu palsu?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41607152133_fake.jpg)
Bagaimana ingin mengesan jika sesebuah akaun media sosial itu palsu?
Pernahkah anda berasa ragu-ragu dengan kewujudan sesebuah akaun di laman media sosial sehingga anda tertanya-tanya sama ada akaun tersebut palsu atau tidak?