BEIJING: China dan Britain wajar menjalankan serta meningkatkan pertukaran lawatan yang normal dalam pelbagai bidang dan kedua-dua negara diyakini mampu mendepani gangguan, mempamerkan kedinamikan serta berkembang ke arah lebih cerah, kata Menteri Luar China, Wang Yi.
Wang yang juga Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) berkata demikian dalam pertemuan empat mata dengan rakan sejawatnya dari Britain, James Cleverly, di sini, pada Rabu.
Kata beliau, China sentiasa mementingkan kedudukan Britain sebagai sebuah negara besar dan peranannya yang istimewa, serta kekal komited untuk mengembangkan hubungan bilateral yang stabil dan saling menguntungkan.
Wang turut berpandangan bahawa kerjasama China-Britain kekal berpengaruh di peringkat global, manakala dialog dan kerjasama merupakan kunci, serta pilihan utama dasar China terhadap Britain.
"Tatkala berhadapan situasi antarabangsa yang tidak menentu, China dan Britain selaku anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) perlu bertanggungjawab sebagai negara besar untuk bekerjasama mengatasi cabaran sejagat, serta memelihara kedamaian dan kestabilan dunia.
"Sebagai rakan strategik komprehensif, kita (China-Britain) sepatutnya menghargai sumbangan pemimpin kedua-dua negara dan pelbagai lapisan masyarakat, serta mendorong hubungan dua hala berkembang ke depan," kata beliau.
Tambah Wang, kedua-dua negara dengan ekonomi yang besar itu juga sepatutnya mempertingkatkan penyelarasan dasar makro bagi menyuntik momentum kepada pemulihan ekonomi dunia.
"Selain itu, kedua-dua pihak diharap dapat meningkatkan pertukaran lawatan dan saling mempelajari, menjalankan dialog tamadun untuk berperanan konstruktif bagi mengurangkan perselisihan dan konflik antara manusia," kata Menteri Luar itu.
Dalam pertemuan itu, Wang turut menyatakan pendirian China berkait isu Taiwan dan berharap Britain menghormati kepentingan teras China serta dasar Satu China.
Cleverly dalam ucapannya, menghargai pencapaian China dalam usaha membasmi kemiskinan, mewujudkan kemakmuran negara dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara lain dan dunia.
Beliau menganggap bahawa hubungan dua hala yang kondusif bukan sahaja telah memberi galakan kepada rakyat kedua-dua negara, bahkan juga dunia.
"Pendirian kerajaan Britain dalam masalah Taiwan juga tidak berubah iaitu mengakui dasar Satu China.
"Britain komited untuk meningkatkan komunikasi dengan China, bertindak dengan aktif untuk menyelesaikan masalah dan menambah persefahaman.
"Perusahaan dari Britain juga berharap menjalankan lebih banyak kerjasama dengan China," kata Cleverly.
Beliau turut berpandangan bahawa kerajaan kedua-dua negara harus berusaha bersama untuk mengeratkan hubungan ekonomi dan perdagangan, meningkatkan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi, kecerdasan buatan (AI), serta sumber tenaga hijau.
Difahamkan, kedua-dua pihak saling bertukar-tukar pendapat mengenai urusan serantau dan antarabangsa termasuk krisis Ukraine dan isu nuklear Semenanjung Korea.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 31 2023

Wang Yi berkata, China sentiasa mementingkan kedudukan Britain sebagai sebuah negara besar dan peranannya yang istimewa. - Gambar fail

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

Malaysia ada tempat istimewa di hati penduduk Gaza - Mahasiswa Palestin
Pelajar Gaza di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Asim S. M. Alamssi, berkongsi perasaan mendalam terhadap Malaysia yang dihargai oleh penduduk Gaza.
Perisikan Jerman: COVID-19 mungkin bocor dari makmal Wuhan
Pada tahun 2020, Agensi Perisikan Asing Jerman (BND) menganggarkan dengan kebarangkalian 80 hingga 90 peratus bahawa koronavirus yang mencetuskan pandemik COVID-19 telah dilepaskan secara tidak sengaja dari Institut Virologi Wuhan di China. Menurut laporan media tempatan Jerman, BND mempunyai petunjuk mengenai eksperimen "gain-of-function" di institut tersebut.

5,272 belia bankrap sejak 2020
Sebanyak 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Mark Carney angkat sumpah PM baharu Kanada Jumaat ini
Mark Carney akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kanada pada hari Jumaat, menggantikan Justin Trudeau. Beliau mengambil alih kepimpinan ketika Kanada berdepan perang perdagangan dengan AS dan persiapan pilihan raya.
Api kuali musnahkan khemah peniaga Bazar Ramadan
Insiden yang berlaku sekitar jam 5 petang itu tular di TikTok, menunjukkan khemah jualannya musnah dalam kebakaran.
Walaupun dalam keadaan panik, peniaga dikenali Alif itu sempat menyelamatkan diri.
Walaupun dalam keadaan panik, peniaga dikenali Alif itu sempat menyelamatkan diri.
Muat naik kandungan 3R, lelaki disiasat MCMC
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyiasat seorang lelaki tempatan, 47 tahun yang disyaki memuat naik kandungan palsu berunsur 3R.
Suspek menyentuh sensitiviti agama menerusi akaun Facebook miliknya.
Suspek menyentuh sensitiviti agama menerusi akaun Facebook miliknya.

Pulau Pinang terima penerbangan terus dari sebuah bandar di China suku kedua 2025 - Exco
Pulau Pinang mengalu-alukan laluan penerbangan terus baharu dari sebuah bandar utama di China yang dijangka bermula pada puncak musim perjalanan Minggu Emas Hari Pekerja di China.
Perbelanjaan baiki tandas sekolah cecah RM1 bilion
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, masalah infrastruktur sekolah di negara ini antara perkara awal yang menjadi keutamaan ketika diberi tanggungjawab memegang portfolio Menteri Kewangan.
Ramadan tekankan kesedaran bantu golongan kurang bernasib baik
Bulan Ramadan menekankan pentingnya tanggungjawab termasuk kesedaran tambahan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik termasuk jiran, kariah dan rakan sekeliling.

Usaha perlu diperkasa eratkan hubungan China-Jepun - Wang Yi
Wang Yi berkata, kedua-dua pihak perlu menjana impak sosial dalam suasana proaktif, terutamanya menyokong pertukaran antara kumpulan pemikir.

Wang Yi adakan pertemuan dengan rakan sejawatan dari Britain
Wang Yi berkata, China sentiasa mementingkan kedudukan Britain sebagai sebuah negara besar dan peranannya yang istimewa.

China anjur dialog mengenai isu Afghanistan
Wang Yi berkata, adalah penting untuk mengekalkan kerjasama dan kesamarataan, di samping menentang konfrontasi dan hegemoni.

China yakin Malaysia berkembang maju di bawah kepimpinan Dr Mahathir
China, sebagai sahabat baik Malaysia, gembira melihat kemajuan yang dicapai oleh Malaysia.