KUALA LUMPUR: Seorang wanita dan dua lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dengan kes curi sport rim dan tayar kereta di sebuah bengkel di Industrial Park, Ampang, semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak dalam kenyataan hari ini berkata polis turut merampas satu tayar bersama sport rim yang dipercayai barang kes yang hilang, tiga telefon bimbit serta dua kereta jenis Proton Wira Aeroback dan Proton Wira yang digunakan semasa kejadian.
Beliau berkata pihaknya menerima aduan daripada pekerja bengkel itu bahawa kesemua tayar serta sport rim kereta jenis Honda Accord milik pelanggan telah dicuri semasa hendak membuka bengkel pada 24 Mei lepas.
"Suspek berumur 23 hingga 33 tahun itu juga mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah. Mereka direman hingga 7 Jun ini untuk siasatan mengikut Seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan kerana mencuri komponen kenderaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 04 2022

Suspek berumur 23 hingga 33 tahun itu juga mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah. - Gambar hiasan

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Kanada akan mengenakan tarif timbal balas sebanyak 25 peratus ke atas import tambahan bernilai US$29.8 bilion dari Amerika Syarikat (AS),

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.

Wanita antara tiga ditahan curi komponen kereta
Seorang wanita dan dua lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dengan kes curi sport rim dan tayar kereta di sebuah bengkel di Industrial Park, Ampang, semalam.