KUALA LUMPUR: Seramai tiga suspek termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah dalam serbuan berasingan di sekitar Jinjang, di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kesemua suspek ditahan oleh anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Daerah Sentul dalam satu operasi yang bermula pada jam 3.30 petang.
"Sekitar jam 3.30 petang hingga 4.40 petang, BSJN Daerah Sentul telah menahan dua orang lelaki dan seorang wanita tempatan berusia antara 48 hingga 57 tahun.
"Pemeriksaan ke atas ketiga-tiga suspek telah menjumpai dadah jenis heroin masing-masing seberat 18.40 gram, 18.48 gram dan 19.30 gram dipercayai untuk dijual kepada pelanggan di kawasan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Eng Lai berkata, turut dirampas wang tunai bernilai RM43 manakala berat keseluruhan dadah yang dirampas berjumlah 56.18 gram.
Tambahnya, hasil semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod lampau dan ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis morfin, amphetamine, dan methamphetamine.
"Suspek pertama mempunyai 26 rekod jenayah dadah, suspek kedua 10 rekod jenayah dadah dan suspek ketiga 12 rekod jenayah dadah.
"Dengan tangkapan ini polis berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai bergiat aktif sejak bulan Jun lalu," katanya.
Menurutnya, kesemua suspek direman selama enam hari bermula Ahad dan kes disiasat di bawah Seksyen 29B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Oct 04 2021

Seramai tiga suspek termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah dalam serbuan berasingan di sekitar Jinjang pada Ahad. -Gambar hiasan
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Polis tahan pengedar, rampas hampir 20 kg dadah di Ipoh
Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki mengedar dadah serta merampas hampir 20 kilogram (kg) dadah di Meru, di sini, pada Selasa lepas.

Indonesia bebaskan lima rakyat Australia ahli pengedar dadah ‘Bali Nine’
Pembebasan itu dicapai selepas Canberra mencapai perjanjian dengan Indonesia untuk menamatkan hukuman penjara selama dua dekad di luar negara.

Polis lepas tiga tembakan, seorang lelaki ditahan
Polis melepaskan tiga das tembakan ke arah tayar sebuah kereta dipandu seorang lelaki dipercayai pengedar dadah di kawasan sebuah apartment di Johor Bahru.

Dua lelaki diberkas ketika urus niaga 54kg ganja tepi jalan
Seorang pemandu peribadi dan pekerja kedai makan diberkas kerana disyaki mengedar 51 ketulan mampat ganja bernilai RM168,020.

Lelaki didakwa edar 63.48 kilogram kanabis
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 63.48 kilogram, awal bulan ini.

Pengedar letak tanda untuk jual dadah
Tindakan itu dipercayai digunakan untuk penjualan kesemua jenis dadah berkenaan di salah satu lokasi tanah lot di Taman Sentosa.

Polis Terengganu rampas dadah RM4.47 juta sepanjang 2023
Polis Terengganu berjaya merampas pelbagai jenis dadah keseluruhan bernilai RM4.47 juta sepanjang 2023.

Banduan tawan 139 pengawal, kakitangan penjara di Ecuador
Kira-kira 125 pengawal penjara dan 14 pegawai pentadbiran dijadikan tawanan oleh banduan di lima penjara di Ecuador ekoran rusuhan dan pemberontakan yang tercetus pada Isnin, lapor Xinhua.

Hukuman gantung bekas mekanik, pasangan bersalah edar dadah diganti penjara
Seorang bekas mekanik dan seorang bekas jurusolek yang didapati bersalah atas dua pertuduhan mengedar dadah, terlepas daripada hukuman gantung hari ini.

Edar dadah, bapa anak satu dipenjara seumur hidup, 15 sebatan
Lelaki terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana mengedar dadah jenis kanabis seberat 495.2 gram, tiga tahun lalu.