PONTIAN: Seorang wanita sanggup membawa lari tiga anak yang masih kecil ke Kluang untuk mengugut suaminya sendiri dibantu teman lelakinya bagi mendapatkan wang sebanyak RM2,000.
Sebelum itu tular di media sosial, hebahan meminta bantuan orang ramai mengesan seorang wanita dan tiga kanak-kanak terbabit yang didakwa tidak sampai ke kampung halaman di Kota Tinggi dengan menaiki bas.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, suami suspek berusia 41 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan telah membuat laporan polis pada jam 9.47 malam Jumaat.
Menurutnya, laporan polis itu dibuat susulan mesej yang diterima di aplikasi WhatsApp daripada nombor yang tidak dikenali meminta wang RM2,000 sekiranya mahu isteri dan anaknya pulang ke pangkuan keluarga.
"Sebelum itu pada 25 Julai, si suami menghantar isterinya berusia lingkungan 30-an bersama tiga anaknya ke perhentian bas di Kampung Sepakat Jaya, Pekan Nanas untuk pulang ke kampung di Kota Tinggi.
"Bagaimanapun isterinya gagal dihubungi selepas itu. Ibu mentua yang dihubungi pula, memberitahu isteri dan anak-anaknya tidak ada di Kota Tinggi.
“Keesokannya harinya, si suami yang berada di rumah telah menerima ugutan melalui WhatsApp daripada nombor yang tidak dikenali meminta sejumlah wang sekiranya mahu isteri dan anaknya pulang," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Menurut Mohammad Shofee, bertindak atas maklumat dua serbuan dilakukan di dua lokasi berasingan di Kluang pada malam Sabtu.
"Ketika ditahan, si isteri bersama dua anak perempuan dan seorang anak lelaki berusia tiga hingga 12 tahun berada dalam keadaan selamat di sebuah hotel di Kluang.
"Teman lelakinya berusia lingkungan 40-an yang bekerja sebagai peniaga ditahan di sebuah rumah di Kluang," katanya.
Tambahnya, ujian saringan air kencing kedua-dua suspek didapati negatif dan kini ditahan reman selama empat hari sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 358 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman tersebut," katanya.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 28 2024

Seorang wanita sanggup membawa lari tiga anak yang masih kecil untuk mengugut suaminya. - Gambar hiasan

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

Larikan anak: Bapa saman bekas isteri, kerajaan, tuntut ganti rugi RM25 juta
Seorang bapa memfailkan saman terhadap bekas isterinya, kerajaan dan lima pihak lagi berhubung dakwaan dua anaknya dilarikan ke New Zealand, empat tahun lalu.