BATU PAHAT: Tindakan seorang wanita menunjukkan aksi 'wheelie' sebuah motosikal dengan dibonceng seorang lelaki hingga menjadi tular dalam media sosial membawa padah apabila ditahan polis pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata wanita berusia 21 tahun tersebut dan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan di rumah masing-masing di Jalan Pantai di sini.
"Sebuah motosikal juga disita.
"Tangkapan dibuat selepas Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat mengesan satu video memaparkan aksi itu dalam laman sosial pada jam 2.30 petang semalam (Jumaat).
"Siasatan mendapati aksi 'wheelie' yang berdurasi selama 31 saat berlaku pada 4.45 petang, 10 Mei lalu di Jalan Dato' Syed Esa di sini," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Sabtu.
Katanya, kedua-dua tangkapan tersebut kemudian dibebaskan dengan ikat jamin.
Jelasnya, siasatan lanjut dilakukan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Pindaan 2020).
Beliau berkata, jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih lima tahun dan denda RM5,000 hingga RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun.
Pihak polis, katanya, menasihatkan pengguna jalan raya supaya tidak melakukaj aksi-aksi yang boleh membahayakan nyawa sendiri atau orang lain, ibu bapa juga perlu memantau anak-anak mereka.
Artikel asal di Sinar Harian: Wanita buat aksi 'wheelie' ditahan polis
Sinar Harian
Sat May 22 2021
![Wanita buat aksi 'wheelie' ditahan polis Wanita buat aksi 'wheelie' ditahan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61621648136_Wanitawheelie.jpg)
Seorang wanita yang melakukan aksi 'wheelie' hingga tular dalam media sosial ditahan polis di rumahnya di Jalan Pantai, Batu Pahat pada Jumaat. -Foto Sinar Harian
![Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan - Ahmad Samsuri Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan - Ahmad Samsuri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739960236_TengkuMuhammadIsma.jpg)
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan - Ahmad Samsuri
Industri pembinaan pesawat ringan bakal bertapak di Terengganu apabila memorandum persefahaman (MoU) mengenai perkara ini dijangka dimeterai dalam masa terdekat.
Kerajaan Indonesia optimis pertumbuhan perdagangan
Sehingga kini, 19 perjanjian perdagangan telah dilaksanakan, 10 perjanjian perdagangan lain telah ditandatangani atau disahkan,16 sedang dalam proses rundingan, dan enam lagi di luar perjanjian perdagangan bebas dan perjanjian perkongsian ekonomi komprehensif sedang diproses.
UUM terajui program mobiliti pelajar ASEAN
Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menerajui Program Mobiliti Pelajar ASEAN sempena penganjuran Pameran dan Forum Universiti ASEAN 2025 (AEF2025) yang akan berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada 24 dan 25 Feb ini.
Pelaksanaan RCEP, memperkukuh integrasi ekonomi ASEAN
ASEAN perlu menekankan integrasi ekonomi yang lebih mendalam, pengukuhan rantaian bekalan serantau dan sumbangan kepada pembangunan ekonomi global sebagai keutamaan bersama.
Biodiesel: Indonesia kaji campuran 50 peratus biodiesel
Pengeluar minyak sawit terkemuka dunia itu tahun ini meningkatkan campuran mandatori minyak sawit dalam biodiesel kepada 40 peratus (B40) daripada 35 peratus untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api diesel yang diimport.
Pelita Raya: Penyertaan Thailand, Singapura bakal meriahkan acara
Singapura dan Thailand telah bersetuju untuk menghantar wakil bagi memeriahkan program selama empat hari yang dijadualkan bulan depan itu.
Laos berhasrat majukan kawasan gunung berapi jadi tarikan
Usaha menaik taraf tapak gunung berapi yang tidak pernah meletus itu sedang dalam perancangan, dan ia disasarkan menjadi satu daya tarikan pelancongan.
AS kecam tindakan provokasi China ke atas Filipina
Duta Amerika Syarikat ke Filipina, Marykay Carlson mengecam tindakan china yang dianggap mendatangkan bahaya kepada juruterbang dan penumpang dalam pesawat peronda kerajaan Filipina di Laut China Selatan.
Filipina dakwa helikopter China lakukan provokasi
Pengawal Pantai Filipina mendakwa sebuah helikopter milik China melakukan penerbangan secara berbahaya di kawasan terumbu karang yang dipertikaikan di Laut China Selatan pada Selasa.
200 warga China akan dihantar pulang pada Khamis
China akan menghantar pulang 200 warganya yang terlibat dalam sindiket penipuan pekerjaan di sempadan Myanmar-Thailand.
![Pasangan remaja mengaku bersalah lakukan aksi 'wheelie' Pasangan remaja mengaku bersalah lakukan aksi 'wheelie'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683268791_aksiwheelie.jpg)
Pasangan remaja mengaku bersalah lakukan aksi 'wheelie'
Sepasang remaja berusia 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Khas Trafik Kuantan atas tuduhan melakukan aksi 'wheelie' pada Mac lepas.
![Remaja lelaki laku aksi 'wheelie' direman, teman wanita bebas Remaja lelaki laku aksi 'wheelie' direman, teman wanita bebas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683005527_AksiWheelieDitahan.jpg)
Remaja lelaki laku aksi 'wheelie' direman, teman wanita bebas
Remaja lelaki yang menetap di Kampung Balok direman selama empat hari hingga 5 Mei ini.
![Padah buat 'wheelie', dua lelaki ditahan Padah buat 'wheelie', dua lelaki ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681025412_Padahbuatwheelie.jpg)
Padah buat 'wheelie', dua lelaki ditahan
Dua lelaki tersebut dikesan hasil Op Samseng Jalanan di kawasan Lurah Semantan, Jalan Ahmad Shah, Jalan Tun Ismail dan Jalan Pak Sako yang bermula jam 1.30 dan berakhir pada 6 pagi.
![Padah aksi 'wheelie', dua remaja ditahan Padah aksi 'wheelie', dua remaja ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61651976164_Padahaksiwheelie.jpg)
Padah aksi 'wheelie', dua remaja ditahan
Dua remaja tersebut dikesan melakukan aksi berbahaya itu ketika pasukan Skuad 42 IPK Terengganu membuat risikan dan pemantauan.
![Remaja buat aksi 'wheelie' ditahan polis Remaja buat aksi 'wheelie' ditahan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41637702508_WHEELIE.jpg)
Remaja buat aksi 'wheelie' ditahan polis
Remaja yang berusia 19 tahun itu ditahan di rumahnya di Tumpat, Kelantan kira-kira jam 7.05 petang pada Isnin.
![Pelajar antara lima ditahan buat aksi 'wheelie' Pelajar antara lima ditahan buat aksi 'wheelie'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81630743092_LogoPDRM.jpg)
Pelajar antara lima ditahan buat aksi 'wheelie'
Semua tangkapan dan motosikal masing-masing di bawa ke Balai Trafik Port Dickson bagi siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987.
![Lokasi 'mat rempit' berlumba diserbu, 4 remaja ditahan Lokasi 'mat rempit' berlumba diserbu, 4 remaja ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81622340900_REMPITTGANU.jpg)
Lokasi 'mat rempit' berlumba diserbu, 4 remaja ditahan
Kesemua mereka yang berusia 15 hingga 17 tahun itu diberkas di susur keluar Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) Bukit Payong-Telemong, Marang pada Khamis.
![Wanita buat aksi 'wheelie' ditahan polis Wanita buat aksi 'wheelie' ditahan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61621648136_Wanitawheelie.jpg)
Wanita buat aksi 'wheelie' ditahan polis
Wanita berusia 21 tahun tersebut dan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan di rumah masing-masing di Jalan Pantai.
!['Ingat Allah, ajak kawan imarahkan masjid' - Kaki wheelie ditegur nazir 'Ingat Allah, ajak kawan imarahkan masjid' - Kaki wheelie ditegur nazir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/61535367201_WHEELIE.jpg)
'Ingat Allah, ajak kawan imarahkan masjid' - Kaki wheelie ditegur nazir
Melalui video yang berdurasi satu minit itu telah mendapat 226,346 views sehingga jam 4 petang tadi.