SEREMBAN: Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Sembilan menyelamatkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi kerja di sebuah rumah di Port Dickson, dua hari lepas.
Pengarah JTK negeri Roslan Bahari berkata mangsa berusia 40 tahun itu, yang bekerja di rumah berkenaan sejak enam bulan lepas diselamatkan menerusi Op Sauvetage pada 9.30 malam berdasarkan aduan diterima daripada Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) Kuala Lumpur.
Beliau berkata wanita itu mendakwa gajinya tidak dibayar pada Nov dan Dis lepas atas alasan membayar balik kos membawa mangsa masuk ke negara ini dan hanya dibayar penuh bermula Jan lepas.
"Siasatan mendapati wujud indikator buruh paksa ke atas wanita itu dengan dia tidak bebas keluar sama ada dalam rumah atau luar rumah serta urusan permit juga dilewatkan sebagai langkah mengelakkannya lari, selain perlu bekerja 16 jam sehari.
"Ini merupakan tindakan manipulasi yang menakut-nakutkan mangsa dan dia turut tidak dibenarkan solat, berpuasa dan dipaksa memakan daging tidak halal sedangkan majikan cakna akan agama yang dianutinya," katanya kepada pemberita di pejabat JTK negeri di sini hari ini.
Roslan berkata mangsa juga mendakwa dia ditawarkan untuk bekerja sebagai tukang cuci, tetapi sebaik tiba di rumah berkenaan dia perlu melakukan kerja pembantu rumah untuk keluarga majikan selain perlu mengemas rumah kenalan majikannya di sekitar kawasan itu.
Susulan itu, katanya majikan mangsa berusia 47 tahun yang tinggal di Kuala Lumpur, dipanggil untuk membantu siasatan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Pindaan 2022).
Beliau berkata mangsa seterusnya ditempatkan di rumah perlindungan di Kuala Lumpur sementara menunggu untuk dihantar pulang ke negara asal dengan kerjasama pihak kedutaan.
Roslan tidak menolak kemungkinan terdapat lagi kes seperti itu di negeri ini, selain menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu melaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan segera.
Menurutnya JTK negeri tidak akan sesekali berkompromi dalam isu melibatkan pelanggaran mana-mana akta oleh majikan dan operasi penguatkuasaan akan terus dilaksanakan bagi memastikan keharmonian industri perburuhan negara terpelihara serta bebas daripada budaya buruh paksa.
Beliau berkata setakat tahun lepas, seorang lelaki warga India dan wanita Indonesia turut diselamatkan dan telah dihantar ke negara asal masing-masing selepas terlibat dalam kes seumpama itu di daerah ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 19 2023

Mangsa seterusnya ditempatkan di rumah perlindungan di Kuala Lumpur sementara menunggu untuk dihantar pulang ke negara asal dengan kerjasama pihak kedutaan. - Gambar Sinar Harian

Topik AI perlu diintegrasi dalam kurikulum pendidikan peringkat rendah hingga tinggi
Kerajaan perlu mengintegrasikan topik kecerdasan buatan (AI) dan sains data ke dalam kurikulum pendidikan di peringkat rendah sehingga pendidikan tinggi.

Johor tambah 80 hektar sawah, tingkatkan pengeluaran padi negara
Kerajaan negeri menyasarkan penambahan kawasan sawah baharu seluas 80 hektar tahun ini dan tahun depan, dalam usaha meningkatkan pengeluaran dan menyumbang kepada peningkatan SSR padi negara.

10 Rang Undang-Undang termasuk Perkhidmatan Parlimen diluluskan sidang Dewan Rakyat kali ini
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 yang berakhir hari ini telah meluluskan 10 rang undang-undang termasuk kelulusan bersejarah Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025.
Pantau Agenda Reformasi: Cip AI buatan Malaysia, sejauhmana kita bersedia?
Perbincangan mengenai Cip AI buatan Malaysia, sejauhmana kita bersedia? Di dalam Pantau Agenda Reformasi bersama Prof Dr Amir Akramin Shafie, Timbalan Rektor (Inovasi dan Kebertanggungjawaban Penyelidikan) UIAM, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Dua anggota DBKL dicederakan penjaja tidak berlesen
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan dua anggota penguat kuasanya cedera ketika menjalankan tugas pemantauan di Bazar Ramadan dan Aidilfitri di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Benteng.
#AWANIRingkas 6 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 6 Mac 2025
1️⃣ Dewan Rakyat labuh tirai, 10 RUU diluluskan
2️⃣ Enam jenis ubat dirampas dari rumah Ridz Okumura
3️⃣ Polis Thailand tahan 100 suspek didakwa terlibat sindiket
#awaniringkas
1️⃣ Dewan Rakyat labuh tirai, 10 RUU diluluskan
2️⃣ Enam jenis ubat dirampas dari rumah Ridz Okumura
3️⃣ Polis Thailand tahan 100 suspek didakwa terlibat sindiket
#awaniringkas

PDRM siasat video hina agama Islam
Polis sedang menyiasat sebuah video yang tular di laman sosial sejak semalam yang didakwa menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap agama Islam.

Ejen haram warga asing tumpas, enam individu ditahan termasuk majikan - Imigresen
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan ejen haram warga asing dengan menahan enam individu dalam satu operasi khas di tiga lokasi.

Ejen insurans rugi lebih RM1.5 juta terperdaya skim pelaburan berkaitan judi
Seorang ejen insurans kerugian kira-kira RM1.58 juta selepas mendakwa diperdayakan sindiket skim pelaburan berkaitan kegiatan perjudian di Singapura, tahun lepas.
Dialog Tiga Penjuru: Wanita tidak celik hal kewangan?
Realitinya, adakah benar wanita khususnya golongan B40 berdepan masalah kurangnya pengetahuan tentang hak kewangan di bawah undang-undang Syariah Malaysia?
Kekangan birokrasi dan tekanan sosial punca halang wanita dapat hak yang sewajarnya? Apa cara nak lindungi hak kewangan wanita?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Kekangan birokrasi dan tekanan sosial punca halang wanita dapat hak yang sewajarnya? Apa cara nak lindungi hak kewangan wanita?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam

"Yulia bukan pembantu rumah, dia sebahagian daripada keluarga kami"
Rafidah Partiman dan Ahmad Hakimi Tajuk Arus antara majikan bertuah yang pernah menerima kehadiran pembantu rumah yang bertanggungjawab.

Lebih 41,000 pendatang asing tanpa izin ditahan setakat 13 November lepas - KDN
Seramai 41,073 pendatang asing tanpa izin telah ditangkap menerusi 17,745 operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di seluruh negara, setakat 13 Nov lepas.

Dera pembantu rumah, dua beranak ditahan
Mangsa mendakwa telah dicederakan oleh dua wanita tersebut menggunakan tukul, pengepit besi serta seterika panas.

Beri anak majikan makan steroid agar kanak-kanak itu kekal gemuk
Dia bertindak sedemikian hanya sekiranya kanak-kanak itu tidak mahu makan makanan yang disajikannya.

Dr Say, polis serbu bilik pembantu rumah, kantoi dua lelaki menyorok dalam selimut
"Saya layan seperti manusia, tapi layanan binatang mereka beri..."

Lelaki, dua pembantu rumah ditahan disyaki edar dadah
Polis menahan seorang lelaki dan dua wanita pembantu rumah warga asing serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM16,308 dalam serbuan di sebuah rumah di Simpang Ampat, Sabtu lepas.

Amah bukan 'punching bag' untuk lepaskan geram - Hakim
Seorang akauntan wanita dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan didenda RM12,000 atas pertuduhan mengekplotasi dan mencederakan pembantu rumah warga Indonesia sekitar Februari hingga Mei 2021.

Empat ahli keluarga Hinduja dijatuhi hukuman penjara kerana eksploitasi pembantu rumah
Keluarga Hinduja membayar gaji rendah dan menyekat kebebasan pekerja yang diambil terus dari India untuk bekerja di rumah mewah mereka di Lake Geneva.

73 mangsa diselamatkan, 113 ahli sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Tujuh puluh tiga individu termasuk tiga orang kurang upaya (OKU) diselamatkan daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia yang dieksploitasi menjadi buruh paksa.

Polis selamatkan 17 wanita Indonesia disyaki mangsa pemerdagangan manusia
Polis berjaya menyelamatkan 17 wanita warga Indonesia yang disyaki menjadi mangsa pemerdagangan manusia dalam serbuan di sebuah asrama syarikat perkhidmatan pembantu rumah di Shah Alam.