MELAKA: Polis Melaka menerima 14 laporan polis berhubung seorang wanita Kemboja yang mengeluarkan kata-kata menyentuh sensitiviti masyarakat Melayu baru-baru ini.
Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, laporan itu dibuat pelbagai pihak selepas sebuah video berdurasi satu minit tujuh saat dimuat naik oleh seorang pemilik akaun yang memaparkan wanita terbabit telah mengatakan Melayu malas pada Ahad lalu.
Menurutnya, susulan laporan polis berkenaan, Jabatan Siasatan Jenayah Melaka telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan sesuatu kaum.
"Kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Polis juga menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai rakaman video memaparkan wanita yang menjalankan perniagaan jahitan pukal itu sedang mengadakan penstriman langsung di sebuah gedung pakaian Muslimah.
Menerusi rakaman itu dia mendakwa orang Kemboja lebih pandai dan rajin berniaga berbanding Melayu yang malas. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Nov 21 2023

Video yang tular di media sosial. Gambar kecil: Zainol - Foto Sinar Harian

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.

Kontroversi 'Melayu malas': Mak Cik Kemboja, anak mengaku tidak bersalah
Usahawan berketurunan Kemboja dan anak lelakinya yang terbabit dalam kontroversi kenyataan mendakwa orang Melayu malas menerusi aplikasi TikTok baru-baru ini, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh.

Menemplak tanggapan: Bukan semua kaum Melayu malas, Cina tamak, India pemabuk
Stereotaip kaum boleh dikatakan sebagai sifat manusia yang wujud sejak dahulu kala lagi, lebih-lebih lagi, dalam masyarakat berbilang kaum seperti negara kita.