BATU PAHAT:Seorang wanita maut selepas tergelincir ke dalam gaung sedalam 80 meter ketika sedang mendaki Bukit Banang, di sini, hari ini.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Fauzi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian menimpa Aina Nabila Yusof, 20, pada 11.34 pagi tadi.
"Seramai 16 anggota bersama sebuah jentera dan dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Penggaram serta Batu Pahat bergegas ke lokasi kejadian selepas mendapat panggilan berhubung seorang individu jatuh ke dalam gaung.
"Aina Nabila difahamkan mendaki bukit itu bersama seorang rakan. Difahamkan, kejadian itu turut dilihat sekumpulan pendaki lain dan kemudian menghubungi bomba," katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Mohd Fauzi berkata pihak bomba menggunakan sistem tali untuk membawa mangsa keluar dan telah disahkan meninggal dunia sejurus berjaya dibawa keluar pada pukul 3.46 petang oleh pegawai perubatan yang turut berada di lokasi terbabit.
Mayat wanita itu diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi menyelamat oleh bomba kemudian tamat sepenuhnya pada kira-kira 5.20 petang, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 14 2020
Mangsa disahkan meninggal dunia sejurus dibawa keluar pada pukul 3.46 petang oleh pegawai perubatan. -JBPM
Koridor Netrazim masih ditutup untuk penduduk Gaza
Penduduk Gaza yang dipindahkan memutuskan untuk bermalam berhampiran Wadi Gaza pada Ahad bagi menunggu pembukaan koridor Netzarim untuk kembali ke bahagian utara Semenanjung Gaza.
Netanyahu ucap terima kasih kepada Trump
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengucapkan terima kasih kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Ucapan itu disampaikan kerana Amerika Syarikat memberi Israel kelengkapan yang diperlukan untuk mempertahankan diri.
Ucapan itu disampaikan kerana Amerika Syarikat memberi Israel kelengkapan yang diperlukan untuk mempertahankan diri.
Putin dakwa konflik Ukraine tidak berlaku jika Trump terajui White House lebih awal
Moscow tidak pernah menolak peluang untuk berhubung dengan pentadbiran AS.
Sinner muncul juara perseorangan lelaki Terbuka Australia
Pemain Itali, Jannik Sinner merangkul gelaran Terbuka Australia buat kali kedua berturut-turut pada Ahad.
Elton John beri amaran perancangan AI ancam pendapatan artis, sokong McCartney
Penggunaan bahan dengan hak cipta untuk melatih model kecerdasan buatan kini menjadi subjek perundingan Kerajaan UK.
Pesawat menuju Turkiye mendarat semula di Uganda atas langkah keselamatan
Pesawat A333 itu selamat mendarat semula di Lapangan Terbang Antarabangsa Entebbe pada pukul 10.50 pagi waktu tempatan.
Jawatan Yang Dipertua, empat pemimpin utama PBB tidak dipertandingkan - Nanta
Borang penamaan calon untuk tujuh jawatan Naib Yang Dipertua serta 30 ahli majlis kerja tertinggi akan mula diedarkan beberapa hari lagi.
Filipina ambil tindakan terhadap 2,765 anggota polis bermasalah pada 2024
Filipina telah mengambil tindakan disiplin terhadap 2,765 anggota polis sepanjang 2024, dengan 903 daripadanya dipecat.
Perak berpesta gol benam Kelantan 7-0 di Manjung
Perak FC melonjak ke tangga kelima Liga Super selepas membelasah Kelantan Darul Naim FC 7-0.
Indonesia, India jalin kerjasama strategik dalam sektor digital
Kerjasama strategik ini merupakan langkah penting yang menyatukan dua kuasa digital di Asia untuk mencipta inovasi yang memberi impak.
Wanita pengsan ketika 'hiking' di Bukit Jugra
Mangsa berusia 30 tahun pengsan ketika mendaki bersama empat rakannya.
Bomba selamat pasangan remaja sesat daki bukit di Cherok Tok Kun
Dua pendaki yang sesat ketika mendaki di Taman Rimba Bukit Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam berjaya diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang (JBPM) petang Rabu.
Lelaki meninggal dunia ketika mendaki di Setia Alam Community Trail
Seorang lelaki dijumpai mati akibat diserang sawan ketika sedang mendaki kawasan Setia Alam Community Trail, di sini hari ini.
Guru meninggal dunia selepas sesat ketika 'hiking' bersama rakan
Seorang guru lelaki meninggal dunia ketika melakukan aktiviti pendakian di Bukit Hutan Simpan Tawai, di sini, bersama sekumpulan sembilan rakannya pada Sabtu.
Jabatan Perhutanan cari 18 individu daki Gunung Panti tanpa permit
Seramai 18 individu dipercayai menceroboh Hutan Simpan Panti dekat Kota Tinggi dengan menganjurkan aktiviti mendaki tanpa permit pada 20 Dis lepas.
Wanita maut jatuh gaung ketika daki bukit di Johor
Seorang wanita maut selepas tergelincir ke dalam gaung sedalam 80 meter ketika sedang mendaki Bukit Banang, di sini, hari ini.