Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandunya dihempap lori membawa muatan kayu balak yang terbabas di Jalan Bukit Teh-Machang Bubok, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada Selasa.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.55 petang itu, mangsa Ong Yean Leng maut di tempat kejadian akibat cedera parah selepas tersepit di dalam keretanya yang terperosok ke dalam longkang di bahagian kanan jalan.
Menurut Komander Operasi Kanan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Penguasa Bomba Mohd Shukri Abdul Rahman, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam dan Sungai Bakap bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 3.58 petang.
Mohd Shukri memaklumkan sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati sebuah lori membawa muatan kayu balak terbalik dan menghempap sebuah kereta serta terdapat seorang mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.
Selain menggunakan peralatan menyelamat, bomba turut mendapatkan bantuan dua buah kren bagi mengalihkan kayu balak yang menghempap kereta mangsa.
"Mangsa berumur 38 tahun dan berasal dari Kampung Machang Bubok. Mangsa tersepit di bahagian hadapan, jadi bomba menggunakan alat pemotong untuk mengeluarkan mangsa.
"Kita berjaya keluarkan mangsa dalam masa sejam dan kita serahkan kepada pihak polis," katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Superintendan Mustafa Bidin memberitahu kejadian dipercayai berlaku apabila lori membawa muatan kayu balak dalam perjalanan menghala Jawi terbabas.
Katanya, ketika tiba di tempat kejadian, kereta Proton Iswara yang dipandu mangsa tiba-tiba memasuki laluan bertentangan, lalu berlaku pertembungan sebelum lori terbalik dan menghempap kereta.
Berikutan itu, mangsa maut di tempat kejadian manakala pemandu lori berusia 56 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Mar 03 2020
![Wanita maut kenderaan dihempap kayu balak Wanita maut kenderaan dihempap kayu balak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/41583250252_Hempap.jpg)
Mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah selepas tersepit di dalam keretanya. - Astro AWANI
Lebih 18,000 pelarian kembali ke Afghanistan
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air dari negara jiran, Pakistan, bulan lepas, lapor Xinhua yang memetik media tempatan, Tolo, pada Sabtu.
Latvia henti kebergantungan grid elektrik Rusia
Latvia antara tiga negara baltik yang terbaharu mengambil keputusan dramatik memutuskan hubungan serta kebergantungan dengan grid kuasa elektrik dengan Rusia pada Sabtu. Pelan itu adalah sebagai sebahagian dari rancangan Latvia untuk memacu keselamatan dan mengintegrasikan hubungan dengan negara-negara dibawah Kesatuan Eropah (EU).
![Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739031607_TembakSetiaCityM.jpg)
Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.
[TERKINI] Polis sahkan kejadian tembakan di pusat membeli belah
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila dipercayai berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera
Dalam tempoh 48 jam lepas sahaja, 26 lagi rakyat Palestin dilaporkan terbunuh, termasuk 22 mayat yang ditemukan daripada runtuhan.
Tumpuan Ahad – 9 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (8 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parti pimpinan Modi dijangka takluk New Delhi
Parti Perdana Menteri India Narendra Modi Bharatiya Janata Party (BJP), dijangka memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya dewan perundangan tempatan di Delhi. Trend pengiraan undi pada Sabtu menunjukkan BJP memenangi lebih daripada 45 kerusi dalam dewan perundangan 70 anggota, mengatasi Aam Aadmi Party (AAP) yang dipimpin bekas Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal.
![Kilang kitar semula musnah dalam kebakaran Kilang kitar semula musnah dalam kebakaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738564782_KilangKitarSemula.jpg)
Kilang kitar semula musnah dalam kebakaran
Sebuah kilang barangan kitar semula di kawasan Perindustrian Ringan Alma, di Bukit Mertajam musnah akibat kebakaran malam tadi.
![KPDN Pulau Pinang rampas gula, minyak masak dan tepung gandum bernilai RM80,500 KPDN Pulau Pinang rampas gula, minyak masak dan tepung gandum bernilai RM80,500](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733393972_SuffianMohdAbbas.jpg)
KPDN Pulau Pinang rampas gula, minyak masak dan tepung gandum bernilai RM80,500
KPDN Pulau Pinang menggagalkan cubaan menyeleweng pelbagai barangan kawalan dan bersubsidi dalam serbuan di sebuah gudang di Bukit Mertajam.
![Letupan gegarkan medan selera di Bukit Mertajam Letupan gegarkan medan selera di Bukit Mertajam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51730064479_Letupangegarkanm.jpg)
Letupan gegarkan medan selera di Bukit Mertajam
Letupan yang berlaku di bahagian dapur kira-kira jam 8.30 pagi itu menyebabkan bumbung zink di pusat perniagaan itu rosak dan sebahagian dinding dapur runtuh.
![Polis tahan dua lelaki, rampas dadah RM370,000 di Bukit Mertajam Polis tahan dua lelaki, rampas dadah RM370,000 di Bukit Mertajam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726380928_TBLOGOPDRM.jpg)
Polis tahan dua lelaki, rampas dadah RM370,000 di Bukit Mertajam
Polis merampas enam bekas tin bertulis 'Royal British Butter' mengandungi tujuh paket plastik lut sinar disyaki dadah syabu dianggarkan berat 5.2 kilogram bernilai RM170,000.
![PM Anwar dijamu nasi kandar bersama rakyat, lawat Hospital Bukit Mertajam PM Anwar dijamu nasi kandar bersama rakyat, lawat Hospital Bukit Mertajam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71725002471_tbRamahMesraWarung.jpg)
PM Anwar dijamu nasi kandar bersama rakyat, lawat Hospital Bukit Mertajam
Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menikmati sajian makan tengah hari bersama rakyat di Kedai Tok, Simpang Tiga Kubang Semang, Bukit Mertajam.
![Dua mayat ditemui kembung, berbau dalam kereta di tepi jalan Dua mayat ditemui kembung, berbau dalam kereta di tepi jalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720656555_Duamayatditemuike.jpg)
Dua mayat ditemui kembung, berbau dalam kereta di tepi jalan
Siasatan awal mendapati kedua-dua si mati berkemungkinan sudah meninggal dunia lebih daripada lima hari.
![Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714260762_TBsimbahcat.jpg)
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
![Seret anjing betina guna rantai, lelaki dipenjara sehari dan denda RM12,000 Seret anjing betina guna rantai, lelaki dipenjara sehari dan denda RM12,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71709187006_TBseretanjingjp.jpg)
Seret anjing betina guna rantai, lelaki dipenjara sehari dan denda RM12,000
Seorang penjaja dipenjara sehari dan didenda RM12,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyeret seekor anjing betina menggunakan rantai.
![Orang ramai 'serbu' Jualan Termurah Madani Orang ramai 'serbu' Jualan Termurah Madani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708057463_TBANWARIBRAHIM.jpg)
Orang ramai 'serbu' Jualan Termurah Madani
Orang ramai mula membanjiri Lembah Makanan, Perda di Bukit Mertajam sempena Jualan Termurah Madani.
![10,000 maklum balas diterima melalui portal Belanjawan 2024 10,000 maklum balas diterima melalui portal Belanjawan 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695021992_StevenSim.jpg)
10,000 maklum balas diterima melalui portal Belanjawan 2024
Kementerian Kewangan menerima 10,000 maklum balas daripada orang ramai melalui portal Cadangan Belanjawan 2024.